Segalanya Tentang Makan..

Kek Coklat Crepe Sedap, Manis Dan Lembut Bertingkat. Makan Sejuk-Sejuk Terus Licin.

0 1,381

Penah tak anda makan kek coklat crepe lembut sedap? Yang jarang makan kek mesti kurang tahu apa dia kek crepe ni kan. Selalu dengar durain crepe je. Crepe ni sebenarnya bermaksud adunan yang nipis bak lempeng. Kalau durian crepe tu selalunya dijadikan bahagian kulitnya tu.

Tapi untuk kek crepe, adunan crepe tu disusun jadi layer. Sebab tu kek crepe ni antara jenis kek yang cantik. Sebab nampak bertingkat. Cuma nak buat lapisannya tu kena gigih dan makan masa sedikit. Namun hasilnya memang puas hati dengan rasa sedap, lembut dan manis.

Biasanya kek crepe ni kebanyakannya orang buat kek coklat crepe inilah. Yang lain-lain tu kadang-kadang buat kek pandan crepe, kek perisa durian crepe dan macam-macam lagi. Apa pun jenis kek atau perisa, tapi bila dibuat jenis kek crepe, nampak cantiklah hidangan keknya.

Kalau anda nak cuba buat, boleh rujuk resepi yang dikongsikan oleh Nor Al Fatihah. Kek coklat crepe yang dibuatnya paling simple tapi sangat sedap dan lembut.

Boleh buat kek harijadi sendiri nanti lepas ni. Anak-anak mesti suka. Lagi-lagi kalau menikmatinya waktu sejuk-sejuk.

 

RESEPI KEK COKLAT CREPE

Kalau nak lagi sedap dan nampak cantik macam kedai kek, boleh buat hiasan topping apa sahaja yang anda suka. Boleh letak coklat ganache, taburan serbuk coklat atau oreo atau coklat chips. Ikutlah mana yang anda suka.

Bahan-bahannya:
Bahan untuk crepe:
  • Butter 50 gram (dicairkan)
  • Serbuk koko 2 sudu besar
  • Fresh milk atau full cream 1 ¾ cawan
  • Gula ¼ cawan
  • Tepung gandum ¾ cawan
  • Telur greb B 2 biji
Bahan untuk krim coklat:
  • Non dairy whipping cream 2 cawan
  • Coklat masakan 200 gram
Bahan untuk coklat ganache:
  • Whipping cream 200 ml
  • Coklat masakan 200 gram
Bahan hiasan kek (optional):
  • Serbuk koko
  • Coklat (disagat)

Cara buat kek coklat crepe:

▶️ Mula-mula buat bahagian crepe dahulu.

▶️ Caranya, panaskan susu dan gula dulu dalam 1 periuk.

▶️ Kacau sampai gula larut sahaja. Jangan sampai mendidih.

▶️ Lepas tu tutup api dan tuang ke dalam bekas adunan.

▶️ Dalam mangkuk lain, bancuh serbuk koko dengan butter yang dah dicairkan.

▶️ Lepas tu masukkan ke dalam bancuhan susu tadi dan kacaukan guna whisk.

▶️ Kemudian masukkan telur dan sebatikannya.

▶️Masukkan tepung gandum pula dan kacau rata.

▶️ Tapis adunan 3 kali untuk dapatkan adunan yang halus dan tak berketul.

▶️ Kemudian panaskan non stick pan saiz 29cm.

▶️ Masukkan 1 senduk adunan dalam pan, dan lenggangkannya supaya nipis.

▶️ Masak dalam 1-2 minit sampai tak menggelembung.

▶️ Lepas tu angkat. Tak perlu terbalikkan pun.

▶️ Dalam 1 adunan ni boleh dapat 20 keping crepe.

▶️ Lepas tu buat krim coklat pula.

▶️ Caranya, cairkan dulu coklat dengan cara double boil.

▶️ Kemudian sejukkan.

▶️ Dalam mangkuk lain, pukul non dairy whipping cream sampai kembang.

▶️ Lepas tu campurkan coklat tadi dan pukul lagi sehingga sebati dan kental.

▶️ Dah siap krim coklat ni, bolehlah mula buat lapisan kek coklat crepe ni.

▶️ Mula-mula ambik satu crepe, dan sapukan krim coklat. Jangan sapu terlalu tebal.

▶️ Kemudian layerkan dengan satu crepe lain dan sapukan krim coklat lagi.

▶️ Ulang cara ni sampailah crepe habis.

▶️ Dan hujungnya, salutkan keseluruhan crepe dengan krim dan boleh hiaskan ikut kreativiti.

▶️ Sejukkan kek ni dalam peti ais dalam 3-4 jam hingga set.

▶️ Untuk hiasan coklat ganache, nak buatnya perlu panaskan whipping cream.

▶️ Seterusnya tuang ke dalam bekas berisi coklat masakan. Kacaukannya sampai coklat larut.

▶️ Sejukkan dulu, lepas tu baru tuang ke atas kek crepe.

 

BACA JUGA: Kek Coklat Moist Bakar, Guna Sukatan Cawan. Dengan Topping Coklat Leleh!

 

▶️ Akhir sekali tabur coklat dan serbuk koko.

▶️ Sedia menikmatinya sejuk-sejuk!

Tergoda kan tengok kek ni. Tapi kalau nak membuatnya kena gigih untuk dapat hasil yang cantik dan nampak mewah macam ni. Lagi-lagi kalau buat 20 layer ikut resepi ni.

Sebenarnya yang tebal tu nampak lagi cantik dan puas nak makan. Nak buat kek ni ikut selera dan citarasa kita juga. Terutamnya untuk tahap kemanisan, dan juga jenis hiasan yang kita suka.

Lepas ni kalau nak cuba buat kek yang cantik dan sedap macam kedai bakery, boleh cuba buat kek coklat crepe yang super sedap dan lembut ni. Pasti anda jatuh cinta dengan rasanya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.