Segalanya Tentang Makan..

Resepi Ayam Goreng Berempah. Cara Perapan Untuk Ayam Yang Rangup Dan Isi Yang Juicy.

0 5,039

Sedapnya kalau makan nasi lemak atau nasi putih, mahupun nasi minyak dengan ayam berempah. Ayam goreng berempah ni macam special sikit. Makan dengan apa pun sedap. Bukan ayam yang digoreng garing tu je yang sedap, kriuk kriuk berempah tu pun rasa naik sama.

Selalu kalau nak lauk advance sikit untuk nasi lemak, mesti ada ayam berempah kan. Kalau buat hidangan tetamu pun ayam goreng berempah ni sesuai sekali. Macam tu juga kalau hidangan kenduri. Lepas ni kalau nak buat ayam goreng, alang-alang tu buat je ayam goreng berempah.

Cara nak buat ayam goreng berempah ni paling penting ialah bahan perapannya. Kalau bahan rempah tak mencukupi memang kurang berasa.

Nak perapnya pun kena pastikan ramuan meresap ke dalam ayam sepenuhnya. Resepi ayam berempah yang dikongsikan oleh Leesa Alif ni antara yang mudah anda boleh cuba.

Bahannya ringkas je. Yang penting perap dalam tempoh masa sesuai untuk ramuan rempah sebati ke dalam isi ayam. Paling tidak pun perap sekurang-kurangnya 1 jam atau lebih.

 

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH

Salah satu cara untuk bagi isi ayam lembut dan rempah cepat meresap ke dalam ayam ialah dengan memasukkan sedikit cuka makan. Tapi masukkan sikit je dah memadai. Jangan masukkan terlampau banyak sebab takut lain pula rasanya.

Bahan-bahannya:
Bahan kisar:
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang serai

Bahan lain:
  • 1 ½ kilo ayam
  • Daun kari
  • 2 sudu besar rempah rendang Faiza
  • 2 sudu besar serbuk cili
  • 1 sudu besar serbuk kunyit
  • Garam
  • Serbuk perasa
  • 1 sudu makan cuka

Cara buat ayam goreng berempah:

▶️ Mula-mula kisar bahan-bahan kisar dengan ½ cawan air.

▶️ Kisar sehingga halus macam ni.

▶️ Kemudian gaulkan dengan daun kari dan lumurkan pada ayam yang dah siap dicuci bersih.

▶️ Masukkan rempah, serbuk cili, serbuk kunyit dan garam/perasa. Untuk garam dan perasa tu boleh agak-agak sukatannya.

▶️ Masukkan cuka makan. Jangan terlebih 1 sudu ya.

▶️ Gaulkan sebati bahan-bahan ni.

▶️ Perap sekurang-kurangnya 1 jam. Lebih masa sikit pun tak apa. Lagi meresap rempah ke dalam ayam.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali.

▶️ Lepas minyak dah betul-betul panas, masukkan ayam dan goreng sehingga masak dan garing.

▶️ Angkat dan toskan minyak.

▶️ Masa angkat ayam gunakan tapis besi supaya dapat sauk sekali serdak rempah.

▶️ Serdak ni buatkan sedap kalau gaul dengan nasi.

▶️ Taburkan pada ayam dan sedia untuk dihidangkan.

 

BACA JUGA: Resepi Ayam Butter Nestum Super Sedap. Ayam Digoreng Rangup Bersalut Nestum.

 

Makan dengan nasi sedap, malah kalau ratah macam tu je pun layan. Tapi kalau makanan yang berempah macam ni lagi sedap kalau makan dengan nasi dari ratah je macam ayam goreng biasa.

Aroma rempah pada ayam dengan isi ayam yang lembut dan juicy ni buatkan bertambah sedap untuk dinikmati.

Kalau makan ayam goreng berempah ni dengan nasi putih campur kicap pun sedap. Apatah lagi kalau makan dengan lauk gulai sekali. Betul tak? Nanti jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.