Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Scone Buttermilk Gebu Gebas. Dengan Resepi Jem Strawberi Homemade Sebagai Pencicah.

0 1,252

Pernah tak anda makan scone? Scone ni sejenis roti juga. Cara buat scone ni ialah dengan bahan asas tepung gandum dan bahan-bahan lain yang dibakar. Ada rasa lemak-lemaknya ikut jenis scone yang dibuat.

Kalau kat negara orang putih tu dicampurkan bali dan oit. Dan ada juga campur susu, keju dan sebagainya. Untuk resepi yang dikongsikan oleh Noor Faezah Zaini, beliau akan tunjukkan cara buat scone buttermilk gebu gebas yang siap dicicah dengan jem strawberi.

Rasanya lembut-lembut flaky dan gebu. Kalau ditanya teksturnya lebih kurang antara roti, kek dan biskut. Sebabkan resepi ni buat perisa buttermilk rasanya dah tentu ada rasa lemak-lemak sikit. Dan sedap dimakan buat minum petang bersama teh o panas.

Selalunya scone ni dihidangkan kat hotel atau restoran, atau majlis-majlis hi tea. Nak buatnya mudah je. Tak ada menggunakan mixer atau pukul bahan beriya-iya.

Lepas siap dibakar, boleh sapukan dengan mentega, jem berperisa, whipped cream dan sebagainya. Sebab rasa scone ni bukanlah manis sangat, jadi sesuai dihidang dengan jem ikut selera kita.

 

RESEPI SCONE BUTERMILK GEBU GEBAS

Stepnya hanya gaul-gaulkan bahan je. Lepas tu bentukkan jadi tebal dan tekap dengan acuan. Dalam resepi ni ada ditunjukkan sekali buat jem strawberi homemade. Kalau malas, boleh juga anda hidangkan  dengan jem yang sedia dijual je.

Bahan-bahannya:
Bahan A:
  • Tepung naik sendiri 450 gram
  • Gula halus 35 gram
  • Garam ¼ sudu
  • Parutan kulit limau
Bahan B:
  • Butter sejuk 50 gram dipotong dadu
Bahan C:
  • Butter milk 200 ml (buat sendiri dengan gabungkan susu cair 200 ml dengan 1 sudu besar cuka, kemudian tunggu 10-15 minit sampai berketul)
  • Esen vanilla 1 sudu kecil
  • Telur gred B 1 biji
Bahan D:
  • 1 biji telur dicampur dengan susu cair (untuk sapuan atas scones)

Cara buat scone buttermilk:

▶️ Mula-mula satukan bahan A.

▶️ Kemudian campurkan bahan A dan bahan B, dan gaulkan dengan hujung jari sampai jadi macam serbuk roti.

▶️ Satukan bahan-bahan C pula dan tuang perlahan-lahan ke dalam adunan tadi.

▶️ Kacau dengan senduk sehingga sebati tapi tak sampai jadi doh.

▶️ Taburkan tepung sikit atas papan pencanai.

▶️ Lepas tu kuakan doh atas papan canai dan lipat doh beberapa kali ikut ketebalan yang sesuai.

▶️ Tekapkan dengan acuan bulat, dan jangan pusingkan. Supaya rupa flaky nanti pada scone.

▶️ Sediakan dulang bakar, dan susun scone yang dah siap dibentuk.

▶️ Campurkan bahan D dan sapukan atas scone sebelum dibakar.

▶️ Panaskan oven dulu, kemudian bakar pada suhu 200’c sehingga masak kekuningan.

▶️ Sejukkan atas redai, barulah boleh sapukan jem strawberi dan butter.

Bahan-bahan jem strawberi homemade:
  • Frozen strawberi 1 bungkus
  • Perahan limau ½ biji
  • Gula pasir 5 sudu besar
  • Parutan kulit lemon

Cara buat jem strawberi:

▶️ Campurkan kesemua bahan di atas dalam periuk.

▶️ Dan masakkan sehingga pekat.

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Coklat Chips Sedap Sedap Rangup Macam Famous Amos. Confirm Jadi. 

 

▶️ Dah siap jem strawberi!

Sedapnya bila roti scone ni diletakkan sapuan jem strawberi yang manis-manis. Memang itulah kombinasinya baru puas untuk dimakan.

Ibu-ibu kalau nak ada kelainan dalam hidangan santai anak-anak, boleh buat scone ni. Makanan macam ni memang anak-anak suka, lagi-lagi bermain dengan jem pula. Rasa manis-manis tu paling digemarinya!

Mudah je kan nak buat scone buttermilk gebu gebas ni. Bahannya ringkas dan cara buat pun mudah. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.