Segalanya Tentang Makan..

Sedap Hirup Kuahnya. Resepi Ikan Merah Masak Asam. Cukup Rasa Masam, Masin, Pedas.

0 12,038

Orang kampung dulu-dulu rajin masak masakan simple macam ikan merah masak asam ni. Tak banyak bahan diperlukan tapi rasa dia memang mantul. Makan dengan nasi sampai kuah banjir memang puas hati. Apatah lagi hirup.

Kalau anda nak buat lauk simple-simple bolehlah buat resepi ni. Sesetengah orang panggil lauk asam masak cuka. Tapi resepi ni tak gunakan cuka makan pun untuk rasa masamnya. Guna pes asam jawa je. Rupa kuah dan rasa sama je. Masam, masin dan pedas cukup rasa.

Masak pula dengan ikan merah yang sedap dan berasa manis ikannya. Memang terbaik kombinasi ikan dan kuah ni. Tapi syaratnya nak lagi sedap ikan tu perlulah digoreng dulu separa garing. Lagi sedap bila masukkan dalam kuah nanti sebab kuah akan meresap dalam ikan.

Resepi ikan merah masak asam ni dikongsikan oleh Umi Watie. Jangan keliru pula ya masam asam pedas dengan masam asam ni. Yang asam pedas tu dimasukkan cili kering sampai jadi warna merah tu.

Untuk resepi masam asam ni kalau nak pedas masukkan cili padi dengan taburkan macam tu je dalam kuah. Tak perlu kisar pun. Sebab tu lauk ni pun sesuai untuk anak-anak yang tak makan pedas.

 

RESEPI IKAN MERAH MASAK ASAM

Nak cantikkan lagi hidangan boleh masukkan tomato. Lagi naik rasa masamnya. Nak guna tomato biasa boleh, tomato ceri pun sedap juga. Selain tu kalau nak masukkan sayuran seperti bendi pun tak kisah. Ikutlah citarasa anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 3 keping ikan merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 biji bawang besar
  • 2 cm halia
  • 1 sudu teh biji sawi
  • 1 cawan air
  • 1 sudu makan pes asam jawa
  • Cili api
  • Tomato
Cara masak ikan merah masak asam:

▶️ Mula-mula cuci bersih ikan dan lumurkan dengan sikit garam dan serbuk kunyit.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan goreng ikan.

▶️ Lepas dah separa garing dan agak lembab, boleh angkat dan toskan. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan bawang merah, bawang putih dan halia yang dihiris dan diketuk.

▶️ Potong bawang besar-besar pun sedap sebab nanti boleh digigit-gigit. Ikut cara anda.

▶️ Kemudian masukkan biji sawi untuk wangikan lagi kuah nanti.

▶️ Bila bawang pun dah kekuningan, masukkan pes asam jawa yang dah dibancuh. Bancuh dengan 1 cawan air. Ikutlah kuah banyak mana dan tahap masam yang anda nak.

▶️ Lepas tu masukkan ikan yang telah digoreng tadi.

▶️ Masukkan cili padi. Tak kisah cili padi merah atau hijau.

▶️ Kemudian masukkan tomato ceri yang dibelah dua.

▶️ Akhir sekali perasakan dengan garam dan gula ikut selera anda.

▶️ Biarkan mendidih sekejap dan boleh padamkan api.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Ikan Kembong Pekat Likat Cukup Rasa. Padu Bila Gaul Dengan Nasi.

 

Sedapnya hirup kuah yang masam terangkat ni. Picit-picitkan cili padi sikit untuk keluarkan pedasnya. Fuh, boleh bertambah nasi dibuatnya.

Kalau anda tak ada masa nak memasak boleh buat masak asam ni. Antara lauk paling cepat masak. Main lebur je.

Ikan merah masak asam ni wajib try kalau anda dah muak makan gulai bersantan. Mesti sekejap je kuah licin. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.