Segalanya Tentang Makan..

Jom Buat Laksa Ala D’Laksa Untuk Menu Lockdown. Lepas Sikit Rindu Nak Makan D’Laksa.

0 1,085

Siapa pernah makan D’Laksa? Kalau makan sekali confirm nak repeat kan? Bagi sesetengah orang ada yang tak berapa makan sangat laksa yang dibuat dengan ikan sardin ni. Tapi laksa ala D’Laksa ni macam istimewa sikit. Mungkin sebab kuahnya pekat sebab dipanaskan dari pagi sampai ke petang.

Kalau hirup kuahnya yang pekat dan wangi tu, terbuai rasanya. Bau dia yang memikatkan selera. Kali ni boleh buat sendiri laksa ala D’laksa sendiri kat rumah. Resepi ni dikongsikan oleh Rozie Mnor. Mudah je rupanya nak buatnya. Jadilah ala-ala D’laksa tu. Dapat lepaskan kempunan.

Syarat nak rasa nikmat makan laksa ni, tak kiralah pakai ikan apa pun, isinya kenalah berasa. Dan kenalah pekat juga. Kalau tak pekat, bila dan campur dengan laksa lagi bertambah plain rasanya nanti.

Satu bahan senjata untuk yang membuatkan sedap dan padu terus rasa laksa ni ialah pes perencah asam pedas. Terus naik bau dan aromanya. Tak percaya, cubalah!

Nanti lepas buat mesti repeat lagi. Buat makan-makan santai minum petang atau hujung minggu. Nak lagi sedap, nanti hidangkanlah sekali dengan petis udang macam kat D’laksa tu.

 

RESEPI LAKSA ALA D’LAKSA

Dalam resepi ni gunakan ikan mackerel dari jenama ayam brand. Kalau anda suka sardin jenama lain boleh je guna ikut selera anda sendiri, asalkan cukup rasanya.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 tin sardin mackerel (ayam brand)
  • 1 bungkus pes perencah asam pedas adabi
  • 3 biji bawang merah sederhana besar
  • Bunga kantan
  • Daun kesum
  • Sedikit belacan
  • Asam keping
  • 1 bungkus laksa basah (celur dalam 5-10 minit)

Cara masak laksa ala D’laksa:

▶️ Mula-mula kisarkan kesemua bahan di atas kecuali daun kesum, bunga kantan dan asam keping.

▶️ Kalau anda nak asingkan sikit ikan untuk buat bahan ketul-ketul dalam kuah nanti pun boleh.

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam periuk dan nyalakan api.

▶️ Masak sampai jadi kepekatan kuah yang kita nak.

▶️ Perasakan dengan garam dan gula (optional).

▶️ Lepas tu masukkan asam keping. Kalau anda nak tambah ajinomoto pun terpulang.

▶️ Kalau suka, boleh juga masukkan bebola ikan. Ikutlah selera masing-masing.

▶️ Dah lama reneh sehingga sekata dan pekat, bolehlah padamkan api.

Bahan-bahan hidangan:
  • Salad
  • Limau kasturi
  • Hirisan bawang besar
  • Telur rebus
  • Petis udang

 

BACA JUGA: Resepi Laksa Johor Ikan Tenggiri. Sedap Kuahnya. Rugi Kalau Tak Cuba!

 

Hidangkan laksa anda dengan bahan-bahan tambahan lain. Fuhh, jadilah macam D’laksa yang selalu dimakan tu. Malah boleh advance lagi nak tambah apa-apa pun anda suka.

Nak buat laksa yang sedap ni, kalau lagi kerap atau lama panaskan kuah, lagi bertambah sedap rasanya. Kuah tu akan lebih sebati dan mesra.

Sebab tu kalau nak nikmati laksa sedap, masaklah waktu pagi. Nanti petang nak makan panaskan lagi. Dapatlah nikmati laksa ala D’laksa yang enak ni. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.