pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Baked Macaroni Cheese Leleh. Cara Simple Tapi Sangat Sedap Dan Puas Makan!

0 12,982

Kalau makan makaroni bakar cheese leleh ni, mesti lepas tu jadi kempunan nak makan lagi. Resepi baked macaroni cheese leleh ni antara makanan western yang sesuai untuk hidangan sekeluarga. Sebab cukup dengan rasa pedas, masam, manis dan lemak berkrim.

Apa yang buatkan lazat macaroni bakar ni ialah sos putih creamy disatukan dengan macaroni yang digoreng pedas dengan bahannya yang pelbagai. Kemudian dibakar pula dengan lapisan cheese di atas. Keenakan rasa campuran sos prego dan bahang lada hitam dalam macaroni dah cukup lazat. Dan bila ditambahkan dengan rasa lemak berkrim sos putih, menaikkan lagi rasanya.

Kalau anda jenis hantu cheese, nikmatnya terasa bila parutan cheese cheddar diletakkan di atas macaroni sebelum dibakar sekali. Bila mencair tu, nampak sangat menyelerakan bila tarik sekali cheese dengan macaroni. Setiap suapan terasa cair cheese di mulut. Kalau buat hidangan untuk anak-anak, memang mereka teruja dengan keenakannya.

Kali ni perkongsian resepi ni simple je dan mudah untuk anda buat. Diambil dari resepi Tiesha Abdul Rahman, cara beliau membuat macaroni bakar ni ringkas je tapi cukup rasa sedap dan menyelerekan. Tak perlu tambah campuran daging burger pun dah cukup membangkitkan selera dengan bahan lain seperti sosej, cendawan butang dan lobak merah.

Ada sesetengah orang nak menambahkan lagi rasa, dicampurkan dengan pelbagai lagi bahan seperti daging cincang, seafood, ketulan ayam dan sebagainya. Untuk resepi ni simple je, namun masih sedap untuk dinikmati. Letakkan lebih cendawan butang dan sosej tu, sudah cukuplah menambat selera anda.

 

RESEPI BAKED MACARONI CHEESE LELEH

Untuk buat macaroni bakar cheese ni, buat dulu sos putihnya, baru kemudian digorengkan macaroni. Selepas macaroni digoreng, baru tuangkan sos putih dan lapisan cheese, kemudian dibakar bersama. Sos putihnya tu pastikan dimasak creamy baru sedap bila sebati dengan macaroni.

Bahan-bahan yang diperlukan:

Bahan A (macaroni):

  • Macaroni 1 cawan

  • 1 kiub pati ayam atau air rebusan ayam
  • Minyak masak 1 sudu besar (supaya tak melekat)

Cara penyediaan macaroni:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk berisi air, kemudian rebus.

▶️ Dah empuk, angkat macaroni dan toskan. Ketepikan.

▶️ Kemudian buat sos putih creamynya pula.

 

Bahan B (sos putih creamy):
  • Susu segar 1 cawan
  • Tepung gandum 1 sudu besar
  • Mentega 2 sudu besar
  • Sedikit garam

Cara penyediaan sos putih creamy:

▶️ Campurkan kesemua bahan dalam 1 mangkuk.

▶️ Kemudian kacau sehingga tepung larut.

▶️ Masukkan ke dalam periuk dan masaknya hingga creamy. Kemudian ketepikan.

 

Bahan C (gorengan macaroni):
  • Bawang holland ¼ biji yang didadukan
  • Bawang putih 1 ulas yang dicincang

  • Serbuk lada hitam ½ sudu teh
  • Sos prego 1 tin (tradisi)

  • Lobak merah 1 batang yang didadukan
  • Cendawan butang ½ tin dihiris

  • Sosej 5 batang dihiris
  • Sosej cheese 5 batang dihiris

  • Cili padi dihiris
  • Minyak 1/8 cawan
  • Mentega 2 sudu besar
  • Garam dan gula
  • Cheese

Cara penyediaan macaroni:

▶️ Panaskan minyak dan mentega dalam kuali sehingga mentega mencair.

▶️ Kemudian masukkan bawang holland dan bawang putih. Tumis sehingga layu.

▶️ Masukkan sosej, sosej cheese, lobak merah dan cendawan butang. Gaul sekata.

▶️ Kemudian masukkan lada hitam dan perasakan dengan garam sedikit je.

▶️ Seterusnya masukkan sos prego, sedikit gula dan juga macaroni yang dah siap direbus tadi.

▶️ Kacau sehingga sebati. Dah siap.

 

Cara lapisan untuk dibakar:

▶️ Masukkan macaroni sedikit ke dalam bekas.

▶️ Kemudian parutkan cheese cheddar di atasnya.

▶️ Masukkan lagi lapisan macaroni.

▶️ Kalau nak rasa pedas cili api, boleh taburkan sikit cili padi siap dipotong atas lapisan macaroni ni.

▶️ Kemudian tuangkan sos putih creamy di atasnya.

▶️ Akhir sekali letakkan kepingan cheese cheddar di atasnya sekali.

▶️ Bakar dalam oven pada suhu 160-170c lebih kurang dalam 20-25 minit atau sehingga cheese mencair dan permukaan cheese sedikit keperangan.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan!

Nyummy. Lepas je bakar, memang terliur melihatnya. Buat isi macaroni ni tebal, pasti sedap dengan rasa masam, manis dan pedasnya. Lepas tu bila sebati dengan sos putih creamy dan cheese, lagi menambat selera.

 

BACA JUGA: Resepi Wrap Ayam Sedap Dan Mampat. Nama Lain Dia Burrito. Wajib Cuab Ni!

 

Walaupun ada rasa lemak creamy dan cheese leleh tu, susah nak rasa muak sebab gorengan macaroni tu sedap dan wangi. Kalau anda suka pedas, boleh racikkan sikit cili api. Tapi kalau macam ni je pun sebenarnya dah cukup sedap dan menyelerakan.

Boleh buatkan resepi baked macaroni cheese leleh ni untuk anak-anak dan suami sebagai menu special mereka di hujung minggu. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.