pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Daging Kambing Masak Pesamah. Lauk Kenduri Turun Temurun Orang Utara. Wajib Cuba!

0 6,121

Mungkin ramai dalam kalangan kita jarang dengar nama masakan ni dan kurang tahu mana asal-usulnya. Malah tak tahu macam mana diberi nama masakan pesamah. Tapi bila nampak resepi daging kambing masak pesamah ni, rasa tak menahan dan buatkan kita telan air liur.

Dengarnya lauk ni amat popular di negeri kedah sejak dulu lagi dan sering jadi menu masakan dalam kenduri-kenduri tertentu. Bila amati resepinya lebih kurang seperti rendang daging yang dimasak kering dengan aroma rempahnya.

Namun walaupun jarang resepi ni diperkatakan, terdapat juga pelbagai cara masakan yang dimasak oleh orang berbeza. Ada yang masaknya dengan santan, ada yang tidak. Ada juga yang guna pelbagai rempah, dan terdapat juga resepi yang gunakan serbuk rempah biasa sahaja.

Apa jua cara masakan, lauk daging kambing masak pesamah ni dilihat sebagai masakan yang tetap menjadi masakan legend orang utara. Rugi kalau kita tak masak dan cuba nikmatinya sendiri. Dan untuk kali ni, jom cuba buat resepi daging kambing pesamah ni dari perkongsian Zakuan Laris.

Resepi ni ialah turun temurun dari orang tua. Bahan-bahan yang digunakan sangat ringkas dan amat menarik untuk dicuba. Cara masaknya pun mudah dan cepat. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI DAGING KAMBING MASAK PESAMAH

Untuk resepi ni, masakannya tak dimasukkan santan dan kuahnya dimasak pekat dengan bahan rempah. Namun lauk ni masih ada rasa berlemak sebab dimasukkan kerisik. Kuahnya yang pekat ni sedap kalau dimakan dengan nasi panas-panas atau dicicahkan dengan roti.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo kambing
  • Rempah daging cap babas
  • 10 tangkai cili kering
  • 5 biji bawang besar
  • 10 biji bawang kecil
  • 1 labu bawang putih
  • Halia 1 inci
  • Kas kas serbuk 1 sudu
  • Gula melaka
  • Kerisik
  • Daun sup
  • Bawang bulat

 

Cara masak daging kambing masak pesamah:

▶️ Mula-mula gorengkan dulu cili kering, bawang besar, bawang kecil, bawang putih dan halia. Selepas goreng, sejukkannya dahulu. Kemudian kisar sehingga hancur.

▶️ Selepas tu, masukkan bahan yang dikisar ni ke dalam kuali/periuk. Dan masukkan sekali rempah daging dan kas kas serta dengan daging kambing.

▶️ Gaul sebati, kemudian masak sehingga naik bau wangi lebih kurang dalam 20 minit.

▶️ Bila dah naik wangi, masukkan kerisik, gula melaka, garam dan air 1 cawan. Gaul sebati dan masak lagi dalam 5 minit.

▶️ Kemudian masukkan daun sup dan bawang bulat. Biarkan lagi masak dalam 3 minit, dah boleh tutup api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ikan Tenggiri Lemak Padang Mudah Dan Sedap. Kuah Lemak Pekat Dan Beraroma!

 

Menarik sangat resepi ni bila daging dimasak dengan tumisan rempah dan kemudiannya dijadikan kuah yang pekat. Bila sebati daging dengan tumisan rempah ni, lagi kuat aromanya dan sedap bila digaulkan dengan nasi.

Kalau makan dengan nasi panas-panas, lagi amat menyelerakan. Mungkin nak lagi sedap, hiriskan sedikit timun untuk dijadikan ulaman. Pasti berselera bila kita menjamahnya.

Bukan tu je, selain dimakan dengan nasi, pasti sedap juga kalau kuahnya dicicah dengan roti kosong. Boleh jadi juadah minum petang pula. Lepas ni bolehlah sesekali bertukar selera dengan mencuba masakan pesamah ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.