Warning: fopen(/tmp/1c4c2dd7fda65c493b02ebe63dbbbd68-qcfiFs.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/1c4c2dd7fda65c493b02ebe63dbbbd68-qcfiFs.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Sardin Gulung Goreng Tepung! Sedap Sangat Garing Di Luar Lembut Di Dalam!

0 14,759

Roti putih ni makan macam mana pun memang sedap. Tak kisah lah cicah sambal bilis ke, cicah milo ke, memang layan. Kalau buat roti sardin lagilah sedap kan! Dapat pula roti sardin gulung. Makan 2,3 kali suap je dah habis.

Roti sardin gulung ni memang famous. Selalu nampak orang jual kat gerai kuih buat sarapan pagi atau minum petang. Tapi pernah tak anda cuba roti sardin gulung goreng tepung pula? Lagi sedap dengan bahagian roti yang lebih garing atau cruncy.

Inti sardin memang dah sedap dah. Digigit pula dengan roti yang lagi tebal dan garing. Kalau buat makan untuk anak-anak waktu petang, memang boleh kenyang bawa ke malam. Rasanya pulak sedap.

Cara buat roti sardin gulung goreng tepung yang sedap ni dikongsikan oleh Noraslinda Md Radzhi. Memang digoreng dengan pelbagai jenis tepung untuk rasa yang lebih sedap.

Senang je cara buatnya. Selain buat sarapan atau minum petang, nak buat makanan santai untuk bercuti dan berkelah pun sesuai. Senang nak buat, senang pula nak bungkus, dan yang penting sedap dan mengenyangkan.

 

RESEPI ROTI SARDIN GULUNG GORENG TEPUNG

Untuk inti, lagi sedap kalau anda masak ecak dan isinya lebih. Bila dimasuk dalam roti untuk gulung, lagi mampat isinya dan sedap kalau digigit.

Bahan-bahan untuk inti sardin:
  • Sardin tin besar
  • Cili api 7 biji yang dihiris (ikut tahap kepedasan anda)
  • Cili besar merah ½ biji yang dihiris
  • Bawang besar saiz sederhana 1 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Limau kasturi 1 biji
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Bawang besar 1 biji yang dihiris kasar yang akan dicampurkan masa sardin dah nak masak

Cara masak inti sardin:

▶️ Mula-mula hiris halus dan cincang bawang besar dan bawang putih.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bawang yang dicincang, cili padi dan cili merah yang dihiris.

▶️ Kemudian masukkan isi sardin dan kuah sosnya sekali.

▶️ Kacau sehingga isi sardin hancur.

▶️ Setelah dah hancur sekata, masukkan hirisan bawang besar tadi.

▶️ Masukkan pula jus limau kasturi, garam dan gula secukupnya.

▶️ Teruskan kacau sekejap sehingga inti dah sedikit kering namun masih ada ecak-ecaknya.

▶️ Dah siap boleh tutup api.

▶️ Ketepikan dulu dan buat roti goreng tepungnya pula.

 

Bahan-bahan untuk roti goreng tepung:
  • Roti putih
  • Tepung gandum 1 cawan
  • Tepung bestari (perasa pedas punya) ¼ cawan (boleh kurangkan kalau nak kurang pedas)
  • Tepung jagung 2 sudu besar
  • Tepung beras 2 sudu besar
  • Marjerin 1 sudu besar
  • Air secukupnya
  • Hirisan daun bawang untuk dicampurkan sikit

Cara buat roti sardin gulung goreng tepung:

▶️ Mula-mula sediakan bekas dan masukkan kesemua bahan tepung, marjerin dan air. Kacau sehingga sebati.

▶️ Perlu pandai-pandai sukat air untuk dapatkan adunan yang tak terlalu pekat atau terlalu cair.

▶️ Kemudian masukkan hirisan daun bawang dan gaul sekata.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Bila minyak dah panas, ambil dalam 2 sudu minyak tu dan masukkan ke dalam adunan tepung tadi dan kacau sebati. Ini untuk dapatkan gorengan yang lebih rangup.

▶️ Seterusnya ambil roti putih dan buang bahagian tepinya (kalau tak nak buang pun tak apa). Gelek-gelekkan roti supaya leper.

▶️ Letakkan inti sardin dan gulung.

▶️ Hujung roti lekatkan dengan sedikit air bancuhan tepung gandum.

▶️ Celupkan ke dalam adunan tepung dan goreng dalam minyak yang panas.

▶️ Jangan kerap dibalik-balikkan sebab nanti roti menyerap minyak.

▶️ Bila dah garing boleh angkat dan hidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Corndog Paling Simple Dan Senang Nak Buat! Confirm Anak-Anak Suka!

 

Senang je kan cara buat roti sardin gulung goreng tepung ni! Bahan senang je dan mudah nak buat. Kalau anda nak frozenkan pun boleh! Lepas dah gulung roti sardin, boleh simpan dulu dalam peti ais beku.

Bila nak goreng, baru bancuhkan adunan tepung dan terus goreng. Boleh buat sekali banyak. Bila teragak je, direct buat!

Pada anda yang cuba buat roti sardin gulung goreng tu, cubalah resepi roti sardin gulung goreng tepung ni. Lagi rangup dan sedap. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.