Cantiknya tengok hasil kek yang dikongsikan oleh Cek Yah ni. Bukan main licin, berseri dan yang penting nampak sedap dan menyelerakan. Apa kata jom buat kek oreo red velvet cheese ni. Jangan tak percaya, kek yang menawan ni hanya perlukan 6 bahan je.
Bahan yang ringkas dan cara pun tak lah susah sebenarnya. Resepi ni menyediakan satu persatu step yang anda boleh buat. Kombinasi rasa oreo, red velvet dan cheese yang pasti buat anda teruja. Tambah lagi ianya menarik dengan 3 lapisan kek.
Idea kek ni anda boleh buat untuk hari jadi anak-anak di rumah. Sebab bahannya ringkas je tapi rupa kek amat cantik dan sesuai untuk majlis.
Rasa keenakannya tak perlu nak disangkal lagi. Memang sedap dengan rasa biskut oreo red velvet yang lebih crunchy sebagai lapisan base paling bawah.
Kemudian perisa cream cheese untuk tengah-tengah dan atas sekali ialah krim red velvet. Kalau makan sejuk-sejuk memang nikmat sangat rasanya.
RESEPI KEK OREO RED VELVET CHEESE
Rasa kek ni sedap dengan rasa lemak-lemak manis. Ikut sukatan bahan sebiji-sebiji dan juga stepnya, pasti akan menjadi. Sebelum mula, pastikan anda sediakan loyang saiz 8.
Bahan-bahannya:
Base kek:
- 1 pack atau 14 keping oreo red velvet (biskut sahaja, asingkan creamnya)
- 80 gram butter (dicairkan)
Bahagian cream cheese di tengah-tengah:
- 500 gram cream cheese
- 250 ml whipping cream
- 4 sudu besar atau 50 gram gula icing
- 1 sudu besar atau 10 gram serbuk gelatin halal (boleh cari di kedai bahan bakery)
- Cream oreo yang diasingkan
- 6 biskut oreo (dicincang kasar)
Lapisan atas:
- 200 ml whipping cream
- 2 sudu besar atau 25 gram gula icing
- 2 gram serbuk gelatin
- Sedikit red velvet emalco atau pewarna merah/pink
Cara buat kek oreo red velvet cheese:
▶️ Cairkan 80 gram butter dalam kuali.
▶️ Kemudian ketepikan.
▶️ Untuk base, asingkan biskut oreo dan juga cream. Kemudian hancurkan biskutnya.
▶️ Masukkan butter yang telah dicairkan tadi ke dalam biskut oreo yang dah hancur. Gaulkan sekata.
▶️ Masukkan dalam loyang dan tekan-tekankan supaya rata. Masukkan sekejap dalam peti ais.
▶️ Keduanya buat lapisan cream cheese.
▶️ Cairkan serbuk gelatin. Caranya masukkan 5 sudu kecil air panas ke dalam gelatin dan kacau sehingga larut.
▶️ Lepas tu rendamkan bekas gelatin dalam air panas supaya gelatin kekal cair.
▶️ Masukkan cream cheese dalam mangkuk dan gaul sekata. Pastikan ianya dalam suhu bilik sejam lebih awal sebelum guna supaya senang nak kacau.
▶️ Dalam bekas lain, putar whipping cream dan gula icing sehingga kental.
▶️ Masukkan 1 sudu besar air panas ke dalam krim oreo tadi. Kacau hingga sebati.
▶️ Kemudian masukkan krim oreo dan whipping cream ke dalam adunan cream cheese. Kacau sebati.
▶️ Lepas dah sebati, masukkan gelatin yang telah dicairkan tadi. Kacau sebati.
▶️ 6 biskut oreo red velvet yang dicincang kasar dimasukkan ke dalam adunan.
▶️ Kacaukan sehingga oreo sekata. Kalau nak letakkan oreo lebih pun boleh juga.
▶️ Kemudian masukkan adunan cheese ni di atas base kita tadi.
▶️ Ratakannya, dan masukkan dalam peti ais semula.
▶️ Akhir sekali buat lapisan pink di atas.
▶️ Cairkan 2 gram serbuk gelatin dengan 4 sudu kecil air panas. Jangan lupa rendamkan bekas dalam air panas supaya gelatin kekal cair.
▶️ Dalam mangkuk lain, putar whipping cream, gula icing dan red velvet emalco/pewarna merah/pink.
▶️ Kemudian masukkan gelatin tadi ke dalamnya. Putarkan lagi sekejap.
▶️ Dan tuangkan atas adunan cream cheese tadi.
▶️ Kalau ada gelembung udara, gunakan lidi dan cucuk untuk pecahkan gelembung tu.
▶️ Dah siap, masukkan dalam peti ais selama 5 jam atau semalaman.
▶️ Selepas dah keluarkan dari peti ais, gunakan tuala yang direndam air panas, kemudian lilitkan tepi loyang.
▶️ Dengan cara ni, loyang akan mudah tanggal.
BACA JUGA: Kek Coklat Bertingkat Ala Kek Indulgence Secret. Sedap Dengan Tekstur Lembut Dan Creamy.
Sedia dipotong dan dihidangkan waktu sejuk-sejuk tu. Nikmatnya tak terkata. Bilo potong, kek tak lah begitu lembik dan masih creamy.
Rasanya yang lemak dan manis-manis manja memang kena dengan selera dan tak cepat muak. Kalau anda nak buat versi coklat pun boleh juga. Gunakanlah biskut oreo coklat.
Tergoda kan tengok kek oreo red velvet cheese ni? Hujung minggu nanti bolehlah cuba. Pasti anda tak akan menyesal. Semoga berjaya!