Kalau pergi ke Pizza Hut atau Domino’s, mesti nak order garlic bread kan. Atau nama lainnya ialah roti bawang putih. Biasa order satu hidangan tak cukup. Berebut anak-anak. Lebih baik buat sendiri. Tapi kali ni cuba yang ‘advance’ sikit. Iaitu creamy cheese garlic bread, atau roti bawang putih keju berkrim.
Dengan rasa lemak berkrim, serta bawang putih dan butter yang wangi, hidangan ni serius sedap tak terkata. Bakar garing-garing lagi bertambah sedap. Kalah garlic bread kat pizza hut tu. Bagi peminat cheese mesti anda suka hidangan ni.
Bila gigit terasa cheese meleleh dalam mulut. Untuk bahan roti, mudah je. Anda boleh guna roti gardenia putih yang biasa tu. Untuk sekeping roti boleh dapat 1 pcs garlic bread cheese yang sedap dan padat isi.
Buat para ibu yang pening nak sediakan dessert atau makanan santai apa untuk anak-anak kat rumah bolehlah buat menu ni. Nak lebih sedap hidangkannya panas-panas. Kerangupan roti akan lebih terasa.
Resepi mudah ni dikongsikan oleh Suffiyah Ramadhani. Seberapa banyak cream cheese anda nak letak dalam roti tu terpulang ikut citarasa masing-masing.
RESEPI CREAMY CHEESE GARLIC BREAD / ROTI BAWANG PUTIH KEJU BERKRIM
Sebelum bakar roti, bahagian luarnya bukan sekadar dicelup dengan bawang putih, butter dan telur je. Ada juga bahan lain yang menambahkan lagi rasa lemak dan wangi. Itu yang buatkan lepas je bakar nanti naik aroma wangi pada roti.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Roti gardenia putih
Bahan inti:
- 125 gram cream cheese (pastikan suhu bilik)
- 1 sudu kecil gula
Cara buat inti:
▶️ Satukan cream cheese dan juga gula.
▶️ Kemudian gaul dan kacau sampai sebati adunan.
Bahan-bahan celup atau sapu luar roti:
- ½ buku mentega/butter (cairkan dulu)
- 3 sudu besar susu segar atau cooking cream
- 2 ulas bawang putih (ditumbuk halus)
- 1 sudu kecil parsley kering (atau secukupnya)
- 1 biji telur
*Gaulkan adunan sebati
Cara penyediaan creamy cheese garlic bread:
▶️ Leperkan roti. Boleh gilingkan dengan gelas.
▶️ Kemudian masukkan inti cream cheese sebanyak mana yang anda suka.
▶️ Gulungkan cantik-cantik.
▶️ Lepas tu celup dalam adunan butter garlic.
▶️ Susun roti atas aluminium foil. Nak sapukan lagi adunan butter garlic atanya lagi pun boleh.
▶️ Kemudian bakar pada suhu 160’c selama 20 minit.
BACA JUGA: Roti Bakar Sosej Cheese Paling Senang, Buat Untuk Anak-Anak. Confirm Cepat Habis.
▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.
Sedap dihidangkan panas-panas. Walaupun roti rangup dan garing di luar, dalamnya lembut berkrim. Sedap makan macam tu je.
Bahan yang penting ialah inti cheese. Jadi, janganlah masukkan sikit je sebagai inti. Takut tak puas pula makan. Selain tu, nak buat penambahan pun boleh juga ikut kreativiti anda. Contohnya nak masukkan hotdog di dalamnya pun boleh.
Yang penting sedap dan kena dengan selera tekak anak-anak. Bolehlah ‘share’ kan resepi creamy cheese garlic bread ni dalam wall Fb anda supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba.