pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Oglio Olio Smoke Beef Simple 6 Bahan, Tapi Rasa Sedap Kayangan!

0 1,273

Sebut oglio olio mesti anak-anak teruja. Tak tahulah kenapa kan. Mungkin sebab mee pasta Itali ni lagi kena dengan citarasa mereka berbanding mee kuning yang selalu ibu-ibu sediakan. Kali ni saya nak kongsikan resepi oglio olio smoke beef yang sangat sedap dan ringkas yang boleh disediakan.

Kadang-kadang menu yang ringkas inilah paling masuk dengan tekak. Sesekali makan makanan Itali ni gantikan makanan melayu apa salahnya kan. Resepi oglio olio yang dikongsikan oleh Umi Watie ni menggunakan pasta jenis fettuccine.

Terpulang pada anda sebenarnya nak masak dengan jenis pasta yang disukai sama ada fettucine ni atau spagethi. Janji bahannya lengkap dengan rasanya dan memberikan aroma yang wangi.

Menariknya resepi ni ada smoke beef, atau dalam Melayunya ialah daging salai. Bayangkanlah dalam oglio olio ada dimasukkan daging salai yang ada aromanya tersendiri.

Terus oglio olio ni rasa ‘rich’ dan naik rasanya. Tambah pula lagi cukup dengan rasa pedas, aroma rempah, dan lemak dari taburan serbuk parmeson.

 

RESEPI OGLIO OLIO SMOKE BEEF

Bahan-bahan untuk resepi ni ringkas dan mudah je. Hanya perlukan 6 bahan je. Bila cukup dengan bahan-bahan ni, dah memadai untuk berikan pelbagai rasa.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Mentega 2 sudu besar
  • Daging salai 100 gram
  • Bawang putih 10 ulas
  • Parsley 2 sudu besar
  • Cili flake 3 sudu besar
  • Serbuk parmeson 3 sudu besar
  • Fettucini 200 gram (siap direbus)

Cara masak oglio olio smoke beef:

▶️ Mula-mula panaskan kuali.

▶️ Masukkan mentega dalam kuali dan biarkan mencair.

▶️ Kemudian masukkan bawang putih yang telah dicincang. Dan biarkan ditumis sehingga naik bau dan warna kekuningan.

▶️ Lepas tu masukkan cili flake. Kalau anda suka pedas, boleh masukkan lebih.

▶️ Dalam pada tu masukkan juga parsley.

▶️ Gaulkan kesemunya sebati dan biarkan ditumis sekejap.

▶️ Kemudian masukkan pasta pilihan.

▶️ Lepas gaul sebati, masukkan daging salai yang dipotong kecil. Dan gaulkan sekata.

▶️ Kalau nampak macam kering sangat kuahnya, masukkan air rebusan pasta sedikit dalam ½ cawan.

▶️ Lepas tu taburkan 3 sudu parmeson. Dan perasakan dengan sedikit garam.

▶️ Gaul kesemuanya sehingga sebati, dan boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Spaghetti Karbonara Berkrim Campur Cendawan Butang. Enak Sungguh Sampai Bikin Terliur!

 

Sebelum hidangkan, taburkan lagi serbuk permeson di atasnya untuk nampak lebih premium macam kedai mewah tu. Lagi bertambah seleralah kalau anak-anak tengok!

Kalau nak buat pedas atau tak pun terpulang pada anda. Biasanya kalau masak pasta goreng-goreng ni lebih kepada rasa bahang rempah berbanding pedas cili. Rasanya lebih enak.

Bagi anda penggemar masakan-masakan itali ni, bolehlah cuba resepi oglio olio smoke beef ni. Rugi kalau tak buat tau! Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.