Selama ni kalau goreng cucur kerap sangat lembik atau tak garing. Ada tu sampai serap-serap minyak. Tak perlu pening-pening. Ikut je resepi dari Noriza Jaja ni yang gunakan yis untuk dapatkan cucur yang rangup dan naik kembong elok. Dengan kulit rangup di luar dan lembut di dalam.
Puas anak-anak makan sampai tak cukup goreng sekuali je. Dapat pula cicah dengan kuah dhal dari resepi Indian yang pekat dan enak buat cicah cucur. Kalau nak cicah dengan sos cili, sos Thai atau kuah kacang pun sedap juga.
Bila gunakan yis ni cucur akan naik kembong, rangup dan ringan. Hasilnya bila gunakan tepung yang sikit pun boleh dapat cucur yang banyak.
Puas hati kalau anda ikut resepi ni. Confirm cucur anda kali ni menjadi. Untuk bahan-bahan ramuan dalam cucur terpulang pada anda nak letak apa sahaja.
Contohnya bawang, ikan bilis, kucai, taugeh, daun bawang, cili dan sebagainya. Nak letakkan udang pun tak kisah. Ikut selera anda.
RESEPI CUCUR RANGUP KEMBONG
Bila dah gunakan yis ni macam biasalah, adunan kene perap dulu sekejap sebelum goreng. Biar dulu tepung naik barulah nyalakan api.
Bahan-bahannya:
- 3 cawan tepung gandum
- Bawang besar dihiris nipis atau potong dadu (ikut suka anda)
- Cili merah dihiris nipis, daun bawang dihiris halus, kucai potong pendek, taugeh (terpulang pada citarasa)
- Ikan bilis, udang (optional)
- 1 sudu besar yis mauripan
- Air suam
- Garam
- Serbuk bawang putih (optional)
Cara buat cucur:
▶️ Sediakan bekas atau besen sesuai.
▶️ Satukan kesemua bahan-bahan di dalamnya.
▶️ Kemudian masukkan air sikit demi sedikit sambil gaul sebati.
▶️ Dapatkan adunan yang agak pekat. Jangan bancuh terlalu cair sampai tak boleh jemput dengan jari.
▶️ Kemudian perap selama ½ jam.
▶️ Bila adunan tepung dah naik, panaskan minyak dalam kuali.
▶️ Minyak dah betul-betul panas, masukkan adunan ke dalam kuali style jemput-jemput dengan jari.
▶️ Goreng sehingga garing dan warna keperangan.
▶️ Angkat dan toskan.
Bahan-bahan kuah dhal:
- ½ paket kacang dhal merah (nak rendam boleh, tak nak pun tak apa)
- 1 sudu kecil halba campur
- 1 sudu besar serbuk kari daging/ikan
- Daun kari
- 5 tangkai cili kering (dipotong)
- Air asam jawa sedikit
- Serbuk kunyit
- Garam dan penambah cukup rasa
- Isi ayam (kalau suka)
- Ubi kentang (dipotong kecil-kecil)
- Terung, lobak merah, kacang panjang (potong kecil-kecil)
- Air secukupnya
- Minyak (untuk menumis)
Cara buat kuah dhal:
▶️ Cuci bersih-bersih kacang dhal.
▶️ Kemudian rebus kacang dhal sampai hancur. Ketepikan.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis halba campur.
▶️ Lepas tu masukkan daun kari dan cili kering. Tumis lagi sampai naik bau.
▶️ Kemudian masukkan serbuk kari dan serbuk kunyit.
▶️ Bila dah garing, masukkan kacang dhal tadi. Kacau sebati.
▶️ Masukkan air mengikut kepekatan yang anda suka. Biarkan mendidih sekejap.
▶️ Lepas tu masukkan ubi kentang, lobak merah dan terung. Tunggu sampai bahan-bahan ni empuk.
▶️ Nak masukkan ayam pun boleh.
▶️ Bila sayuran semua dah empuk, masukkan air asam jawa dan perasakan dengan garam dan perasa.
▶️ Kacau dan biarkan kuah menggelegak dan sebati. Boleh padamkan api.
▶️ Sedia dihidangkan dengan cucur rangup tadi.
BACA JUGA: Cara Buat Cucur Roti Lembut Dan Rangup. Tak Sangka Roti Gardenia Sedap Dibuat Cucur.
Untuk resepi kuah dhal ni kalau nak tumis awal-awal halba campur dengan bawang dan halia pun boleh juga. Tapi kalau ikut resepi yang ini pun dah cukup sedap.
Dah tau buat kuah dhal ni, lepas ni kalau nak beli roti canai segera pun boleh. Tinggal nak buat kuah dhal sendiri je. Tak sangka buat cicah cucur pun sedap juga. Nanti anda boleh cuba.
Kalau selama ni puas fikir macam mana cara buat cucur rangup kembong, bolehlah ikut resepi ni. Buat untuk minum petang bersama keluarga. Selamat mencuba!