Segalanya Tentang Makan..

Apam Nasi Lembut Gebu Sukatan Cawan. Kategori Apam Paling Sedap. Cepat Habis Sebekas.

0 5,374

Apam nasi ni tak perlu diperkenalkan lagi namanya, antara kuih apam yang sedap, lembut, gebu dan wangi. Sebab tu makan macam tu je pun dah sedap dah. Kalau taburkan dengan kelapa parut muda lagi sedap untuk dinikmati.

Apam nasi ni lebih sedap kalau buat dalam bekas acuan kecil-kecil macam ni. Nak kukus senang, anak-anak nak makan pun mudah. Apa yang buatkan sedap ialah isinya lebih padat dan berlemak disebabkan bahan nasi yang dikisar halus.

Ada beza sikit dengan apam lain, tapi rasanya masih lembut dan gebu. Kalau dulu makan apam satu jenis warna je pun tak kisah. Sekarang ni kalau tak buat warna warni rasa lain pula.

Yelah, kuih apam kalau berwarna warni ni akan nampaklah lebih menarik dan cantik bila dihidang. Anak-anak pun lebih berminat nak makan. Tak susah pun. Titikkan je pewarna apa yang anda suka.

Perkongsian resepi apam nasi kali ni ialah dari Zura Zul. Perlukan 6 bahan yang mudah je. Gunakan nasi yang tak habis tengah hari tadi pun boleh juga. Jom lihat resepinya.

 

RESEPI APAM NASI LEMBUT GEBU

Resepi apam nasi kali ni menggunakan sukatan cawan. Pastikan anda sukat bahan menggunakan cawan yang sama. Untuk 1 cawan nasi dan 2 ½ cawan tepung bolehlah dapat dalam 1 pengukus atau 1 bekas kuih apam.

Bahan-bahannya:
  • 1 cawan nasi
  • 1 ½ cawan air (untuk kisar nasi)
  • 2 cawan tepung beras
  • ½ cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula (kalau nak manis, anda boleh tambah gula lagi)
  • 3 sudu kecil mauripan
  • 1-2 sudu kecil minyak masak
  • Secubit garam
  • Kelapa parut muda (ambil putih je)
Cara buat apam nasi:

▶️ Mula-mula kisar nasi dulu.

▶️ Sebaiknya anda kisar nasi dengan 1 cawan air dulu. Sebab kalau kisar sekali banyak air, nasi susah nak hancur dan halus.

▶️ Lepas dah kisar dengan 1 cawan air, barulah tambah lagi ½ cawan air lagi untuk kisar.

▶️ Satukan tepung, gula dan mauripan dalam 1 besen.

▶️ Kemudian tuangkan nasi yang dikisar tadi ke dalamnya. Gaul sebati. Kalau anda rasa nak kisar sekali bahan-bahan ni pun boleh. Tengok mana mudah bagi anda.

▶️ Lepas sebatikan, perap adunan dalam ½ jam atau lebih untuk bagi ianya naik.

▶️ Lepas tu kacaukan semula. Bahagikan kepada beberapa bahagian untuk warna yang anda suka.

▶️ Sambil tu panaskan air pengukus siap-siap.

▶️ Sediakan acuan kecil yang siap disapu dengan minyak.

▶️ Tuang adunan ke dalamnya ¾ ataupun penuh.

▶️ Lepas tu kukus selama 15 ke 20 minit menggunakan api sederhana.

▶️ Kalau tak nak jenis pecah bahagian atasnya, kukus selama 10 minit pun okay dengan api sederhana juga.

▶️ Dah siap, boleh keluarkan dan sejukkan.

 

BACA JUGA: Patutlah Viral. Cara Buat Apam Kampung Beras Susu Yang Confirm Jadi. Gebu, Lembut Dan Sedap!

 

▶️ Untuk kelapa parut muda, gaulkan sedikit garam dan kukus sekejap.

▶️ Lepas tu taburkan pada apam nasi tadi.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Kalau anda nak simpan dalam bekas untuk makan ulang-ulang, tak perlulah gaulkan dengan kelapa parut. Lagipun kadang-kdang sedap juga kalau makan macam tu je tanpa kelapa.

Apam ni yang buat special sebab bau wanginya tu. Dah la lembut dan gebu, beraroma pula. Itu yang buatkan makan tanpa muak.

Serius sedap! Boring-boring duduk rumah tu bolehlah buat makanan-makanan ringan macam apam nasi sedap, lembut, gebu, wangi ni. Confirm cepat je habis sebekas. Jangan lupa mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.