Warning: fopen(/tmp/6d41e0447c11c0e1d1ee449dbde31043-e5vm5q.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/6d41e0447c11c0e1d1ee449dbde31043-e5vm5q.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Buat Apam Balik Nipis, Rasa Lebih Rangup Dan Garing. Jom Ikut Resepi Mudah Ni!

0 7,692

Dah berbulan-bulan rindu nak makan makanan kat pasar malam kan. Salah satunya ialah apam balik nipis inilah. Apam balik sekarang dah macam-macam perisa orang buat untuk bahan isi dalamnya. Bila dah buatan sendiri ni, alang-alang tu jomlah buat ikut selera kita.

Tapi dalam resepi ni tunjukkan bahan basic yang selalu diletakkan dalam apam balik iaitu jagung manis, kacang tanah hancur, mentega dan gula. Kalau anda nak buat kepelbagaian boleh letak nestum, coklat oreo tabur, milo dan sebagainya.

Selalu kalau apam balik ni dibuat tebal bahagian tepungnya kan. Tapi ada tak antara anda yang suka makan nipis-nipis? Rasanya lebih rangup dan garing. Sebab tu ada yang suka beli apam balik mini sebab lagi rangup.

Tapi yang versi apam balik besar pun boleh juga dibuat nipis. Lagi puas makan. Nak buat tebal atau nipis tak jauh beza pun caranya. Bahan masih sama.

Cuma kalau anda nak buat nipis dari biasa, kurangkan je adunan dalam kuali. Kalau sebelum ni masukkan 2 senduk adunan, kali ni masukkan 1 senduk je. Jom lihat cara yang dikongsikan oleh Christine Yu ni.

 

RESEPI APAM BALIK

Kalau buat apam balik ni sebaiknya pakai kuali/pan yang leper supaya mudah nak bentukkan adunan jadi bentuk bulat.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • ¾ cawan gula halus
  • 1 biji telur
  • 2 ½ cawan air
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
Bahan tabur:
  • Gula halus / gula merah
  • Kacang tanah hancur
  • Jagung manis tin
  • Mentega/marjerin
Cara buat apam balik:

▶️ Mula-mula masukkan telur dalam mangkuk bersama dengan gula.

▶️ Kemudian pukul sampai jadi kembang dan adunan bewarna putih.

▶️ Masukkan soda bikarbonat, baking powder dan air. Adunan akan jadi berbuih.

▶️ Kemudian mix kan rata sampai gula hancur sepenuhnya.

▶️ Masukkan bahan akhir iaitu tepung. Lepas tu kacau adunan perlahan-lahan sebab takut tepung bertempiaran.

▶️ Kacau sampai sebati, dan biarkan adunan dalam 30 minit.

▶️ Lepas tu sediakan kuali/pan non stick. Buka api kecil je.

▶️ Sendukkan adunan dan masukkan dalam kuali.

▶️ Ratakan adunan di atasnya dalam 1 round je supaya dapat nipis. Gayanya macam buat lempeng.

▶️ Kemudian tutup kuali sekejap dalam 30 saat.

▶️ Bila adunan dah naik berbuih-buih kecil, taburkan kacang tanah hancur.

▶️ Kemudian taburkan juga jagung manis, marjerin dan gula.

▶️ Lipat adunan dengan spatula dan angkat atas pinggan.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Manja Kelantan, Sedap Dan Gebu Dengan Inti Kaya Lemak Manis.

 

▶️ Belah dua sebelum dijamah.

Nikmat sangat makan apam balik yang rangup krup krap ni kan. Nak lagi sedap dan berlemak, sebelum potong tu anda sapukan sikit butter atau marjerin atas permukaan apam balik.

Rasanya akan lebih moist dan berlemak masin. Bila buat apam balik nipis versi besar ni sebenarnya lagi nikmat makan dari yang mini tu tau. Isinya tak mudah berterabur.

Apa lagi, bolehlah cuba apam balik nipis ni untuk buat juadah minum petang nanti. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.