Warning: fopen(/tmp/f0438e2f352ede916806774df6c9f5c5-MxL7Pf.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/f0438e2f352ede916806774df6c9f5c5-MxL7Pf.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Pecal Ikan Kembung Sedap Dan Padu. Makan Gaul Dengan Nasi Confirm Bertambah!

0 1,594

Kadang-kadang, rasa banyak dah jenis masakan kita buat untuk keluarga. Tapi tiap kali itulah rasa macam tak cukup lagi menu masakan menarik untuk dihidangkan. Muak kalau tiap minggu repeat menu yang sama. Apa kata jom buat resepi pecal ikan kembung yang sedap pasti terangkat ni.

Mana tidaknya, ada rasa lemak-lemak, masam dan manis ikan yang dinikmati dalam satu masakan. Menu ni antara hidangan simple tapi sedap kalau dimakan dengan nasi putih panas-panas. Confirm makan bertambah-tambah.

Resepi pecal ikan ni biasanya ikan perlu dibakar atau panggang dahulu. Ada sesetegah orang gorengkan je ikan tu tapi rasanya sedikit berbeza berbanding bakar. Kalau nak goreng pun pastikan tak garing supaya isi ikan tu lebih juicy.

Bila isi ikan lebih juicy, barulah kuah santan meresap ke dalamnya bila masukkan ikan tu ke dalam kuahnya nanti. Rasanya lebih sedap bila meresap dan sebati sepenuhnya.

Kalau anda nak cuba, boleh ikut resepi yang dikongsikan oleh Iza Abu Bakar ni. Mudah dan ringkas bahannya. Nak buat versi pedas boleh, atau kurang pedas pun boleh juga ikut citarasa anda.

 

RESEPI PECAL IKAN KEMBUNG

Selain ikan kembung, boleh juga kalau anda nak gunakan ikan lain. Contohnya ikan cencaru, ikan pari, atau ikan keli. Ikut selera masing-masing.

Bahan yang diperlukan:
  • Ikan kembung (disiang dan dicuci)
  • Santan pekat 2 cawan
  • Cili padi 10 biji
  • Cili merah besar 2 biji
  • Bawang merah 4 ke 5 biji
  • Belacan 2 cm
  • Limau kasturi 2 biji (diperah dan ambil jusnya)
  • Limau nipis 1 biji (diperah dan diambil jusnya juga)
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara masak pecal ikan kembung:

▶️ Mula-mula siang ikan dan bersihkan dulu. Kemudian lumurkan dengan sedikit garam.

▶️ Panggang ikan dengan pemanggang ajaib. Atau boleh je guna pemanggang biasa atau panggang atas dapur.

▶️ Kemudian tumbuk cili padi, cili merah besar, bawang merah dan juga belacan. Tumbuk tak perlu hancur sangat kecuali belacan. Ketepikan sebentar.

▶️ Masukkan santan dalam periuk. Dan panaskan atas dapur. Masak santan ni sampai ada buih-buih sikit (bubble) kemudian tutup api.

▶️ Jangan panaskan santan terlalu lama atas dapur sebab takut pecah minyak.

▶️ Seterusnya masukkan bahan-bahan yang dah ditumbuk tadi ke dalam santan. Kacau sehingga sekata.

▶️ Masukkan pula jus perahan limau kasturi dan limau nipis. Dan jangan lupa garam dan gula secukup rasa. Kacau sehingga sebati.

▶️ Akhir sekali, masukkan ikan yang dah dipanggang tadi.

▶️ Sebelum masukkan ikan, ketul-ketukkan sikit ikan tu supaya nanti mudah kuah santan meresap ke dalamnya.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Bawal Masak Kicap Mudah Dan Sedap. Enaknya Lain Macam Dengan Kuah Kicap Pekat!

 

Makan dengan nasi panas-panas memang puas. Sebab ikan ni rasanya juicy dan manis. Bila digaulkan dengan kuah santan berlemak yang rasa pedasnya, memang padu bila disuap ke dalam mulut.

Pecal ikan kembung ni antara resepi yang menggiurkan tiap kali melihatnya. Lepas ni bolehlah hidangkan untuk suami dan mertua. Pasti mereka makan dengan penuh berselera. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.