pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Buah Rotan Atau Kuih Peluru Yang Kekal Rangup. Kuih Legend Dulu-Dulu!

0 11,035

Kalau tengok kuih peluru ni, memang terus menggamit kenangan masa kecil-kecil dulu di kampung. Lagi-lagi waktu hari raya. Kuih peluru ni dipanggil juga buah rotan. Memang jadi kegemaran kanak-kanak! Rindu pula nak makannya jadikan kudapan waktu santai sekarang ni. Apa kata jom buat buah rotan atau kuih peluru ni dan simpan stok di rumah!

Kalau dapat makan kuih ni, mau ralit dan tak berhenti mengunyah. Tak sedar habis sebalang. Dulu-dulu kuih ni kira legend juga. Popular sebabkan rasanya yang rangup dan bila makan krup krap krup krap. Masa dulu tau makan je. Sekarang baru tau macam mana nak buatnya.

Buah rotan ni dibuat dari campuran tepung pulut dan tepung gandum yang diadunkan dengan santan. Lepas tu diuli jadi bebola kecil dan digoreng. Maka jadilah buah rotan rangup yang kita suka makan tu.

Taburan bijan tu yang buatkan lagi sedap dan unik rasa dia. Kalau anda nak buat, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Juwitta Amin ni.

Bahannya mudah je nak disediakan. Cuma yang mencabar sikit bahagian menggentel tepung tu. Sebab kuih ni saiznya kecil-kecil. Jadi, kena buat lebih banyak dan lama masa menggentel.

 

RESEPI BUAH ROTAN ATAU KUIH PELURU

Buah rotan ni ada rahsianya untuk dapatkan hasil yang kekal rangup. Lepas uli, kuih ni perlu cepat digoreng sebab tak boleh dibiarkan terlalu lama berangin. Nanti kuihnya cepat lemau.

Sebab tu ada yang buat kuih ni sampai 2, 3 orang sebab perlu ada orang yang menguli, dan ada yang kena jaga kuali semasa menggoreng.

Bahan-bahannya:
  • 1 kampit tepung pulut
  • 2 sudu makan tepung gandum
  • 1 kotak kecil santan (apa-apa jenama pun boleh)
  • 1 biji telur
  • Garam sedikit
  • Gula sedikit
  • Biji bijan

Cara buat buah rotan atau kuih peluru:

▶️ Mula-mula satukan santan dan juga telur dalam 1 mangkuk. Masukkan juga garam dan gula ke dalamnya. Tambah sikit air sebab biasanya santan kotak ni pekat.

▶️ Kemudian bancuh sampai rata dan tiada ketulan garam dan gula.

▶️ Dalam mangkuk atau bekas lain, satukan pula tepung pulut dan tepung gandum.

▶️ Lepas tu tuangkan adunan santan sikit demi sedikit.

▶️ Perlu tuangkan agak-agak, sampailah adunan menjadi doh yang tak terlalu keras.

▶️ Dah menjadi doh tu, boleh uli dan gentel menjadi bebola kecil.

▶️ Kemudian golekkan atas biji bijan.

▶️ Tanpa menunggu lama, terus goreng dalam minyak yang panas. Perlu pastikan guna api yang kecil.

▶️ Ingat ya! Jangan biarkan adunan bebola tu lama sangat terdedah. Siap je terus goreng.

▶️ Goreng buah rotan ni sehingga kekuningan.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Tiram Sedap Dan Mudah. Rahsia Kuih Tiram Yang Rangup Dan Tahan Lama!

 

▶️ Lepas tu boleh angkat dan masukkan dalam bekas bertutup.

Kalau anak-anak dapat kuih ni, memang dijadikan snek kudapan yang dimakan tanpa henti. Macam mana kita kecil-kecil dulu gilakan buah rotan ni, mereka pun pasti sukakannya.

Mudah je kan sebenarnya nak buat kuih ni. Bahannya sangat ringkas. Cuma perlu berhati-hati untuk pastikan adunan dan cara gorengnya betul.

Kalau salah caranya, mau kuih cepat lemau atau pun keras sampai sakit gigi masa menggigit. Namun, jangan putus asa nak cuba buat buah rotan dan kuih peluru yang cukup legend ni!

Leave A Reply

Your email address will not be published.