pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Apam Balik Sedap Macam Kat Pasar Malam. Boleh Letak Macam-Macam Isi.

0 6,999

Kalau rindu nak makan apam balik macam kat pasar malam, boleh ikut resepi dari Eniza M.Salim ni. Nak buat apam balik ni yang penting ialah adunan tepung dan bahan tabur di dalamnya. Lembut dan tebal adunan tepungnya baru betul-betul jadi apam balik yang sedap macam kat pasar malam tu.

Tengah banyak masa duduk rumah ni bolehlah buat variasi hidangan minum petang. Kalau dulu kerap makan pisang goreng, cucur dan kuih muih. Itu pun beli je. Dapat buat apam balik ni puas hati dengan rasa lemak tepung dan taburan intinya yang pelbagai rasa.

Berbaloi buat sendiri sebab jimat sikit belanja dari beli. Sekarang 1 keping apam balik boleh cicah sampai RM3.50 ke RM4. Kalau letak taburan isi lebih sikit seperti nestum dan oreo dah cicah harga sampai RM5 ke RM5.50.

Selalu yang asasnya bahan dalam apam balik ialah kacang tanah, jagung dan gula. Tapi zaman sekarang ni apam balik memang dah ada banyak pilihan bahan taburan. Anda pun boleh buat ikut kreativiti atau selera sendiri.

Sebab tu untung buat sendiri. Dapat buat berkeping-keping sekali bancuh. Lepas tu boleh buat macam-macam jenis perisa di dalamnya.

 

RESEPI APAM BALIK

Nak dapatkan hasil apam balik yang cantik ni biasanya gunakan kuali leper dan non stick pan. Barulah mudah nak bentukkan adunan tepung dalam bentuk bulat sekata.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A (adunan apam balik):
  • 2 cawan tepung gandum
  • ½ cawan gula putih
  • ½ sudu kecil baking powder
  • ½ sudu kecil soda bikarbonat (kalau guna soda bikarbonat je tanpa baking powder, guna 1 sudu kecil)
  • 1 biji telur
  • 1½ cawan air
  • Satu sudu kecil atau 1 penutup esen vanila
  • Pewarna kuning
Bahan B (bahan taburan dalam apam balik):
  • Kacang tanah (sangai, kemudian kisar. Kisar tak perlu halus sangat)
  • Gula putih
  • Marjerin
  • Jagung (jagung ala krim dalam tin)
  • Milo/chocolate rice dan apa-apa sahaja yang anda suka
Cara buat apam balik:

▶️ Sediakan 1 mangkuk besar yang sesuai untuk bancuh adunan tepung.

▶️ Masukkan telur, gula dan esen vanilla dulu. Kemudian pukul sampai kembang.

▶️ Gunakan hand whisker pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan serbuk penaik (baking powder dan soda bikarbonat) dan pewarna kuning. Kacau sampai sebati.

▶️ Akhir sekali masukkan tepung sikit demi sedikit dan juga air.

▶️ Pukul sampai tepung tak berketul.

▶️ Simpan adunan sekejap dan biarkan naik.

▶️ Selepas adunan dah naik, panaskan kuali dengan api yang kecil.

▶️ Ambil sesenduk adunan, dan ratakan dalam kuali. Biarkan adunan separuh masak.

▶️ Kemudian taburkan kacang tanah halus, gula, jagung dan milo. Letakkan juga marjerin sikit.

▶️ Dah masak, lipat apam balik.

 

BACA JUGA: Cara Buat Putu Bambu Ala Pasar Malam. Mudah Dengan Guna Acuan Je!

 

▶️ Kemudian boleh angkat dan sedia untuk dipotong dan hidangkan.

Tak dinafikan, nak buat apam balik yang sedap dan menjadi ni kena pandai buat adunan tepung sampai naik cantik.

Selain tu, kelembutannya pun mesti kena berasa. Kalau tak lembut dan tebal dah jadi macam apam balik mini pula.

Lepas ni kalau teringin nak makan apam balik sedap macam kat pasar malam tu, bolehlah buat sendiri ikut resepi ni. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.