Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-3wUbQe.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-3wUbQe.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Roti Sarang Lebah Lembut, Gebu Dengan Sos Butterscotch Creamy. Sedap Sangat. Rugi Tak Cuba!

0 1,685

Hidangan minum petang selalunya roti biasa atau roti bakar je kan, kali ni jom buat roti yang lebih sedap dan enak iaitu roti sarang lebah lembut, gebu dan siap ada sos creamynya yang sedap dituangkan atas roti. Kalau tengok dah macam roti yang mahal macam kat kedai bakery tu. Boleh buat seloyang, puas makan sekeluarga, siap boleh bagi pada jiran.

Roti ni bukan sahaja lembut, malah ada aromanya dan sedap berperisa sebab dicampurkan dengan bahan yogurt. Sebelum dibakar, ditaburkan dulu almond flakes dan pumpkin seeds untuk rasa yang lebih crunchy. Jadi, bila dimakan terasa enak dengan bau wangi aroma roti yang lembut di dalam dan lebih garing dan crunchy di luar.

Bila dituangkan pula sos butterscotch, lagi membangkitkan selera. Roti tu sahaja pun dah cukup sedap kalau makan macam tu je. Sos ni sebagai bahan tambahan untuk rasa yang lebih creamy dan berperanan sebagai sos pemanis. Kalau buat sos butterscotch ni pekat-pekat, memang sedap dan menyelerakan dimakan bersama roti sebab rasa lemak manis.

Perkongisan roti sarang lebah lembut dan gebu ni ialah dari Lydia Honey dan dah dikongsikan oleh pelbagai platform page masakan. Resepi yang lengkap ni boleh jadi panduan untuk penyediaan roti yang sedap untuk hidangan keluarga, malah boleh jadi idea dan rujukan bagi yang nak buat berniaga.

Tak macam roti yang lain, roti sarang lebah ni cara hidangannya dalam bentuk berbuku dan bercantum. Jadi kena pandai potong dan pisahkannya untuk dijamah. Perlu berhati-hati bila nak menyentuhnya lagi-lagi kalau baru lepas tuang sos butterscotch yang baru lepas dimasak.

 

RESEPI ROTI SARANG LEBAH LEMBUT DAN SOS BUTTERSCOTCH CREAMY

Untuk dapatkan roti yang lagi lembut dan gebu gebas, cara ulinya perlu betul dan lebih kuat dengan cara tarik dan tenyeh supaya lebih elastic adunan tu. Lepas tu biarkan doh naik 2 kali ganda, insya Allah roti akan lebih gebu dan lembut selepas dibakar.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan untuk doh roti:

  • Tepung gandum 2 cawan
  • Dry yeast 1/2 sudu teh
  • Garam ¼ sudu teh
  • Baking powder ½ sudu teh
  • Gula pasir 2 sudu besar
  • Plain yogurt ¼ cawan (suhu bilik)
  • Minyak sun flower ¼ cawan
  • Air suam ½ cawan
  • Almond flakes, pumpkin seeds dan butterscotch jika suka

Cara penyediaan roti:

▶️ Mula-mula larutkan yis, gula dan air suam dalam 1 gelas dan biarkan sampai berbuih.

▶️ Sediakan 1 mangkuk adunan dan campurkan tepung gandum, baking powder dan garam. Gaulkan sehingga sebati.

▶️ Kemudian masukkan larutan yis tadi dan juga yogurt ke dalam manguk adunan dan kacau sedikit dengan menggunakan sudu je supaya kurang melekat di tangan.

▶️ Selepas tu baru uli dengan tangan dan masukkan minyak sun flower sikit demi sedikit. Terus uli adunan sehingga tak melekat di tangan.

▶️ Cara ulinya dipukul, tumbuk dan tolak tarik dohnya. Uli sehingga elastic. Kalau uli lagi lama, lagi gebu gebas hasil rotinya nanti.

▶️ Bila dah puas uli, biarkan doh naik 2 kali ganda di tempat sikit panas dan tertutup.

▶️ Selepas doh dah naik, boleh tumbuk-tumbukkan adunan supaya anginnya keluar. Dan doh akan lembik.

▶️ Sapukan tangan dengan sedikit minyak. Kemudian ambik sikit-sikit adunan dan jadikan sebesar buah langsat atau mata kucing.

▶️ Kemudian susun rapat dalam loyang yang dah siap disapukan minyak.

▶️ Selepas tu, taburkan almond flakes dan pumpkin seeds dan biarkan sekejap lagi untuk kasi doh naik lagi 2-3 kali ganda.

▶️ Sementara tu, panaskan dulu oven pada suhu 180-200c api atas bawah atau ikut suhu masing-masing.

▶️ Bila oven dah betul-betul panas, masukkan loyang dan bakar dalam 10-15 minit. Untuk 10 minit pertama, gunakan api bawah je. Dan baki 5 minit terakhir gunakan api atas bawah.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dan sedia untuk dituang sos butterscotch.

 

Tips untuk roti:

▶️ Masa nak bahagikan doh kecil-kecil, jangan sapukan tangan dengan tepung. Cukup sekadar minyak sebab doh dah lembik.

▶️ Masa bahagikan kecil-kecil tak perlu bulat yang sempurna pun tak apa. Sebab lepas dibakar, roti akan membulat sendiri.

▶️ Jangan bakar terlalu lama untuk elakkan roti keras. Dan pastikan oven betul-betul panas sebelum dibakar untuk dapatkan roti lembut bak cotton.

▶️ Kalau tak habis makan, simpan dalam bekas kedap udara atau balut pinggan dengan plastik kemas-kemas.

 

Bahan untuk sos butterscotch:
  • Brown sugar atau gula merah ½ cawan
  • Whipping cream ½ cawan (boleh ganti dengan susu cair)
  • Garam sedikit
  • Vanilla even ½ sudu teh
  • Butter 25 gram

Cara penyediaan sos butterscotch:

▶️ Mula-mula cairkan butter dalam periuk kecil, dan masukkan brown sugar.

▶️ Kemudian kacau sehingga gula larut dan berbuih.

▶️ Tuangkan whipping cream ataupun susu cair ke dalam periuk perlahan-lahan sambil mengacaunya.

▶️ Masukkan vanilla esen dan kacau sebati. Padamkan api.

▶️ Tuangkan dalam bekas tahan panas dan biarkan sejuk sedikit.

▶️ Sedia dituangkan ke atas roti.

 

BACA JUGA: Cara Buat Bomboloni Lembut Dan Gebu. Mudah Guna Sukatan Cawan. Sedap Isi Filling Kegemaran Sendiri!

 

Tips buat sos butterscotch:

▶️ Pastikan bahan semua tersedia di dapur sebab kalau ditinggalkan sos ni, ianya mudah hangit dan hangus.

▶️ Dah sejuk sikit, baru tuangkan atas roti. Sebaiknya gunakan senduk untuk tuang serata roti.

Nak sediakan roti yang sedap, istimewa dan nampak mewah, roti sarang lebah sos butterscotch ni antara hidangan yang sesuai untuk anda sediakan. Bukan je gebu dan lembut, malah sangat enak dengan rasa lemak dan wangi rotinya. Sos pula manis berperisa.

Kalau buat untuk hidangan tetamu memang sangat sesuai. Seloyang ni pun dah puas makan. Buat hidangan minum petang sambil minum dengan kopi panas. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.