https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kuey Teow Sup Paling Simple, Ala-Ala Kopitiam. Serius Sedap!

0 14,694

Kalau anda teringin nak makan apa-apa mee sup yang macam sup Chinese, boleh cuba resepi kuey teow sup paling simple ala kopitiam ni. Serius kalau anda makan mesti licin semangkuk. Bak kata orang sup Chinese ni sup diet. Tak ada bahan yang pelbagai, tapi rasanya sedap.

Antara faktor utama sup Chinese ni sedap sebab dihidangkan dengan minyak bawang putih yang mewangikan kuah. Sebab tu kalau anda berdiet atau nak buat makanan sihat sesuai buat hidangan ni. Nak buat untuk makan malam yang ringan pun boleh juga.

Resepi kuey teow sup ni sejenis hidangan mee sup yang main lebur je. Kuah sup walaupun simple, anda boleh juga menaikkan lagi rasanya dengan hidangkan bersama kicap pedas. Rasa sup yang sedap tadi akan bertambah terangkat!

Jadi, tak peninglah buat ibu-ibu yang nak masak untuk suami dan anak-anak. Sup yang tak pedas tadi boleh dihidangkan untuk mereka. Yang dewasa kalau nak makan boleh masukkan kicap pedas.

Mudah je resepi ni dengan gunakan bahan yang paling simple. Jom lihat perkongsian resepi dari Cik Puan Zee.

 

RESEPI KUEY TEOW SIMPLE

Biasanya kalau buat hidangan mee sup Chinese, mesti digandingkan dengan minyak bawang putih dan kicap pedas. Kalau tak ada memang tak menjadi. Kuah anda memang akan kurang berasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 ketul dada ayam
  • 2 kiub pati ayam
  • Fishcake
  • Fish ball
  • Minyak bijan
  • Air untuk merebus
  • Garam
  • Kuey teow (cuci sekejap dengan air panas)
  • Sawi pak choy (rebus)

Bahan untuk minyak bawang putih:
  • 2 labu bawang putih (dicincang)
  • 1 cawan minyak masak
Bahan untuk kicap pedas:
  • Cili padi (dipotong)
  • Kicap manis/masin
Cara buat kuey teow sup ala kopitiam:

▶️ Mula-mula cuci kuey teow dan bilas dengan air panas. Ini bertujuan untuk membuang minyak yang ada pada mee.

▶️ Lepas tu masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Renehkan sehingga ayam masak.

▶️ Bila ayam dah masak, angkat ayam sahaja dan ketepikan.

▶️ Masukkan pula fish ball, fishcakes dan kiub pati ayam ke dalam air rebusan tadi.

▶️ Kemudian titiskan minyak bijan.

▶️ Perasakan dengan garam dan biarkan kuah mendidih.

▶️ Dah masak boleh padamkan api.

▶️ Kemudian buat minyak bawang putih pula. Caranya hanya cincang bawang putih, kemudian gorengkan dalam minyak panas.

▶️ Kacau bawang putih sentiasa sampai warnanya bertukar keperangan.

▶️ Dah siap, boleh padamkan api.

▶️ Bolehlah masukkan bawang putih dan semua minyak-minyak tu sekali ke dalam mangkuk hidangan.

▶️ Untuk kicap pedas pula, hanya potong kecil-kecil cili padi dan campurkan ke dalam kicap.

 

BACA JUGA: Resepi Bihun Soto Dengan Rahsia Kuah Sup Sedap Dan Padu. Confirm Makan Sampai Licin!

 

▶️ Jangan lupa carik-carikkan ayam yang dah siap direbus tadi sebagai lauk tambahan.

▶️ Dah siap hidangan kuey teow sup simple untuk hidangan anda sekeluarga!

Kalau malas nak masak, inilah hidangan yang paling mudah sekali anda boleh buat. Campak-campak dan lebur je bahan, dah siap.

Walaupun tak ada rencah sup, tapi bahan-bahan seperti pati ayam, fish ball dan isi ayam tu ada bau dan rasanya yang tersendiri.

Musim-musim pkp ni kalau rindu nak makan kat kopitiam atau restoran Chinese, boleh buat sendiri je kuey teow sup paling simple ni. Lagi sedap bila jamahnya sekeluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.