Selalu kita ingat sup kalau ditumis dulu baru sedap sebab ada aromanya kan. Tapi sebenarnya kalau tanpa minyak atau tanpa tumis pun sedap sebab minyak dari ayam tu sendiri akan keluar dan beri cukup rasanya. Lagipun boleh jadi sup ayam diet yang sedap dan mudah je nak buat.
Bila dengar makanan diet ni laju je nak cuba kan. Untung kalau buat sebab anak-anak pun boleh tumpang menu diet kita. Kalau time sakit, demam dan kurang selera makan pun, menu ni sesuai untuk dimakan.
Kadang takut juga kalau makan sup ni cepat muak atau tak kena tekak sesetengah orang tu. Apa susah. Hidangkanlah sup ni dengan nasi putih dan juga sambal kicap untuk rasa pedas sikit. Barulah tambah selera. Tapi bila dah sedap jangan makan bertambah pula. Nama pun diet kan.
Selain ayam, nak lagi sedap campurkan sayuran seperti kentang, brokoli, tomato dan lobak merah. Jangan lupa masukkan rempah 3 sekawan untuk berikan rasa aroma lagi dalam kuah.
Resepi sup ayam diet sedap dan mudah ni dikongsikan oleh Maryam Hussain. Senang sangat, 10 minit je dah siap, Jom lihat perkongsiannya.
RESEPI SUP AYAM DIET
Kalau buat menu diet gunakanlah ayam bahagian dada dan isi lebih sikit. Bahagian tu lebih berkhasiat selain cepat mengenyangkan juga.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 6 ketul ayam
- 1 labu bawang holland (dihiris)
- 2 biji bawang putih (dihiris)
- 1 inci halia (dihiris)
- Cengkeh, bunga lawang dan pelaga
- Sup bunjut
- 4 biji cili padi
- Sedikit lada hitam (dikisar kasar)
Sayuran tambahan:
- Kentang
- Lobak merah
- Brokoli
- Tomato
Cara masak sup ayam diet:
▶️ Masukkan air dalam kuali/periuk dan tenggekkan atas dapur.
▶️ Masukkan bawang putih, bawang holland, halia, cengkeh, bunga lawang dan pelaga.
▶️ Tunggu sehingga air mendidih dan naik aromanya.
▶️ Bila dah mendidih, boleh masukkan ayam. Biarkan sehingga ayam separuh masak.
▶️ Selepas tu masukkan ubi kentang dan lobak merah dulu sebab sayuran ni lebih keras. Biarkan sehingga lembut.
▶️ Kemudian baru masukkan brokoli dan tomato.
▶️ Perasakan kuah dengan garam, lada hitam dan cili padi. Kalau suka pedas anda boleh lebihkan.
▶️ Biarkan mendidih dan boleh padamkan api.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
BACA JUGA: Resepi Kuey Teow Sup Paling Simple. Ala-Ala Kopitiam. Serius Sedap!
Kadang-kadang lauk simple macam ni sedap lagi dijamah dari masakan yang banyak bahan dan rencahnya. Kalau anda tak ada masa nak masak terutama untuk makan malam, bolehlah buat lauk sup ayam yang simple ni.
Tak rugi buat pun sebab kuah supnya sedap dan beraroma. Cubalah hirup. Nanti segar je badan dan tak rasa cepak muak. Itulah namanya sup diet.
Kalau nak lagi ‘diet’ menunya, jangan makan dengan nasi. Makan dengan bubur atau hirup macam tu je pun kenyang dah. Jangan lupa buat sup ayam diet yang sedap dan mudah ni. Semoga bermanfaat!