Segalanya Tentang Makan..

Ada Durian Lebih, Jom Buat Bingka Durian Super Sedap Dan Lembut Ni. Mudah Je, Sukatan Cawan.

0 2,852

Musim-musim durian ni, inilah masanya nak buat segala makanan berasas durian. Dari makan gitu je, rugi pula tak buat makanan yang lain. Selain buat tempoyak, bubur durian, selitkanlah sekali bingka durian yang super sedap dan lembut ni.

Mudah dan sekejap je nak membuatnya. Tak perlu gunakan mixer atau masak apa-apa bahan atas dapur. Hanya kisarkan sekali bahan dan bakar dalam oven. Serius sedap dan lembut. Isi durian tak pakai banyak pun dah cukup berasa.

Tapi kena pandailah gunakan isi durian yang manis dan berasa duriannya. Jangan durian yang tawar atau tak cukup pekat rasa durian. Kalau nak tambah-tambah durian emulco rasa rugi pula kan. Baik gunakan buah durian asli sepenuhnya.

Bingka durian ni selain rasa durian semata-mata, ada juga rasa lemak-lemak manis dek bahan santan dan susu pekat. Rasa lemak inilah yang sedap dan berselera. Kuih muih apa pun kalau tak ada rasa lemak manis macam tak puas.

Bila bakar lagilah sedap. Sebab ada rasa kerak-kerak pada bahagian kulit bingka. Barulah makan tak cepat muak. Jom lihat cara buat bingka durian perkongsian dari Fauziah Yahya ni.

 

RESEPI BINGKA DURIAN

Resepi ni gunakan durian udang merah yang semua tahu rasanya bagaimana. Memang padu. Kalau boleh, gunakan durian yang rasa seangkatan dengannya. Tapi bagaimanapun, terpulang pada anda. Kalau susah nak dapat, boleh je pakai durian jenis lain.

Bahan-bahan yang digunakan:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula pasir
  • 1 ½ cawan isi durian (isi padat-padat)
  • 1 cawan santan pekat
  • 2 cawan susu cair
  • 1 cawan air
  • 3 biji telur gred B
  • 2 sudu besar marjerin
  • 1 susu kecil garam
  • 1 sudu kecil pewarna kuning

Cara buat bingka durian:

▶️ Masukkan kesemua bahan dalam blender dan kisar sehingga sebati.

▶️ Sediakan loyang yang bersesuaian dan sapukan dengan marjerin supaya mudah nak keluarkan bingka dari loyang nanti.

▶️ Panaskan oven siap-siap.

▶️ Kemudian masukkan adunan ke dalam loyang.

▶️ Bakar pada suhu 200’c selama 1 jam atau sehingga masak (bergantung juga pada oven masing-masing).

▶️ Gunakan api atas bawah.

▶️ Lepas 1 jam boleh tengok sama ada dah masak sepenuhnya atau belum.

▶️ Caranya cucukkan lidi kecil pada tengah-tengah bingka. Kalau tak ada adunan melekat pada lidi, bermaksud bingka dah masak sepenuhnya.

▶️ Keluarkan dari oven dan biarkan sejuk sekejap.

▶️ Kemudian boleh potong dan hidangkan.

 

BACA JUGA: Cara Mudah Buat Kuih Bakar Yang Lembut Dan Manis Berlemak. Harum Wangi Aroma Pandan.

 

Sedapnya makan bingka ni waktu panas-panas. Bukan main semerbak bau durian lepas je dibakar. Kalau yang suka durian tu memang terasalah nikmatnya. Tapi bagi yang tak makan durian, kena bertahanlah dengan bau durian tu.

Buat juadah minum petang memang sedap. Pekena dengan teh’o panas, sekejapan je habis. Bahagian tepi-tepi bingka yang garing tu buatkan lagi sedap rasa kuih ni.

Apa lagi, jom cari durian dan buat bingka durian yang super sedap dan lembut ni. Nanti dah habis musim durian rugi pula tak membuatnya. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.