Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Roti Sisir Atau Roti Balok Sedap Berlemak! Boleh Buat Hidangan Minum Petang!

0 3,470

Pernah tak anda makan roti sisir? Sebenarnya roti sisir ni lebih kurang je macam roti bun biasa. Kosong dan tak berinti, tapi ada rasa lemak manis dan wangi. Bahannya simple, cuma cara buat roti sisir ni mencabar sikit masa nak bentukkan dan masukkannya dalam acuan.

Tapi sekali sekala nak mencuba buat roti sendiri apa salahnya kan. Kalau dapat buat sampai sebuku, sedap betul dapat cicah air milo atau kopi panas. Yang menariknya, kita boleh buat perisa sendiri contohya perisa pandan.

Perisa pandan ni lagilah best kan. Semerbak je baunya. Kalau makan macam tu je memang sedap dan puas. Yang suka makan roti simple-simple tu, bolehlah cuba buat roti sisir ni.

Cara buat roti sisir atau roti balok ni ada dikongsikan oleh Tini Ahmad ni. Walapun cara bentuk dan adunan rotinya tak berapa kemas dimasukkan dalam acuan, tapi bila masak rotinya naik gebu gebas!

Biar rupa tak seberapa, tapi hasil dan rasanya sedap dan marvellous. Lagi-lagi bagi yang beginner atau baru nak mula belajar buat roti. Jom tengok cara membuatnya.

 

RESEPI ROTI SISIR

Cara buat roti ni simple je. Kalau ada mixer lagi mudah. Hanya masukkan je kesemua bahan dalam mixer supaya adunan doh tu jadi sebati dan sempurna.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Air sejuk peti ais yang dicampurkan dengan sebiji telur. Jadikan total 265 gram
  • Kalau buat perisa pandan, air sejuk tu gantikan dengan air pandan sepenuhnya
  • Tepung high protein 400 gram
  • Tepung gandum 100 gram
  • Susu tepung 30 gram
  • Garam 1 sudu teh
  • Gula 50 gram
  • Instant yis 11 gram
  • Marjerin 80 gram
  • Bread improver 1 sudu teh
  • Shortening 1 sudu teh

Cara buat roti sisir:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam mixer. Dan pukul sehingga adunan menjadi doh yang sempurna.

▶️ Biarkan doh tu naik 1 kali ganda.

▶️ Kemudian uli lagi untuk buang angin.

▶️ Bentukkan adunan tu ikut loyang anda, Ikut suka atau kreativiti sendiri.

▶️ Untuk roti ni, buat bentuk sisir dan susunkan dalam acuan petak memanjang. Kalau kurang kemas sikit tak apa. Asalkan berbentuk.

▶️ Bila dah cantik disusun, biarkan lagi doh tu supaya naik sekali lagi.

▶️ Sambil tu panaskan oven.

▶️ Kemudian bakar pada suhu 170c dalam masa 15 ke 20 minit (atau ikut oven masing-masing).

▶️ Dah siap, keluarkan. Dan sejukkan.

▶️ Sedia dipotong dan dihidangkan.

 

BACA LAGI: Murtabak Roti Daging Crunchy. Tak Sangka Sedap Setanding Murtabak Bazaar!

 

Bila dah potong nampak gebu gebas roti tu. Lepas keluar oven lagilah best. Boleh bau wangi semerbak rotinya lagi-lagi perisa pandan.

Kalau dapat makan yang fresh baru keluar oven lagi sedap. Buat hidangan minum petang dengan kopi panas. Kalau tak habis sebuku tu, simpankan dalam bekas kedap udara.

Lepas ni bolehlah mencubanya. Jangan lupa kongsikan resepi roti sisir ni di Fb anda. Nanti mudah nak rujuk semula. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.