Warning: fopen(/tmp/0d78d9f9d8529990dc5ac26f576cb31b-SJM0SZ.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/0d78d9f9d8529990dc5ac26f576cb31b-SJM0SZ.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Ayam Penyet Sedap. Dengan Sambal Dan Ayam Gorengnya Yang Padu!

0 7,606

Ayam penyet ni, nak ikutkan kebanyakan orang memang dah pernah makan, walaupun makanan asal dari Indonesia. Kalau jumpa je kedai ayam penyet sedap, memang tak lari kita dari kedai tu kan. Ye lah, kadang-kadang tu ada juga dapat kedai yang tak berapa sedap sambalnya.

Ayam penyet ni kenikmatannya bergantung pada rasa sambalnya tu lah. Kalau padu sambal dia, barulah selera makan dengan nasi putih panas-panas. Kalau biasa-biasa je, memang potong selera!

Selain dari tu, yang buat sedap ialah gorengan ayamnya. Ayam tu bukan sekadar digoreng biasa. Ada juga cara dia. Sebab tu ada yang rasa nak buat ayam penyet ni agak rumit. Tapi kalau menjadi je buat dia, memang kalah kedai.

Lepas ni memang buat sendiri je. Tak makan kat kedai dah! Boleh buat sekali banyak hidangan untuk keluarga. Tak adalah banyak berbelanja. Cara buat ayam penyet sedap ni memang banyak dah orang kongsikan. Salah satunya yang anda boleh rujuk ialah resepi Nurul Fairuz ni.

Lengkap dengan resepi sambal, cara gorengan ayam, tahu dan tempe. Sambalnya memang sedap dan padu. Jom kita lihat cara memasaknya.

 

RESEPI AYAM PENYET

Pertama, kita sediakan bahan rebusan ayam dulu. Untuk pengetahuan, ayam ni direbus dulu baru digoreng. Rasanya tu akan lebih sedap bila ada bahan campuran. Jom lihat bahannya.

Bahan-bahan buat ayam penyet:
  • Lengkuas
  • Halia
  • Kunyit hidup
  • Serai 3 batang (kalau besar sangat, 2 batang je dah memadai)
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • 1 sudu teh jintan kasar
  • 1 sudu teh jintan halus
  • 1 sudu teh biji ketumbar
  • Kiub ayam
  • Bay leaf (daun salam)
  • Garam
  • Ayam
  • Tofu
  • Tempe
  • Tepung beras 1 cawan

Cara buat ayam penyet:

▶️ Mula-mula kisar halus lengkuas, halia, kunyit hidup, serai, bawang merah dan bawang putih. Ketepikan.

▶️ Tumbuk pula jintan kasar, jintan halus dan biji ketumbar. Tumbuk kasar bahan-bahan ni.

▶️ Sediakan periuk berisi air. Masukkan ayam, bahan kisar dan bahan tumbuk di atas, daun bay, kiub ayam dan garam. Dan terus rebus.

▶️ Selepas beberapa minit, angkat ayam tu dan masukkan pula tofu dan tempe. Kemudian angkat.

▶️ Untuk air rebusan ni, biarkan sejuk dulu. Kemudian masukkan tepung beras dalam secawan ke dalamnya. Nanti air bancuhan ni cair je. Air ni digunakan sekadar untuk celup ayam, tofu dan tempe sebelum digoreng.

▶️ Masukkan kesemua ayam, tofu dan tempe ke dalam air bancuhan tepung tu, kemudian goreng. Goreng ayam tak perlu lama, sebab ayam tadi sebenarnya dah direbus masak.

▶️ Dah siap gorengan ayam, tempe dan tofu. Sekarang jom buat sambal.

 

Bahan-bahan sambal ayam penyet:
  • 4 biji tomato
  • Senggenggam cili padi
  • 4 biji cili merah
  • Bawang besar
  • Bawang putih
  • Belacan
  • Ikan bilis
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak sambal ayam penyet:

▶️ Mula-mula gorengkan dulu semua bahan-bahan di atas.

▶️ Kemudian kisar semua bahan sehingga hancur.

▶️ Panaskan minyak di kuali kemudian tumiskan bahan kisar tersebut.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Dah siap boleh angkat dan sedia dihidangkan!

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Mabung Masak Singgang. Resepi Simple Tapi Kuah Rasa Padu. Senang Je Semua Orang Boleh Buat!

 

Untuk sambal ni, kalau anda suka lebih pedas, boleh tambahkan sikit cili merah. Bertambah padulah rasa dia. Ayam gorengan ni pun akan rasa sedap dengan harum wangi rempah dan bahan-bahan yang awal-awal kita rebus tadi.

Nak sedap dan nikmat lagi nanti buat tambahan sup kosong untuk dimakan bersama nasi. Hidangkan bersama timun dan salad. Lengkaplah hidangan ayam penyet kita untuk keluarga.

Pada yang nak try buat ayam penyet tu, bolehlah ikut cara buat ayam penyet sedap ni. Pasti anda suka dan puas hati. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.