Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-5Tacjc.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-5Tacjc.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuah Oden Sedap Ala Family Mart. Resepi Homemade Hirup Sampai Licin!

0 35,852

Pernah tak anda makan oden kat family mart. Semenjak viral oden kat sana, dah ramai yang mula buat kuah oden sendiri. Cara buat kuah oden ala family mart ni sebenarnya mudah dan ringkas je. Kalau teragak, boleh buat sendiri.

Bagi yang tak biasa makan, oden ni sebenarnya makanan Jepun yang ada fishcake, telur rebus, tauhu dan macam-macam lagi. Kalau nak lebih jelas lagi, lebih kurang macam kita makan yong tau fu atau steamboat, cuma di Jepun mereka makan dengan sup soya.

Kuah oden yang dah viral di family mart ni ada rasa masam, manis dan pedas. Memang kena pada tekak kita, sebab tu amat digemari ramai. Letak je segala bahan macam kat yong tau fu yang kita suka. Itu untungnya kalau buat oden homemade sendiri.

Biasanya sedap kalau ada mee segera, tauhu, ketam, bebola ayam/ikan, kek ikan, sosej, sayur kangkung, cendawan enoki dan macam-macam lagi. Ikut suka anda nak letak apa sahaja. Ada sesetengah tu, memang lengkap dengan segala bahan macam makan yong tau fu.

Janji kuah oden kenalah mantap, baru sedap makan dan hirup kuah sampai ke titisan akhir. Kalau anda nak cuba buat makanan oden ni, boleh cuba ikut resepi mudah yang dikongsikan oleh Nur Balqis.

 

RESEPI KUAH ODEN

Nak lagi sedap, sediakan hidangan ni dengan periuk steamboat. Kalau makan panas-panas memang terangkat dengan rasa masam dan pedasnya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Perendah tomyam adabi 2 paket
  • Perencah sup siam adabi 2 paket
  • Perencah asam pedas adabi 1 paket

  • Kiub pati ayam 2 pcs
  • Air 1.5 liter
  • Gula 1 sudu besar

Cara buat kuah oden:

▶️ Masukkan air dalam periuk, kemudian masukkan je kesemua perencah dan kacau sebati.

▶️ Biarkan mendidih, kemudian masukkan kesemua bahan steamboat anda.

▶️ Dah siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Pandan Thai. Dengan Aroma Wangi Balutan Daun Pandan! Gerenti Terliur!

 

Mudah je kan. Dalam resepi ni tak ada ditunjukkan bahan sayuran. Kalau anda suka, boleh letak sayuran seperti kangkung, sawi cina, cendawan enoki, cendawan tiram atau macam-macam lagi. Barulah bertambah sedap.

Kalau kat rumah tak tau nak sediakan makanan santai apa untuk anak-anak, bolehlah buat oden ni. Simple je bahannya, dan sangat mudah untuk disediakan. Tak ada proses menumis, atau campuran bahan lain. Hanya rebuskan perencah dan bahan steamboat je.

Cuma biasalah, kuah oden ni memang ala tomyam, jadi akan ada banyak minyak dalam kuahnya. Bagi anda yang tak makan makanan yang berminyak, tak sesuai untuk hidangan ni. Boleh cuba makan sedikit je untuk rasa tapi tak sesuai kalau makan berlebihan.

Lepas ni, kalau rindu nak makan oden family mart, bolahlah buat sendiri di rumah dengan mencuba resepi ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.