pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Nasi Marjerin Makan Dengan Ayam Panggang Dan Sos Pedas. Serius Padu. Mesti Cuba!

0 2,476

Tak lengkap rasanya dalam 1 minggu tak makan nasi berperisa. Lagi-lagi sekarang ni musim tak dapat pergi ke mana. Mesti nak masak makanan yang istimewa untuk keluarga kan? Kalau anda nak masak juadah senang tapi sedap, boleh cuba resepi nasi marjerin dan ayam panggang ni.

Bukan kan senang, tapi mesti kena dengan selera suami dan anak-anak. Resepi ni dikongsikan oleh Nurul Hawa Nadilah Sari. Bahan-bahan dalam nasi tak banyak pun yang dimasukkan. Marjerin, daun pandan dan kismis dah cukup menjadikan nasi wangi dan sedap.

Hidangkan pula dengan ayam panggang dengan sos pedas dan kicap. Ini je dah memadai. Tak perlu lagi lauk tambahan lain seperti sayuran dalca dan sebagainya.

Kalau diamati resepi ni sebenarnya lebih kurang resepi nasi ayam. Cuma cara masak nasi je berlainan sebab tak berempah bagai. Nasi marjerin ni jauh lebih simple bahannya.

Bila dah masak nasi berperisa dengan ayam panggang ni, kenalah ada sup kan sebagai pelengkap rasa. Sup pun dari rebusan ayam yang akan dipanggang nanti. Jadi mudah je, boleh masak sekali lalu.

 

RESEPI NASI MARJERIN DAN AYAM PANGGANG

Untuk masak nasi berperisa ni selalunya lebih sedap dimasak dengan beras basmathi. Hidangan lebih cantik dan menyelerakan. Tapi kalau anda nak masak dengan beras biasa pun boleh juga. Ikutlah mana yang mudah bagi anda.

Bahan-bahan nasi marjerin:
  • 4 cawan beras
  • 1 senduk besar marjerin
  • 2 biji bawang merah (dimayang halus)
  • 1 helai daun pandan
  • 2 kiub ayam
  • 1 senduk kismis
Cara masak nasi marjerin:

▶️ Mula-mula basuh beras dan toskan.

▶️ Panaskan periuk nasi dan masukkan marjerin. Biarkan marjerin mencair.

▶️ Masukkan bawang dan tumis sampai naik bau.

▶️ Lepas tu masukkan beras. Kacau rata.

▶️ Masukkan air secukupnya ikut sukatan beras anda.

▶️ Akhir sekali masukkan daun pandan yang disimpulkan, kiub ayam dan kismis.

▶️ Kacau sehingga sebati.

▶️ Masak nasi seperti biasa.

Bahan-bahan ayam panggang:
  • Ayam yang dah siap direbus (jangan buang air rebusan ayam)
  • 2 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • 3 sudu madu
  • 2 sudu sos tiram
  • 1 sudu kicap pekat
  • 1 sudu minyak bijan (optional)
  • Sedikit lada sulah
Cara buat ayam panggang:

▶️ Campurkan kesemua bahan di atas dalam 1 mangkuk atau besen sesuai.

▶️ Tak perlu lagi masukkan garam sebab sos tiram dah masin. Tapi kalau nak masin lebih sikit lagi, boleh masukkan garam sikit.

▶️ Lepas tu gaulkan dengan ayam yang dah siap direbus tadi dan perap dalam 15 minit.

▶️ Sama ada nak goreng, grill dalam oven atau panggang atas arang terpulang pada anda.

▶️ Kalau nak goreng, panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Bila minyak dah betul-betul panas, goreng ayam dengan api sederhana. Namun jangan masukkan ayam banyak sangat dalam kuali sekali menggoreng.

▶️ Goreng dalam 5-7 minit sahaja.

▶️ Dah siap, boleh angkat dan toskan.

Bahan-bahan sambal atau sos pedas:
  • 2 ulas bawang putih
  • 6 biji lada merah
  • 1 sudu jus limau nipis
  • Sedikit halia (anggara 1 ruas jari kelingking)
  • 4 sudu gula
  • 1 sudu kecil garam
  • ¾ cawan air rebusan ayam
  • 1 sudu kecil tepung jagung (bancuhkan dengan 2 sudu air)
Cara buat sambal/sos pedas:

▶️ Masukkan bawang putih, lada merah, halia, bancuhan tepung jagung dan air rebusan ayam tadi ke dalam blender.

▶️ Dan kisar sehingga hancur sebati.

▶️ Tuangkan ke dalam kuali dan masak dengan api yang kecil.

▶️ Dah mendidih, perasakan dengan garam, gula dan perahan jus limau nipis secukup rasa.

▶️ Dah siap!

Bahan-bahan kuah kicap:
  • Kuah kicap perapan ayam untuk buat ayam panggang tadi
  • Kicap manis cap kipas udang
  • Garam sedikit
  • Air rebusan ayam sedikit
Cara buat kuah kicap:

▶️ Masukkan kuah kicap perapan ayam, kicap manis dan air rebusan ayam dalam periuk. Panaskan dengan api yang kecil.

▶️ Kalau nak pekat lagi, gunakan kicap pekat atau tambahkan sikit tepung jagung. Terpulang pada anda.

▶️ Kacau sebati dan perasakan dengan garam sikit.

▶️ Kalau nak lebih sedap boleh perahkan air asam limau.

▶️ Kuah kicap ni paling simple. Ikut nak buat macam mana selera anda.

Bahan-bahan sup:
  • Air rebusan ayam tadi
  • Lada sulah
  • Garam secukup rasa
  • Daun sup

Cara buat sup:

▶️ Panaskan baki air rebusan ayam tadi, dan tambahkan lagi air jika terlalu pekat.

▶️ Masukkan lada sulah dan garam secukup rasa.

 

BACA JUGA: Resepi Nasi Tomato Kukus. Bila Kukus Lebih Elok Kejadiannya. Siap Resepi Ayam Masak Merah!

 

▶️ Kacau sebati dan taburkan daun sup dia atasnya.

▶️ Sedia dihidangkan dengan nasi marjerin.

Kalau biasa masak nasi ayam, nasi marjerin ni lebih kurang macam nasi ayam juga penyediaannya. Cuma nasinya je berlainan sikit.

Cara penyediaan ayam tu terpulang pada anda nak makan cara macam mana, sama ada goreng atau grill. Yang penting apa cara masak pun sedap.

Nasi marjerin dan ayam panggang ni memang kombinasi yang terbaik. Pasti anak-anak sangat menggemarinya. Nak buat pun lebih mudah dari nasi berperisa lain. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.