Segalanya Tentang Makan..

Kek Coklat Tornado Super Sedap Cair Di Mulut. Tengok Je Pun Dah Terliur!

0 3,263

Anda pernah makan tak kek coklat tornado ni? Kalau tak pernah makan pun mesti selalu dengar sebab kek ni sering viral disebabkan rasanya yang cukup sedap, ditambah lagi dengan rasa moist dan gebu. Kalau tak pernah makan kek coklat tornado super sedap ni memang rugi!

Dengan lapisan kek coklat dan cheese yang cukup moist dan mewah tu, pasti anda makan sambil tutup mata sebab terasa sangat nikmatnya. Ditambah lagi dengan topping coklat ganache yang leleh, setiap suapan terasa cair di mulut.

Nak buat kek ni memang agak mencabar sikit sebab banyak bancuhan perlu dibuat untuk 3 jenis lapisannya. Tapi bila dah siap je, hilang penat anda di dapur dengan hasil kek coklat tornado super sedap dan nyummy ni.

Anak-anak kalau dapat makan confirm cepat je habis. Lagi-lagi kalau makan waktunya sejuk. Memang sebekas tu boleh habis sehari je.

Untuk buat kek ni hanya perlukan pengukus. Tak perlu dibakar dalam oven. Bila kukus kek akan rasa lagi moist dan gebu. Kalau anda nak cuba buat, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Mamamia ni.

 

RESEPI KEK COKLAT TORNADO

Untuk kek tornado ni, kita buat lapisan kek coklat pada 2 bahagian dan lapisan cream cheese juga 2 bahagian yang diselang selikan. Untuk lebih jelas, anda boleh terus rujuk resepi ni hingga habis.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan kek coklat moist:

  • Telur 4 biji
  • Gula kastor 1 cawan
  • Susu pekat ½ cawan
  • Esen vanilla 1 sudu teh
  • Tepung gandum 1 ¼ cawan
  • Serbuk koko 1 cawan
  • Baking powder 1 sudu teh
  • Soda bikarbonat 1 sudu teh
  • Garam halus ¼ sudu teh
  • Susu full cream atau susu segar 1 cawan
  • Minyak jagung atau butter cair 1 cawan
  • ¾ sudu kecil bancuhan serbuk nescafe dan air panas

Cara buat kek coklat moist:

▶️ Mula-mula pecahkan telur dan masukkan gula kastor sekali ke dalam mangkuk.

▶️ Pukul kedua-dua bahan ni sehingga kembang dan gulanya hancur.

▶️ Kemudian masukkan susu pekat dan esen vanilla. Pukul lagi sampai sebati.

▶️ Seterusnya campurkan tepung gandum, serbuk koko, baking powder, soda bikarbonat dan garam halus dalam 1 bekas lain. Kemudian ayakkan campuran bahan ni.

▶️ Selepas ayak, masukkan ke dalam mangkuk bancuhan kek tadi. Masukkan sikit demi sedikit sambil kacaunya sebati.

▶️ Kemudian masukkan susu full cream atau susu segar.

▶️ Masukkan juga minyak jagung atau butter cair dan kacau sehingga sebati.

▶️ Rahsia untuk bagi kek lebih umpphh dan naik rasa dia, boleh masukkan bancuhan nescafe dengan air panas sedikit iaitu ¾ sudu kecil. Kacau sebati dalam adunan tadi.

▶️ Kemudian sediakan bekas yang sesuai untuk dikukus.

▶️ Tuangkan adunan kek coklat tadi paras 1/3 penuh bekas.

▶️ Dan boleh kukus selama 40 minit. Sebelum tu jangan lupa tutup kek dengan aluminium foil.

▶️ Lepas kek dah masak, ia akan naik gebu seperti dalam gambar. Biarkan ia sejuk dahulu. Kek ni nanti akan dibelah 2 tengahnya untuk dimasukkan filling cream cheese. 1 lagi bahagian cheese akan disapukan di atas kek coklat juga.

▶️ Sambil tunggu kek sejuk, boleh sediakan bahagian cream cheese dan coklat genache pula.

 

Bahan-bahan untuk filling cream cheese:
  • Cream cheese 250 gram yang dibiarkan dalam suhu bilik
  • Susu pekat manis 3 sudu besar
  • Jus lemon 1 sudu teh
  • Whipping cream 300 ml

 

Cara penyediaan cream cheese:

▶️ Mula-mula sediakan 1 mangkuk dan masukkan cream cheese ke dalamnya.

▶️ Tekan-tekan cream cheese tu supaya hancur.

▶️ Seterusnya masukkan susu pekat manis dan jus lemon. Kacaukan sehingga sekata dan ketepikan. Kalau anda nak cepat lembut atau smooth bahan ni, boleh pukul dengan mixer.

▶️ Sediakan whipping cream yang baru je dikeluarkan dari peti sejuk.

▶️ Kemudian dalam mangkuk lain, pukul whipping cream ni sampai kental.

▶️ Dan campurkan whipping cream yang dah dipukul bersama dengan adunan cheese tadi.

▶️ Gaulkan kedua-dua bahan ni sehingga sekata dan simpankan sekejap dalam peti sejuk.

▶️ Sambil tu, buat pula topping coklat ganache.

 

Bahan coklat ganache:
  • Milk compound atau dark chocolate sebanyak 300 gram
  • Whipping cream 300 ml
  • Susu full cream 3 sudu besar
  • Butter 3 sudu besar

Cara penyediaan coklat ganache:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk. Kemudian masak guna kaedah double boil.

▶️ Kacau sehingga coklat dan bahan-bahan lain semua mencair dan sebati.

▶️ Lepas dah sebati, padamkan api dan sejukkan dahulu.

▶️ Biarkan betul-betul sejuk supaya bancuhannya pekat nanti.

 

Cara lengkapkan lapisan kek tornado:

▶️ Lepas dah siap bancuhan untuk semua lapisan kek, ambil kek coklat mula-mula dibuat tadi dan belah pada 2 bahagian.

▶️ Masukkan cream cheese ke dalam piping bag dan picitkan atas permukaan kek coklat yang di lapisan bawah. Kemudian ratakan dengan belakang sudu.

▶️ Selepas tu, tutup lapisan cream cheese tu dengan lapisan kek atas. Dan picitkan lagi cream cheese di atas permukaannya. Lebihkan cream cheese pada bahagian atas ni berbanding lapisan di bawah tadi.

▶️ Kemudian sejukkan sekejap dalam peti ais supaya cream cheese tu sedikit mengeras.

▶️ Agak-agak dah keras sikit, boleh keluarkan dari peti ais.

▶️ Kemudian tuangkan coklat ganache ke serata permukaan cheese sampai menutupi keseluruhannya.

▶️ Boleh hiaskan kek dengan coklat rice atau coklat flakes atau pun coklat parut. Ikut suka anda.

▶️ Kemudian sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

▶️ Dah siap!

 

BACA JUGA: Resepi Biskut Coklat Chip Rangup Dan Sedap. Rasa Coklat Enak, Confirm Habis Sebalang!

 

Wahh bila dah siap je kek, tengok je pun dah buat geram. Kek ni memang banyak step untuk penyediaannya yang lengkap. Tapi kalau lihat balik, sebenarnya banyak pada proses bancuhan.

Selebihnya hanya gabungkan setiap lapisan je. Proses mengukus hanya untuk kek coklat moist tu je. Untuk mudah, anda sebenarnya boleh buat kek coklatnya dulu pada waktu malam.

Keesokan pagi boleh buat santai-santai untuk lapisan cheese dan coklat ganache pula. Mudah je kan. Lepas ni kalau teragak kek coklat tornado super sedap ni, bolehlah buatnya sendiri! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.