Segalanya Tentang Makan..

Resepi Laksa Lemak Nyonya Melaka, Kuah Pekat Cukup Berperisa. Kali Ni Bukan Bahan Asas Ikan!

0 9,560

Sedapnya tengok hidangan laksa nyonya melaka ni. Kadang-kadang teringin juga nak makan menu berbeza yang tak pernah kita cuba. Resepi laksa lemak nyonya melaka ni pernah dicuba buat pertama kali oleh Puan Sarah Az-Zahra. Wahh, terliur lihat hidangannya yang menjadi dan sedap.

Kalau lihat bahan-bahan kuah laksa lemak nyonya ni seakan-akan gulai yang banyak rencah dan cukup berasa. Lagi-lagi kepekatan dan warnanya. Kalau laksa biasa kita masak menggunakan ikan sebagai bahan asas utama.

Tapi untuk pengetahuan anda, laksa lemak nyonya ni gunakan bahan asas udang. Dari tumisannya yang gunakan udang kering, sampailah rencah stok udang, dan juga udang sendiri yang menjadi salah satu ‘lauk’ dalam kuah. Unik kan, tapi sedap!

Lagi enaknya tu, laksa ni dihidangkan sekali dengan sambal tumis sebagai penambah rasa. Barulah lengkap dimakan dengan kuah laksa dan segala bahan hidangan yang lain.

Macam biasalah kalau hidangan mee berkuah ni. Ada sayur atau bahan tambahan bila nak hidangkan tu. Antaranya boleh sediakan timun racik, taugeh, limau nipis, telur rebus dan sebagainya.

 

RESEPI LAKSA LEMAK NYOYNYA MELAKA

Dalam resepi ni, ada juga tunjukkan cara buat mee laksa homemade sendiri. Lebih kurang mee laksa yang biasa kita beli tu. Cuma mungkin adalah beza sedikit kalau air tangan sendiri. Kalau anda nak beli mee laksa yang sedia ada tu pun boleh juga.

Bahan-bahan hidangan laksa lemak nyonya lemak Melaka:
  • Laksa beras 1 bungkus (boleh beli kalau tak nak buat sendiri. Nak hidangkan tu, rebus sampai lembut, lepas tu angkat dan tos)
  • Timun 1 batang (pontong mancis)
  • Taugeh 1 cawan
  • Daun kesum 1 ikat (dihiris halus)
  • Bawang mesar 1 labu (dihiris halus)
  • Bunga kantan 1 kuntum (dihiris halus)
  • Tauhu 3 keping (digoreng dan dihiris nipis)
  • Fish cake 2 keping (digoreng dan hiris nipis)
  • Telur rebus
  • Kuah laksa
  • Sambal tumis

Bahan-bahan untuk buat kuah laksa:
Bahan kisar:
  • Bawang merah 15 ulas
  • Lengkuas 4 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Cili kering 20 tangkai (rendam)
  • Buah keras 6 biji
  • Udang kering ½ cawan (rendam lembut)
  • Belacan 2 inci
  • Serai 2 batang
Bahan lain:
  • Daun kesum 1 ikat
  • Bunga kantan 2 kuntum
  • Asam keping 6 keping
  • Kiub ikan bilis 2
  • Gula melaka 1 keping
  • Santan 1 cawan
  • Fishball 10 biji
  • Udang 10 ekor
  • Stok udang secukupnya
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara buat kuah laksa:

▶️ Mula-mula buat stok ayam dulu. Caranya buang kulit udang dan kepalanya dan kisarkan dengan sedikit air untuk jadikan stok udang.

▶️ Lepas kisarkan tu, tapiskannya.

▶️ Panaskan minyak dalam periuk.

▶️ Lepas tu masukkan bahan kisar dan tumis sampai wangi dan terbit minyak.

▶️ Masukkan pula stok udang, daun kesum dan biarkan kuah mendidih.

▶️ Bila kuah dah mendidih je, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan juga gula melaka. Kacau biar melarut dan sebati.

▶️ Kemudian masukkan bunga kantan dan juga santan.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula secukupnya.

▶️ Biarkan mendidih sikit lagi, dan akhir sekali masukkan fishball dan juga udang.

▶️ Kacau sebati dan masak sekejap lagi.

▶️ Boleh padamkan api.

Bahan-bahan untuk sambal tumis:
Bahan kisar:
  • Cili kering 15 tangkai (rendam sampai lembut)
  • Bawang merah 7 ulas
  • Bawang putih 4 ulas
  • Belacan 1 inci
Bahan lain:
  • Air asam jawa sedikit
  • Garam dan gula secukupnya
  • Minyak menumis
Cara masak sambal tumis:

▶️ Panaskan minyak dalam kuali, dan masukkan bahan kisar.

▶️ Tumis sampai garing, naik bau dan terbit minyak.

▶️ Lepas tu masukkan air asam jawa, garam dan gula secukupnya.

▶️ Terus masak sambal ni sampai betul-betul garing dan kering.

▶️ Boleh hidangkan bersama hidangan laksa.

Kalau anda nak buat sendiri mee laksa, boleh juga!

Bahan-bahan untuk mee laksa:
  • Tepung beras 300 gram
  • Tepung gandum 120 gram
  • Sedikit garam
  • Minyak masak 2 sudu
  • Air suam 190 ml

Cara buat mee laksa homemade:

▶️ Nak buat bentuk mee tu, anda boleh gunakan alat membuat mee seperti dalam gambar. Ini ialah mesin noxxa amway.

▶️ Cara buatnya, campurkan kesemua bahan dan gaulkan menjadi adunan.

▶️ Lepas tu masukkan dalam mesin amway untuk keluarkan hasil mee laksa.

▶️ Lepas tu rebus.

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Johor Yang Paling Sedap. Bagi Yang Gilakan Laksa Johor, Wajib Cuba Resepi Ni!

 

Dah siap hidangan laksa lemak nyonya melaka untuk hidangan istimewa anda sekeluarga. Memang sedap dan padu kuahnya. Kaya dengan rencah dan berasa.

Kalau muak asyik makan laksa yang sama, bolehlah beralih kepada laksa nyonya melaka ni pula. Cuma yang alergi seafood dan ada gaut tu kenalah jaga-jaga. Memandangkan resepi ni berasaskan udang.

Sesuai kalau hidangkan laksa lemak nyonya melaka ni untuk hidangan tetamu atau majlis kenduri tertentu. Sebab hidangannya bukan biasa-biasa. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.