Kalau anda penggemar kek manisan yang penuh dengan rasa dan aromanya, boleh cuba buat kek penuh perisa oren ni atau dipanggil juga zesty orange cake. Kalau buat tu, boleh bau kek yang wangi semerbak satu rumah. Memang sedap nikmati dengan rasa masam-masam manisnya.
Nak rasa kesedapan kek ni ialah bergantung juga pada teksturnya. Kalau cukup gebu, lembut dan berperisa, maka memang sedaplah kek tu. Resepi kek oren yang dikongsikan oleh Saiful Nasuha ni lengkap kesemuanya seperti tekstur kek span juga.
Yang bertambah extranya ialah perisa oren yang menaikkan lagi rasa. Kalau anda pernah rasa kek span atau kek butter oren, macam itulah nikmatnya makan kek oren zesty ni. Malah lebih harum dan wangi.
Bahan dan cara membuatnya lebih kurang sama je, cuma bahan utamanya ialah buah oren yang diperah jus dan diparut kulitnya untuk beri lebih rasa dan haruman perisa oren.
Kalau buat kek ni untuk makan santai-santai pada hujung minggu memang sedap, malah sesuai kalau nak dihidangkan buat tetamu sebagai dessert istimewa. Nak buatnya tak susah sangat pun.
RESEPI KEK PENUH PERISA OREN @ ZESTY ORANGE CAKE
Kalau nak lebih sedap, boleh taburkan bijian badam atas kek sebelum dibakar. Lagi bertambah sedap bila bahagian luar kek ada rasa garing dan dicampuri pula rasa kerangupan badam ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Tepung gandum 1 ½ cawan diayak
- ¾ butter (yang dicairkan dengan teknik double boil. Lepas tu sejukkan)
- Gula ½ cawan
- Telur 3 biji
- Baking soda 1 sudu kecil
- Susu tepung 2 sudu besar
- Ovalette 2 sudu besar
- Esen vanilla 1 penutup
- 1 biji oren (yang diparut kulitnya, diperahkan jus, dan juga dihiris sebagai hiasan)
- Hirisan badam sedikit untuk hiasan
Cara buat kek oren @ zesty orange cake:
▶️ Nak buat bancuhan ni mudah je. Gunakan blender sahaja pun boleh.
▶️ Mula-mula pecahkan telur, kemudian masukkan gula, esen vanilla, ovalette dan butter yang dicairkan tadi.
▶️ Kemudian putar blender sehingga bahan-bahan sebati dan naik gebu.
▶️ Dalam bekas yang berasingan, ayakkan tepung dan juga baking soda.
▶️ Lepas tu masukkan susu tepung ke dalam adunan tepung tu.
▶️ Kemudian tuangkan pula bahan dikisar dengan blender tadi.
▶️ Seterusnya terus masukkan jus perahan oren dan parutan kulit oren. Kacaunya sehingga sebati.
▶️ Panaskan oven siap-siap.
▶️ Kemudian tuangkan adunan tepung tadi ke dalam loyang yang dah siap disapu dengan butter disekeliling loyang.
▶️ Susunkan hirisan buah oren dan juga badam di atasnya.
▶️ Dan bakar pada suhu 125’c selama 1 jam 15 minit atau ikut oven masing-masing.
BACA JUGA: Resepi Kek Butter Yogurt Sedap, Gebu Dan Moist. Tekstur Lembut Guna Bahan Mudah Je.
Semasa bakar memang tergoda dengan bau haruman kek 1 rumah. Kek ni memang boleh melepaskan craving bagi sesiapa yang memang sukakan kek oren yang sedap dan rasa masam-masam manis.
Tambahan lagi dengan kelembutan dan teksturnya yang gebu. Memang kalau makan kek oren ni boleh buat terleka. Sedar-sedar dah habis seloyang. Nanti bolehlah mencubanya!