Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-kacyG2.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-kacyG2.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Kek Butter Yogurt Sedap, Gebu Dan Moist. Tekstur Lembut Guna Bahan Mudah Je.

0 2,364

Kalau anda jenis tak biasa buat kek, antara kek simple yang paling mudah anda boleh buat ialah kek butter. Jarang tak jadi kalau buat kek ni sebab stepnya mudah dan ringkas. Terdapat banyak dah resepi kek butter dikongsikan. Salah satunya resepi kek butter yogurt sedap dan gebu gebas ni.

Ramai tau, kek butter ni ada haruman yang wangi dan sering dibuat dengan pelbagai corak dan warna. Sebab tu dipanggil juga kek marble yang ada pelbagai lakaran untuk cantikkan lagi hidangan kek. Cara buat kek dan bahan masih sama. Cuma ditambah sikit perisa dan warna je.

Selain tu ada juga ditambahkan perisa seperti sunquick untuk menaikkan lagi aroma kek. Macam-macam cara anda boleh buat sebagai kreativiti untuk menambahkan rasa dan kelembutan kek.

Untuk resepi kek butter yogurt sedap dan gebu yang dikongsikan oleh Fainda Farahin ni, tujuan masukkan yogurt ialah untuk dapatkan hasil kek yang lembut, moist dan wangi.

Bila dipotong, terasa kelembutan tekstur keknya. Resepi ni mudah. Tak gunakan bahan yang banyak pun terutamanya yogurt. Dan gunakan yogurt perisa asli pun dah cukup memadai.

 

RESEPI KEK BUTTER YOGURT

Yogurt ni nak gunakan jenama apa-apa pun boleh. Sebab tekstur yogurt ni sama je walaupun berlainan jenama. Tetap berikan rasa moist, lembut dan wangi.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • Yogurt 2 sudu besar
  • Butter 250 gram
  • Telur 5 biji
  • Self rising flour (tepung naik sendiri) 220 gram
  • Ovalet 1 sudu besar
  • Gula kastor 200 gram
  • Esen vanilla 1 sudu kecil

Cara buat kek butter yogurt:

▶️ Mula-mula pecahkan telur ke dalam bekas mixer.

▶️ Masukkan juga tepung naik sendiri, ovalet dan juga gula ke dalamnya.

▶️ Putarkan mixer dengan kelajuan paling laju sehingga adunan menjadi gebu dan berkrim.

▶️ Kemudian masukkan 2 sudu besar yogurt.

▶️ Masukkan juga butter dan esen vanilla. Putarkan lagi selama 2 minit je untuk sebatikan. Tak perlu lama sangat putar.

▶️ Sediakan loyang saiz 9, dan masukkan adunan ke dalamnya.

▶️ Boleh hiaskan permukaan kek dengan corak yang anda gemari. Yang paling mudah sekali, calitkan dengan sudu pun boleh.

▶️ Panaskan oven siap-siap. Dan bakar pada suhu 170’c selama 40 minit atau sehingga masak.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dan sejukkan sekejap. Kalau anda suka garing sikit permukaan luar kek, boleh adjust timer lebih panjang sikit masa membakar.

▶️ Sedia untuk dipotong.

 

BACA JUGA: Kek Kelapa Atau Kek Hujan Panas. Kek Legend Dulu-Dulu. Mudah Je Guna Sukatan Cawan!

 

Kalau buat masa hari raya untuk hidangan tetamu memang sesuai sangat kek ni. Sebab rasanya sedap, lembut dan wangi. Pasti menarik perhatian tetamu.

Nak buatnya pun mudah dan cepat. Tak perlu kelam kabut nak sediakan hidangan pemanis mulut yang sukar. Buat kek butter yogurt ni je dah mudah dan paling ringkas tapi sedap! Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.