Kalau dulu, dapat merasa nasi minyak waktu dekat rumah kenduri je. Nasi minyak ni sebenarnya sedap dan wangi baunya. Berselera dan puas kalau kerap disajikan di rumah. Tak payah tunggu kenduri baru dapat makan. Ada cara simple masak nasi minyak sedap yang anda boleh buat.
Tapi jarang nampak orang buat sendiri kat rumah kan. Padahal selalu je masak lauk sambal ayam. Apa salahnya masak nasi minyak dan buat tambahan menu acar mentah. Dah jadilah hidangan ringkas nasi minyak yang boleh dinikmati sekeluarga.
Apa kata dah alang-alang jumpa resepi nasi minyak sedap dan ringkas yang dikongsikan oleh Cik Puan Sarah ni, jom masak untuk hidangan makan malam atau hujung minggu. Buat simple-simple je dah memadai.
Masak nasi berperisa macam ni tak perlu berlebih-lebih tu lagi baik. Cukup dalam 1 ke 2 lauk yang dihidangkan bersama. Janji nasi minyaknya sedap, berperisa dan ada aroma wangi. Makan dengan lauk apa pun masih tak matikan rasa nasi minyak ni.
Nak buat nasi minyak sedap ni sebenarnya mudah je. Bahan tak banyak. Cukup gunakan beberapa jenis bahan dan rempah je, dah boleh beri rasa yang mengancam. Jom lihat resepinya.
RESEPI NASI MINYAK
Nasi berperisa ni selalunya lagi sedap kalau dimasak dengan beras basmathi. Tapi kalau nak guna beras biasa pun boleh juga. Janji sukatan airnya sesuai dengan beras yang anda guna.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- Kismis
- 2 sudu besar minyak sapi
- Bunga lawang, buah pelaga, kayu manis (3 sekawan)
- 5 biji bawang merah
- ½ biji bawang besar
- 4 ulas bawang putih
- ½ inci halia
- Planta 1 sudu besar
- Daun pandan
- Kiub ayam 1
- ½ cawan susu cair
- 5 sudu besar minyak masak
Cara simple masak nasi minyak:
▶️ Mula-mula blend bawang merah, bawang besar, bawang putih dan halia. Ketepikn.
▶️ Kemudian masukkan minyak sapi dalam periuk yang ingin dimasak, dan biarkan ianya mencair.
▶️ Masukkan 3 sekawan dan biarkan tumis sampai naik bau wangi.
▶️ Jangan lupa masukkan juga daun pandan yang dah simpulkan supaya bau wangi.
▶️ Seterusnya masukkan bahan kisar tadi. Kacau dan biarkan kering sedikit.
▶️ Masukkan kiub ayam sebagai penambah rasa.
▶️ Masuk juga kismis dan susu cair. Biarkan masak dan mencair sedikit.
▶️ Dan akhir sekali masukkan beras dan air ikut ukuran biasa.
▶️ Ikut paras beras yang biasa anda masak.
▶️ Dan tanak nasi dalam periuk nasi elektrik seperti biasa.
▶️ Dah siap!
BACA JUGA: Resepi Sambal Tempoyak Jering Ikan Bilis. Selera Kampung Yang Paling Legend. Sedap Dan Mudah je!
Hidangkan nasi minyak ni dengan ayam masak merah, atau daging kicap pedas atau apa-apa sahaja memang sedap dan menyelerakan. Kadang kala, ada juga anak-anak yang meratah nasi je berbanding makan dengan lauk.
Sebab nasi minyak ni antara nasi berperisa yang paling sedap dan wangi. Memang kene dengan selera walau makan macam tu je. Lepas ni kalau nak masak nasi minyak, jangan lupa rujuk resepi ni. Selamat mencuba!