pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Roti Bakar Sosej Cheese Paling Senang, Buat Untuk Anak-Anak. Confirm Cepat Habis.

0 9,728

Mak-mak kalau dah pening nak buat sarapan apa yang simple untuk anak-anak, bolehlah buat roti bakar sosej cheese ni. Paling senang nak buat, tak perlu bahan banyak-banyak sebab anak-anak ni kalau bahan banyak pun bukan mereka suka.

Asal ada benda favorite mereka macam cheese dan sosej tu pun bukan main suka dah. Tambah lagi buat cheese lebih sikit dan ada perisa yang sedap. Mau sorang makan 2-3 keping. Kalau hari sekolah mungkin mak-mak boleh buat bekal untuk anak-anak.

Bahannya mudah dan nak buat pun cepat je siap. Tak perlu risau kalau mereka tak kenyang sebab resepi roti sosej ni mengenyangkan sebenarnya. Asasnya ada roti yang disapu mentega, lepas tu disapu sos-sos dan kepingan sosej serta cheese.

Mau tak kenyang. Dah lah sedap dan kena dengan selera. Resepi sosej cheese ni dikongsikan oleh Rodzamirawati Rostam. Bolehlah jadi idea untuk makanan santai-santai anak di rumah.

Kalau nak ubahsuai resepi ikut citarasa pun boleh. Manalah tau kot-kot anda nak letak sos jenis lain ke. Atau nak letak mayonis dan sos cheese leleh. Ikutlah selera tekak masing-masing.

 

RESEPI ROTI BAKAR SOSEJ CHEESE

Mudah je nak buat makanan santai ni. Pakai roti gardenia putih biasa tu pun dah okay. Biasanya kalau tengok kat kedai bakery tu lebih kurang ada hidangan roti sosej yang bahannya seakan-akan ni. Tapi mereka guna roti hotdog tu.

Pakai roti gardenia macam ni pun lebih kurang sama jugalah rasa dia. Cuma roti je tak tebal. Bila bakar bertambah sedap dan rangup.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Roti gardenia
  • Planta
  • Sos cili
  • Sos prego tomato
  • Sosej
  • Kepingan cheese chedar
  • Mix herbs
Cara buat roti bakar sosej cheese:

▶️ Mula-mula rebuskan sosej sekejap. Lepas tu belah dua. Ketepikan.

▶️ Potong roti dua bahagian.

▶️ Kemudian sapu planta sebelah bahagiannya.

▶️ Lagi sebelah bahagian sapukan sos prego dan sos cili.

▶️ Lepas tu susun sosej yang telah direbus tadi atas roti.

▶️ Letakkan kepingan cheese chedar dan taburkan sedikit mix herbs untuk lebih wangi.

 

BACA JUGA: Dorayaki Lembut Dan Gebu, Guna Tepung Kat Kedai RM2 Je. Paling Senang Dan Cepat!

 

▶️ Akhir sekali boleh bakar dalam 8-10 minit.

▶️ Dah siap!

Mudah je kan. Main sapu-sapu dan susun bahan dah siap. Kalau nak garing dan rangup lagi boleh bakar lebih lama. Ikutlah anda suka macam mana.

Ada taburan mix herbs tu sebenarnya buatkan lebih sedap sebab mix herbs tu ada aromanya. Tapi tak perlulah banyak-banyak. Sikit pun dah memadai.

Biasanya kalau nak lebih menarik, akhir sekali picit mayonis dan sos cheese. Ada lah pelbagai rasa dan lebih menarik bila dihidangkan. Jangan lupa buat roti bakar sosej cheese ni nanti. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.