Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Biskut Suji Badam, Hanya 4 Bahan. Rasanya Rangup Dan Gebu.

0 996

Biskut suji ni salah satu kuih raya kegemaran sebab sedap dan rangup. Nak buatnya pun senang sebab perlukan 4 bahan je. Bila makan tak cepat muak sebab biskut ni rangup dan gebu. Kalau anda jenis suka biskut berasaskan kekacang, bolehlah buat biskut suji badam ni.

Sekarang musim pkp nak berjimat cermat tak perlu lagi dah beli biskut nak buat kudapan. Asal bahannya simple dan mudah je, lebih baik buat sendiri je kan. Kalau anda tak pernah makan biskut ni wajib cuba. Sekali rasa mesti jatuh cinta.

Walaupun rangup, tapi tesktur debunya tu buatkan sedap dan cair di mulut. Kalau tengok sekarang ni orang buat macam-macam jenis rupa dah. Ada yang letak hiasan potongan ceri. Ada juga yang bentuknya lain-lain.

Macam mana rupa pun yang penting sedap dan lemak manisnya berasa. Kalau dulu waktu musim raya je memang laku keras kuih ni. Tapi sekarang bila-bila masa pun orang suka makan, termasuklah anak-anak sekali sukakannya.

Resepi dari Hazlita Ita ni paling senang nak ikut. Stepnya ringkas je. Nak buat selalu pun tak ada masalah. Boleh jadikan makanan santai kat rumah.

 

RESEPI BISKUT SUJI BADAM

Sebab apa biskut ni sedap ialah disebabkan gabungan serbuk badam dan juga minyak sapi. Rasanya akan lebih berlemak dan rangup. Ada yang tanya boleh ke gantikan minyak sapi dengan butter.

Sebenarnya tak digalakkan sebab tesktur dan rasa kedua-dua bahan ni mungkin ada sikit beza. Dah alang-alang 4 bahan je tu, kita dapatkan je lah bahan dari resepi asalnya sebab mudah je kan.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 500 gram tepung gandum
  • 150 gram gula pasir (kisar halus) atau gula aising
  • 200 gram minyak sapi
  • 50 gram kacang badam (kisar halus)

Cara buat biskut suji badam:

▶️ Mula-mula satukan gula pasir kisar atau gula aising dengan minyak sapi.

▶️ Gaulkannya sehingga sebati dan agak creamy. Pakai hand whisker atau senduk pun boleh.

▶️ Kemudian masukkan badam yang dah dikisar halus. Gaul sekata.

▶️ Masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum sambil kacau.

▶️ Sehinggalah jadi doh yang lembut.

▶️ Canaikan adunan dan terapkan. Jangan lupa alas dulang pembakar dengan baking paper.

▶️ Panaskan oven pada suhu 160’c dalam 10 minit sebelum bakar.

▶️ Lepas oven dah panas, masukkan adunan dan bakar pada suhu yang sama selama 30 minit (ikut oven masing-masing).

▶️ Dah siap, boleh simpan dalam bekas kedap udara.

 

BACA JUGA: Cara Buat Biskut Tambun Rangup-Rangup Lembut. Dipanggil Juga Tau Sa Piang. Serius Sedap!

 

Tengok rupa kejadian biskut ni pun dah tau kerangupannya. Sedap sangat rasa biskut legend ni. Nak buatnya pun mudah je. Tak perlukan mixer bagai.

Peminat kekacang mesti suka biskut suji badam ni. Sebab dari mula makan sampai habis memang rasa kacang je. Sebalang buat mesti cepat je licin.

Bagi yang tak pernah makan, cubalah buat biskut suji badam ni nanti. Puas hati buat sebekas. Baru puas makan sekeluarga. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.