Semenjak pkp tak ada kesudahan ni, nak lah juga ke dapur buat kuih legend dulu-dulu. Dapat juga buat makanan ringan untuk kunyah-kunyah waktu bosan. Alang-alang jumpa cara buat bahulu rangup di luar lembut di dalam dengan hanya 3 bahan ni, bolehlah cuba.
Resepi dari Azlin Fazlina ni nampak je mudah. Tapi kalau tak kena gaya atau sukatannya, tak menjadi juga. Kuih yang berasaskan tepung kalau tak ikut betul-betul, boleh jadi ianya tak lembut, lerai dan tak menepati citarasa.
Tapi kalau ikut betul-betul dan tak putus asa, pasti menjadi. Nak buat kuih bahulu ni semua tahu kena ada acuannnya. Tak boleh nak pakai cup-cup kuih biasa. Kalau tak nanti tak feel lah tak ada bentuk bahulu.
Nak buat bahulu ni bahan utama yang kita semua tahu adalah telur. Orang dulu-dulu rajin ketuk telur sampai naik kembang. Sekarang ni kalau nak mudah gunakan mixer pun boleh.
Mudah je resepi ni. Hasil bahulunya rangup di luar dan lembut di dalam. Makan macam tu sedap, atau nak cicah dengan air panas/sejuk pun boleh juga. Ramai dah yang makan bahulu cara macam tu.
RESEPI BAHULU 3 BAHAN
Dalam nak buat bahulu ni kena ikut tips dan ‘pantang larangnya’. Dari bancuhan sampailah cara bakar kalau nak dapatkan hasil yang cantik, rangup di luar dan lembut di dalam.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 cawan telur (guna telur dalam 5 biji)
- 1 cawan gula
- Tepung gandum diayak (tepung ni tak ada sukatan. Sebab nanti ikut bancuhan je)
Cara buat bahulu:
▶️ Sediakan acuan dulu. Paling penting sekali, acuan kena betul-betul panas sebelum sedia nak tuang adunan.
▶️ Pukul telur dan juga gula sehingga kembang.
▶️ Selepas kembang, boleh bancuh dengan tepung yang telah diayak tadi.
▶️ Pastikan adunan tak terlalu pekat atau cair.
▶️ Boleh agak-agak. Sekali nak bakar, buat sekali bancuhan.
▶️ Sapu acuan yang telah panas tadi dengan minyak.
▶️ Lepas tu tuangkan adunan.
▶️ Panaskan oven siap-siap, dan bakar pada suhu 200’c selama 10 minit.
▶️ Dah bakar, boleh keluarkan dari acuan dan sejukkan sekejap. Masuk dalam bekas kedap udara.
NOTE PENTING:
▶️ Masa anda bancuh tepung dengan telur, pastikan bancuhan jangan pekat sangat sebab nanti bahulu boleh jadi keras.
▶️ Adunan telur dan gula pukul sekali. Sekali bancuh sekali pukul.
▶️ Untuk telur, lepas basuh pastikan lap sampai kering. Jangan ada air langsung termasuk.
▶️ Acuan kena betul-betul panas. Kalau tak nanti, adunan akan melekat.
▶️ Sukatan telur dan gula kena sama banyak. Dalam resepi ni gunakan kuantiti 1 cawan untuk kedua-duanya dengan cawan yang sama.
BACA JUGA: Cara Buat Biskut Tambun Rangup-Rangup Lembut. Dipanggil Juga Tau Sa Piang. Serius Sedap!
Pastikan anda ikut tips dan pantang larang ni. Barulah dapat hasil yang macam diinginkan. Kuih bahulu yang rangup di luar dan lembut di dalam ni dah ramai orang suka. Makan pun tak cepat muak.
Kalau masa raya dulu sering dijadikan salah satu kuih raya utama. Cicah dengan teh’o atau sirap memang sedap. Tak pun cicah dengan kopi dan milo. Sedap bukan main.
Buat sendiri baru puas hati. Boleh makan sampai muaklah kiranya. Ikut cara buat bahulu rangup di luar dan lembut di dalam dengan hanya 3 bahan ni, terasa berbaloi dengan hasilnya. Selamat mencuba.