Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Cucur Roti Lembut Dan Rangup. Tak Sangka Roti Gardenia Sedap Dibuat Cucur.

0 12,805

Selalunya kalau buat cucur ni kita gambarkan bahannya ialah tepung, ikan bilis, bawang, dan bahan tambahan lain seperti daun sup atau kucai. Tapi rupanya ada juga cucur roti yang menggunakan roti gardenia yang sangat sedap, lembut dan rangup teksturnya.

Resepi yang unik ni dikongsikan oleh Noriza Jaja. Dapatlah kita idea baru buat cucur yang sedap untuk hidangan keluarga. Sesekali sedap juga kalau cuba menu baru yang lain dari yang lain ni. Kalau tak ada roti gardenia, boleh juga gunakan jenama lain, asalkan roti putih.

Dalam resepi ni tak ada masukkan telur pun. Cuma untuk mempelbagaikan rasa, boleh masukkan udang, ayam, sosej, ikan bilis dan sebagainya. Bila ada kandungan roti putih dan bahan-bahan ni dalam bancuhan cucur, itu yang buatkan cucur ni rasa sedap, lembut dan ada bermacam rasa.

Macam cucur udang juga, ramuan cucur roti ni bertambah sedap kalau ada sayuran lain seperti taugeh, lobak merah dan daun bawang. Kalau suka pedas, boleh masukkan sekali cili merah potong.

Tak kan cepat muak walau makan beberapa biji cucur pun, asalkan anda gorengnya garing dan rangup. Jom lihat cara membuatnya.

 

RESEPI CUCUR ROTI

Nak buat cucur roti ni biasanya gunakan roti putih gardenia tu. Kalau nak gunakan jenama lain pun boleh juga. Cuma roti gardenia ni lebih sedap, lembut dan rotinya tak rapuh atau derai macam roti jenama lain. Namun terpulang pada anda.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 5 keping roti
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 biji bawang besar dihiris
  • Daun bawang, cili merah, kucai, lobak merah dan taugeh (potong atau hiris kecil kesemuanya kecuali taugeh)
  • Udang / ikan bilis / isi ayam / sosej dan sebagainya (boleh masukkan apa yang anda suka)
  • Garam dan magi cukup rasa
  • Boleh letakkan serbuk kunyit kalau suka
  • Air (anggaran 2 cawan – boleh adjust ikut adunan nanti)

Cara buat cucur roti:

▶️ Sediakan besen atau mangkuk yang besar dan bersesuaian.

▶️ Satukan kesemua bahan kecuali air.

▶️ Kemudian masukkan air sikit demi sedikit sambil gaulkan bahan-bahannya.

▶️ Gaul sampai jadi bancuhan pekat macam dalam gambar. Jangan terlalu cair atau terlalu pekat.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Setelah minyak dah betul-betul panas, sendukkan bancuhan dan goreng sampai garing dan warna keperangan.

 

BACA JUGA: Resepi Cucur Udang Sedap. Rahsia Untuk Dapatkan Cucur Udang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

 

▶️ Dah garing, boleh angkat dan toskan minyak.

▶️ Sedia untuk dihidangkan.

Cucur ni sedap bila digoreng rangup, sebab dalamnya dah lembut. Barulah sedap dan puas, lagi-lagi makan waktu panas-panas baru je lepas digoreng.

Nak lagi sedap menikmatinya, cicahkan dengan sos cili atau sos thai. Kalau anak-anak nak makan macam tu je pun boleh juga. Sebab ramuan cucur ni dah ada rasanya.

Cucur roti yang lembut dan rangup ni memang sedap kalau dijadikan hidangan minum petang bersama kopi atau teh’o panas. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.