Warning: fopen(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-WgNGlp.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/66e45155925f9d173c5edd63fcee5ebc-WgNGlp.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Mee Kari Sedap Chinese Style. Letak Sekali Sambal Rasa Lebih Padu.

0 5,507

Mee kari ni boleh dikatakan hidangan mee berkuah yang sedap dan lengkap rasanya. Boleh buat pekat dengan rasa lemak bersantan, pedas dan paling penting ialah aroma karinya. Antara mee kari yang sedap ialah Chinese style ni.

Perkongsian resepi ni dari Cik Puan Julieta. Tak susah pun bahan-bahannya sebab lebih kurang je macam mee kari kita masak sebelum ni. Lagi berasa lemak santan lagi sedap. Tapi pelulah ada rasa pedas sikit barulah tak cepat muak.

Kalau dulu buat mee kari, buat simple-simple dengan bahan ayam dan fish cake dalam kuah pun dah rasa cukup menyelerakan. Tapi sekarang ni, orang suka dalam kuah karinya ada pelbagai bahan seperti fish cake, fish ball, udang dan tauhu kering.

Bagi anda yang suka mee kari ni, bolehlah buat hujung minggu nanti untuk makan petang dan malam. Buat kuahnya lebih sikit sebab confirm laku keras.

Lagipun bila kuah pekat dan kaya dengan bahan terutama tauhu kering, kuah akan lebih cepat meresap dan kering. Nanti mee dan bahan sampingan masih banyak, kuahnya pula habis.

 

RESEPI MEE KARI CHINESE STYLE

Untuk lengkapkan lagi hidangan, buatlah sekali sambal sebagai penambahan rasa. Sambal tak perlu beriya sangat pun tak apa. Cukup sekadar tumis cili kisar dan bawang. Dan perasakan garam gula. Itu dah memadai.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 genggam cili kering (kisar untuk sambal)
  • 2 biji bawang besar (kisar)
  • 3 ulas bawang putih (kisar)
  • 2 biji bawang merah (kisar)
  • 2 batang serai (diketuk)
  • 2 bungkus kecil serbuk kari daging rempah cap O
  • 1 mangkuk kecil cili kisar
  • ½ ekor ayam (dipotong kecil)
  • 1 mangkuk besar santan pekat dan segar
  • Tauhu kering
  • Fishcake/fishball
  • 1 keping asam gelugor
Bahan hiasan:
  • Telur rebus
  • Taugeh (celur sekejap)
  • Sawi (celur)
  • Limau nipis
  • Kacang panjang (celur)

Cara buat sambal:

▶️ Rebus cili kering dulu.

▶️ Kemudian kisar cili kering dengan 1 biji bawang besar.

▶️ Tumis sampai pecah minyak, dan perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Dah siap.

Cara buat kuah kari:

▶️ Panaskan sedikit minyak dalam periuk.

▶️ Kemudian tumis serai sekejap.

▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau wangi dan garing keperangan.

▶️ Masukkan rempah kari yang telah digaul dengan 1 mangkuk cili kisar. Kacau dan masak sampai terbit minyak.

▶️ Lepas tu masukkan ayam dan kacau sebati sampai ayam separuh masak.

▶️ Masukkan pula santan dan asam keping. Santan ni anda boleh agak-agak ikut kepekatan yang anda suka.

▶️ Biarkan kuah mendidih, kemudian perasakan dengan garam dan gula.

▶️ Akhir sekali masukkan tauhu kering, fishcake dan fishball. Biarkan kuah mendidih lagi sehingga kuah sebati dan meresap dalam fishcake dan tauhu kering.

▶️ Dah siap boleh padamkan api.

▶️ Sedia dihidangkan dengan mee kuning, bihun dan bahan hiasan yang lain.

 

BACA JUGA: Resepi Mee Goreng Basah, Campur Seafood Lagi Sedap Terangkat. Mudah Je Bahannya!

 

Siapa plan nak masak mee kari sedap dan simple bolehlah simpan resepi ni. Nanti hujung minnggu nak buat buka resepi ni semula.

Kadang-kadang kalau terima tetamu tak tahu nak masak apa, boleh buat mee kari ni. Mudah je. Sebab menu mee kari ni memang kegilaan semua orang.

Lepas ni teragak mee kari tak payah beli. Buat seperiuk besar mee kari sedap chinese style ni. Dapat makan puas-puas 2-3 kali sehari. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.