pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Sardin Crunchy, Sedap Macam Makan Kudapan! Rugi Tak Cuba.

0 1,033

Biasanya kalau makan roti sardin, kebanyakan kita jumpa dalam bentuk roti roll yang digoreng biasa je. Apa kata kali ni anda cuba buat roti sardin crunchy pula. Inti tak perlu isi padat-padat pun. Lepas tu buat bentuknya sedikit leper dan goreng dengan salutan serbuk roti.

Bila makan tu seakan-akan makan kudapan. Serius sedap kalau hidangkan untuk anak-anak. Kalau makannya sekali banyak pun tak cepat muak. Snek yang rangup-rangup ni memang selalu digemari. Makan pula panas-panas memang layan.

Resepi roti sardin ni ringkas je tapi boleh mengenyangkan. Syarat nak rasa nikmat makan roti sardin ni kenalah sardin tu berasa untuk bahan sosnya dan sardin tu sendiri.

Kadang-kadang kalau beli pun selalu dapat “roti sardin bawang” yang lebih banyak isi bawang berbanding sardin kan. Boleh potong selera dibuatnya.

Walau macam mana rangup pun gorengan roti, kalau inti tak berasa tak sedap juga. Jom lihat perkongsian resepi roti sardin rangup dari Hazlinaa Ghani ni.

 

RESEPI ROTI SARDIN CRUNCHY

Cara buat inti sardin ni sebenarnya ikut citarasa masing-masing. Kadang-kadang ada yang suka campurkan kentang. Ada juga letakkan cili hirisan lebih. Boleh buat ikut selera anda, janji isi sardinnya cukup berasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti keping
  • 1 tin sardin (tin sederhana)
  • ½ biji bawang merah besar (dihiris)
  • 1 biji bawang holland (dihiris)
  • 1 biji bawang putih (dihiris)
  • 1 biji cili merah (dihiris) – kalau nak buat untuk anak-anak mungkin tak perlu letak. Ikut selera anda
  • Sedikit garam
  • Sedikit air limau
  • 1-2 biji telur
  • Serbuk roti secukupnya (kalau tak ada boleh gantikan dengan biskut kering yang dihancurkan)
Cara buat roti sardin crunchy:

▶️ Panakan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bawang besar, bawang holland, bawang putih dan cili merah yang dihiris.

▶️ Tumis sampai naik bau dan keperangan.

▶️ Kemudian masukkan sardin dan hancurkan. Tapi tak perlu hancur sangat supaya lebih berasa isi sardinnya.

▶️ Masukkan air limau dan garam. Gaul sebati.

▶️ Dah masak boleh padamkan api. Ketepikan sekejap.

▶️ Ambil roti dan lenyekkan satu persatu. Boleh lenyekkan menggunakan gelas.

▶️ Letakkan inti sardin atasnya.

▶️ Kemudian gulung roti.

▶️ Di bahagian hujung tekapkan dengan garfu bertujuan untuk elakkan roti terbuka semasa menggoreng.

▶️ Pecahkan telur dalam mangkuk dan kocakkan.

▶️ Salut roti pada telur, dan kemudiannya salutkan dalam serbuk roti pula/ramasan biskut kering.

 

BACA JUGA: Roti Bun Inti Sardin Gebu Dan Lembut. Sedap Ya Amat Dengan Inti Yang Padat!

 

▶️ Goreng dalam minyak panas sehingga keperangan.

▶️ Angkat dan toskan.

Lepas je goreng memang sedap kalau terus makan panas-panas. Lagi bertambah rasa garingan serbuk roti atau ramasan biskut kering tu. Makan pun boleh krup krap.

Masa menggoreng roti tu, pastikan guna api sederhana kecil supaya serbuk roti tak mudah rentung. Makan macam tu je dah cukup sedap. Tapi kalau anda nak cicah sos pun sedap juga.

Bagi ibu-ibu kalau petang ni tak tau nak minum apa, bolehlah buat roti sardin crunchy ni. Contohnya kalau nak buat dengan inti lain seperti inti kentang macam karipap pun terpulang pada anda. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.