https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Nasi Lemak Kuning Kedah, Dengan Sambal Tumis Sedap Dan Padu. Makan Sampai Bertambah.

0 19,915

Kalau kat belah utara, resepi nasi lemak kuning Kedah ni memang cukup popular dan jadi satu menu biasa sarapan pagi di sana. Hidangannya lebih kurang macam nasi lemak biasa juga. Ada sambal tumis, telur rebus, timun, ikan bilis goreng dan kacang. Dan ada juga dihidang dengan pelbagai lauk.

Kadang-kadang nasi lemak kuning ni dipanggil juga nasi lemak royal. Apa bezanya nasi lemak kuning ni dengan nasi lemak lain ialah rasa dan baunya yang agak istimewa. Sedap dengan tumisan bahan rempah, wangi dan rasa lemak walaupun tak masukkan santan.

Kalau sesekali rasa nak tukar selera dari nasi lemak bersantan tu, bolehlah cuba resepi nasi lemak kuning kedah ni pula. Pasti anda suka. Kalau nak makan dengan sambal tumis biasa dah cukup sedap. Dan bila makan dengan ayam berempah atau rendang pula lagilah bertambah lazat.

Memang padan dengan namanya nasi lemak royal sebab rasanya lebih mewah. Dalam resepi Umi Watie ni ada tunjukkan cara masak nasi lemak kuning dengan bahan yang ringkas dan mudah je.

Yang buat berselera tu ialah sambal tumisnya. Cukup mengancam sambalnya dengan warna merah dan berkilat. Kalau makan dengan nasi lemak kuning ni confirm bertambah.

 

RESEPI NASI LEMAK KUNING KEDAH

Kalau nak penyediaan yang ringkas je, masak dengan sambal tumis je pun dah cukup menyelerakan. Kalau rajin bolehlah buat sekali hidangan lain seperti ayam berempah atau rendang ayam. Yang penting semuanya memang sedap dimakan dengan nasi lemak kuning ni.

Untuk resepi ni sukatan bahannya ialah untuk 2 cawan beras basmathi. Kalau anda nak masak lebih, boleh gandakan bahan-bahannya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan untuk nasi:
  • Bawang merah ½ biji (dihiris)
  • Bawang putih 1 ulas (dihiris)
  • Kulit kayu manis 1 batang
  • Bunga lawang 1 kuntum
  • Buah pelaga 2 biji
  • Bunga cengkih 3 kuntum
  • Lada hitam ½ sudu teh
  • Serbuk kunyit ½ sudu teh
  • Daun pandan 2 helai dipotong kecil
  • Mentega 2 sudu besar
  • Minyak masak 1 sudu besar
  • Beras basmathi 2 cawan (cuci bersih dan toskan)
  • Air 4 cawan
  • Garam secukup rasa

Bahan untuk sambal tumis:
  • Cili kering 15 batang
  • Serai 1 batang
  • Bawang merah 2 biji
  • Bawang putih 2 ulas
  • Ikan bilis ¼ cawan
  • Asam keping 1 keping
  • Garam
  • Gula

Cara masak nasi lemak kuning:

▶️ Mula-mula panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan kesemua bahan kecuali beras basmathi dan air. Dan tumis sehingga naik bau.

▶️ Bila bawang dah layu dan semerbak baunya, padamkan api.

▶️ Dan tuangkan bahan tumisan ni atas beras basmathi. Dan masukkan sekali air.

▶️ Masukkan juga garam sedikit. Kemudian kacau sebati.

▶️ Lepas tu masak nasi seperti biasa.

▶️ Bila dah masak, boleh gembur-gemburkan nasi dengan garfu supaya nasi tak berderai.

 

Cara masak sambal tumis:

▶️ Mula-mula kisarkan bawang merah, bawang putih dan cili kering.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Kemudian masukkan bahan dikisar tadi bersama dengan serai yang diketuk.

▶️ Tumiskan sampai pecah minyak.

▶️ Bila sambal dah naik minyak, masukkan sedikit air.

▶️ Masukkan juga asam keping.

▶️ Kisar halus ikan bilis, dan masukkan juga ke dalam kuali.

▶️ Terus kacau sambal supaya tak hangit.

▶️ Bila sambal dah kelihatan pekat, masukkan garam dan gula secukup rasa.

▶️ Biarkan sehingga sambal betul-betul masak. Dah boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Rendang Ayam Mudah Dan Terlajak Sedap.

 

Boleh hidangkan terus dengan nasi lemak kuning bersama dengan telur rebus dan timun. Kalau ada lauk lain, boleh hidangkan sekali. Jadilah nasi lemak berlauk.

Memang layan makan nasi lemak kuning ni sebab ada rasa aroma yang sedap dan menyelerakan. Amat sesuai kalau nak hidangkan untuk keluarga, mertua atau tetamu pada hujung minggu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.