Warning: fopen(/tmp/bdd3a76aae350c59e876cf64949f1a29-xNXOKA.tmp): failed to open stream: Disk quota exceeded in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 190

Warning: unlink(/tmp/bdd3a76aae350c59e876cf64949f1a29-xNXOKA.tmp): No such file or directory in /home/medialok/public_html/portmakan.com/wp-admin/includes/class-wp-filesystem-ftpext.php on line 193

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cucur Ketam Cicah Dengan Sambal Hijau Yang Padu. Bahan Mudah Je!

0 1,392

Kalau makan cucur tepung, cucur pisang atau cucur udang kadang-kadang muak juga. Cuba kali ni buat cucur ketam pula dengan bahan isi ketam atau crab stick. Lepas tu cicah dengan sambal hijau resepi tersendiri. Serius sedap.

Cucur ni nak sedap bukan sekadar tepung, garam dan isi ketam je. Adunan kalau ada lada sulah, daun saderi dan daun bawang lagi bertambah sedap. Bila goreng cucur rangup dan garing, memang tak cukup sekali goreng je. Mesti berulang-ulang sampai licin.

Tak ketinggalan juga bahan pencicah iaitu sambal hijau. Resepi yang dikongsikan oleh Cik Puan Zee ni bukan sekadar sambal biasa. Cukup dengan bahan-bahan sambal yang padu dengan ramuan ikan bilis dan belacan.

Sambal ni elok buat lebih. Kalau tak makan dengan cucur pun, boleh makan dengan nasi putih panas-panas. Esok paginya pun boleh makan dengan lempeng juga!

Bahan-bahan cucur ketam dan sambal hijau ni mudah je. Boleh jadi juadah minum petang anda sambil pekena dengan kopi’o panas.

 

RESEPI CUCUR KETAM DAN SAMBAL HIJAU

Sebenarnya cucur ketam ni sama juga macam cucur tepung dan cucur udang. Kalau cicah dengan sos cili biasa atau sos manis pedas thai pun sedap juga. Cuma ada sambal hijau ni lagi rasa istimewa dan sedap. Bagi yang tak pernah makan wajib cuba.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum
  • Garam
  • Cukup rasa
  • Lada sulah
  • Isi ketam
  • Bawang
  • Daun saderi
  • Daun bawang
  • Air
  • Secubit soda bikarbonat

Cara buat cucur ketam:

▶️ Satukan kesemua bahan dalam 1 besen.

▶️ Kemudian masukkan air sikit demi sedikit dan gaulkan sebati.

▶️ Lihat kepekatan bancuhan. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

▶️ Panaskan minyak dan masukkan adunan dalam kuali.

▶️ Goreng sampai keperangan dan garing. Lepas tu angkat dan toskan.

Bahan-bahan untuk sambal hijau:
Bahan kisar:
  • Bawang putih
  • Bawang merah
  • Cili padi
  • Belacan
  • Segenggam ikan bilis
Bahan lain:
  • Bawang besar dihiris
  • Ikan bilis dicuci bersih (goreng garing)
  • Asam jawa
  • Gula pasir
  • Cukup rasa
  • Garam
  • Air

Cara buat sambal hijau:

▶️ Kisar semua bahan kisar.

▶️ Lepas tu masukkan segenggam ikan bilis dalam blender dan kisar sekejap je dalam 3-5 saat supaya nampak kasar-kasar ikan bilis tu.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Masukkan bahan kisar dan tumis sampai naik bau.

▶️ Masukkan bawang merah yang telah diiris.

▶️ Biarkan sehingga bahan masak dan pecah minyak.

▶️ Kemudian masukkan gula dan secukup rasa.

▶️ Masukkan asam jawa dan air secukupnya. Biarkan mendidih.

 

BACA JUGA: Cucur Udang Rangup Dan Lembut. Ada Cara Untuk Dapatkan Cucur Udang Cantik Terbentuk.

 

▶️ Lepas dah mendidih, perasakan dengan garam dan cukup rasa. Kacau sebati.

▶️ Boleh padamkan api.

Untuk ikan bilis goreng dalam sambal hijau ni, nak makan tu baru taburkanya. Tujuan masukkan lewat sebab nak kekalkan kerangupan ikan bilis tu sendiri.

Gandingan cucur yang berasaskan tepung dan sambal hijau ni serius sedap. Kalau makan sambal ni dengan pulut pun tak kurang juga enaknya.

Kalau teringin nak makan cucur petang nanti, bolehlah buat cucur ketam ni pula. Jangan lupa sambal hijaunya sekali. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.