Segalanya Tentang Makan..

Hokkaido Cupcake Cream Cheese Mudah Dan Sedap. Bila Makan Terasa Lembut Dan Gebu.

0 527

Kek hokkaido ni terkenal dengan sifat gebu,ringan dan wanginya. Kalau sebut je kek Hokkaido, mulalah terbayang rasa dia yang enak dan lembut, lagi-lagi baru lepas dibakar. Boleh bau semerbak aroma kek. Pernah rasa hokkaido cupcake dengan filling cream cheese?

Kek Hokkaido ni memang selalu dalam versi cupcake yang mana mudah untuk dibancuh dan dibakar. Rasanya memang sedap lagi-lagi dengan filling cream cheese. Kalau dah nama hokkadido cupcake, mesti ada fillingnya kan.

Yang membezakan rasa atau flavour Hokkaido cupcake ialah perisa fillingnya. Filling cream cheese ni antara adunan filling yang sedap, manis dan berlemak. Kadang-kadang ada juga yang suka adunan filling kastard dan macam-macam lagi.

Untungnya buat Hokkaido cupcake ni sebab buat adunannya sekali, tapi boleh dapat hasil cupcake yang banyak. Baru puas hati bila dapat makan berulang kali. Kalau beli, perlu beli lebih sebiji kek baru cukup. Bila buat sendiri ni jauh lebih jimat.

Resepi Hokkaido cupcake dari Shai Anne Ahemed ni antara yang sedap dan mudah untuk anda cuba. Biasanya kek Hokkaido ni dalam 1 perisa je. Jarang nampak orang buat perisa lain seperti pandan, coklat dan sebagainya. Yang membezakannya ialah perisa filling.

 

HOKKAIDO CUPCAKE CREAM CHEESE

Selain cream cheese dan kastard, ada juga filling lain seperti coklat, blueberry, strawberi dan sebagainya tapi tak sepopular cream cheese dan kastard. Kalau anda nak kepelbagaian, boleh je cuba perisa lain ikut kesukaan anda.

Bahan-bahan cupcake:
  • 5 biji telur kuning saiz B
  • 5 biji telur putih saiz B
  • 75 gram gula (bahagi 2, satu 35 gram, dan satu lagi 40 gram)
  • 1 sudu teh esen vanila (tak letak pun tak apa)
  • 110 gram tepung superfine /tepung nova
  • 100 ml susu fresh milk
  • 60 ml minyak masak

Cara-caranya:

▶️ Pukul telur putih dengan mixer sehingga kembang.

▶️ Kemudian masukkan 40 gram gula kastor dan pukulkannya sampai jadi soft peak (bila diterbalikkan tak jatuh).

▶️ Dalam bekas lain, satukan 35 gram gula, kuning telur dan juga esen vanilla. Mix sebati.

▶️ Masukkan susu dan minyak pula dan mix kan sebati.

▶️ Masukkan tepung sikit demi sedikit dan mix kan juga sebati (gunakan mixer).

▶️ Dan akhir sekali campurkan adunan kuning telur ni dengan adunan putih telur yang dipukul mula-mula tadi.

▶️ Gaulkannya dengan senduk sehingga sebati. Jangan guna mixer.

▶️ Sediakan cup, dan tuangkan adunan ke dalam cupcake.

▶️ Bakar pada suhu 140’c menggunakan api atas bawah selama 30-40 minit atau ikut oven masing-masing. Jangan lupa panaskan siap-siap oven tu.

Bahan-bahan cream cheese:
  • 125 gram cream cheese tatura (nak lagi sedap gunakan Philadelphia)
  • 100 gram susu pekat manis (kalau nak manis lagi boleh lebihkan)
  • 3 sudu besar fresh milk
Cara buat cream cheese:

▶️ Masukkan cream cheese dan susu pekat manis ke dalam mangkuk dan mix kan sebati.

▶️ Kemudian masukkan fresh milk dan mix sebati juga.

▶️ Dah siap.

 

BACA JUGA: Kek Red Velvet Cheese Leleh. Beli Tepung Red Velvet Kat Kedai Eco Je.

 

Lepas je cupcake tadi dah dibakar, biarkan sejuk sekejap. Kemudian boleh picitkan filling ni ke dalam cupcake yang dah dibakar tadi.

Kalau nak lagi cantik boleh hiaskan dengan potongan buah kecil-kecil dan letak atas kek untuk dijadikan topping.

Berselera tengok Hokkaido cupcake cream cheese ni bila dah siap buat sepenuhnya. Kalau nak lagi cantik dan sedap, boleh taburkan gula aising di atasnya. Jangan lupa mencubanya

Leave A Reply

Your email address will not be published.