pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Sambal Jawa Simple Dan Sedap. Boleh Buat Sampai Makan Nasi Bertambah!

0 998

Sambal jawa ni memang terkenal di kalangan orang melayu. Kalau dulu pergi kenduri-kenduri kat kampung, salah satu hidangannya ialah sambal jawa inilah. Ada fucuk, suhun, tempe, kentang dan sebagainya. Walaupun banyak bahan, sambal jawa ni simple je sebenarnya.

Sambal ni dimasak kering. Memang sedap gaul dengan nasi panas-panas. Rasanya lebih berlemak sebab dimasukkan santan. Itu kelainan sambal jawa ni berbanding sambal lain. Ada rasa lemak-lemak walaupun tak berkuah.

Bila dah muak makan masakan sayur kangkung goreng pedas, kobis, sawi dan macam-macam lagi, tukarlah selera pula kepada sambal jawa ni. Lebih kurang macam masakan sayur juga.

Memang berselera makan. Tengok gambar pun dah terliur kan. Resepi sambal jawa paling simple yang dikongsikan oleh Nabila Zaidi ni antara yang anda boleh cuba.

Senang je bahan-bahan tumisnya dan sayuran yang dimasukkan. Campurkan udang besar-besar untuk menambahkan lagi selera.

 

RESEPI SAMBAL JAWA

Sambal jawa ni masak dengan cili kering kisar. Terpulang pada anda nak masukkan banyak mana ikut tahap kepedasan anda suka. Biasanya sambal jawa ni sedap kalau pedas ‘light-light’ je. Barulah enak kalau nak meratah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan kisar:
  • Bawang merah
  • Bawang putih
  • Halia
  • Lengkuas
  • Udang kering
  • Serai
Bahan lain:
  • 2 sudu cili kering kisar
  • 1 genggam daging yang dihiris halus (kalau nak gantikan ayam pun boleh)
  • Kicap manis sedikit
  • Santan kotak
  • Fucuk
  • Suhun
  • Tauhu
  • Tempe
  • Pedal dan hati ayam
  • Kentang
  • Udang
  • Kacang buncis
  • Cili merah besar dihiris
Cara masak sambal jawa:

▶️ Mula-mula kisar bahan yang perlu dikisar sehingga halus. Ketepikan.

▶️ Rendam fucuk dan suhun sehingga lembut. Ketepikan.

▶️ Goreng tauhu, tempe, kentang, pedal, hati ayam dan udang. Ketepikan.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar tadi sehingga garing dan naik bau.

▶️ Masukkan cili kering kisar dan juga hirisan daging sebagai rencahnya.

▶️ Renjiskan sedikit kicap manis.

▶️ Teruskan tumis sampai naik minyak.

▶️ Kemudian masukkan santan sikit-sikit ikut tahap lemak mana anda suka. Kacau sebati.

▶️ Masukkan fucuk dan suhun yang telah direndam sehingga lembut tadi.

▶️ Kemudian masukkan tauhu, tempe, kentang, pedal, hati ayam dan udang yang telah digoreng.

▶️ Akhir sekali masukkan kacang buncis dan cili merah potong. Gaul sebati.

▶️ Boleh rasa. Yang mana kurang seperti kicap dan garam, boleh tambah.

▶️ Dah siap, sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Sambal Ikan Masin Sedap Melikat. Simple Je Tapi Sedap Ya Amat. Wajib Cuba!

 

Apa yang menarik sambal jawa ni ialah bahannya ada pelbagai. Dan cukup dengan rasa lemak, masin, manis dan pedas.

Makan dengan nasi sedap, atau nak ratah macam tu je pun enak. Sambal dimasak kering dan ada bahan yang sedap untuk diratah macam tu je seperti tempe, pedal dan sebagainya.

Lepas ni kalau nak buat lauk sampingan, bolehlah buat sambal jawa simple ni gantikan sayur goreng yang anda selalu buat sebelum ni. Mudah dan ringkas je caranya. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.