Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Toktok Jawa. Campur Pula Dengan Petai. Makan Sampai Meleleh Air Mata.

0 4,532

Bagi yang tak biasa makan sambal istimewa ni, cubalah buat dan nikmati sendiri rasanya. Tengok pun dah terliur, apatah lagi kalau anda dah rasa. Nak lagi padu rasa sambal toktok jawa ni, campurkan sekali petai segar dan rangup.

Fuhh, kalau anda tengah berdiet sebaiknya jangan dekatlah dengan lauk ni. Mau bertukar jadi ‘cheat day’ hari tu juga. Sambal toktok ni semua tahu ianya berasal dari Indonesia. Kalau berkaitan dengan sambal-sambal macam ni memang selalu datangnya dari sana lah kan.

Ada juga yang panggil sambal tuktuk. Seperti sambal-sambal lain yang terkenal dari Indonesia, toktok ni lebih kurang sama je. Ada bahan asas cili merah, cili padi, ikan bilis dan belacan. Cara buatnya ialah tumbuk dan bukannya kisar.

Cuma sambal toktok ni lebih ringkas. Tak ada tomato atau air asam jawa. Cuma nak sedap boleh perahkan limau nipis untuk bagi rasa masam. Nanti rasanya lebih kepada pedas dan bau yang memikat dek belacan dan ikan bilis yang banyak.

Tak lupa juga dengan bahan petai yang menambahkan lagi rasa. Buat semangkuk untuk makan tengah hari mesti cepat habis. Jom lihat perkongsian resepi dari Rafiza Idayu ni.

 

RESEPI SAMBAL TOKTOK JAWA

Untuk lebih nikmat, gunakanlah petai yang betul-betul segar dan besar. Tak syoklah kalau masukkan petai yang dah lama atau kecut. Tak ada krup krap masa makan nanti. Kalau gaul dengan nasi serius sedap.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Petai
  • Bawang besar 1 biji
  • Cili padi hijau (ikut kepedasan)
  • Cili merah besar (ikut kepedasan)
  • Belacan
  • Ikan bilis (yang dah siap digoreng)

Cara masak sambal toktok jawa:

▶️ Mula-mula potong petai dan keluarkan isi. Kalau petai terlalu besar, belahkannya 2.

▶️ Untuk bahan-bahan lain, potong kecil-kecil bahannya supaya mudah nak goreng dan kisar nanti.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng cili padi, cili merah, bawang besar dan belacan sehingga layu.

▶️ Kemudian masukkan bahan goreng ni ke dalam lesung dan tumbuk lumat.

▶️ Masukkan ikan bilis yang dah siap digoreng ke dalam sambal dan sambung tumbuk.

▶️ Masukkan juga petai dan gaul sebati.

▶️ Dah siap. Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Bahan Rahsia Sambal Ayam Penyet Sedap Dari Biasa. Ikut Sebiji, Confirm Laku Keras!

 

Tak perlu masukkan garam lagi sebab ikan bilis dah masin. Buat sambal toktok ni tak lama pun. Dan bahan sangatlah ringkas. Tapi rasanya bukan main padu.

Sambal ni tak boleh simpan terlampau lama di luar. Seeloknya simpan dalam peti ais. Sebab ianya bukan macam sambal biasa yang ditumis lama. Ada bawang pula tu yang boleh buatkan tak tahan lama di luar.

Tapi kalau dah sedap macam ni, tak sempat nak simpan cepat je licin. Tiap kali makan, mesti nak calit-calit sikit dengan nasi. Nikmat tak terkata. Jangan lupa cuba buat sambal toktok jawa ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.