pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Resepi Cucur Udang Sedap. Rahsia Untuk Dapatkan Cucur Udang Rangup Di Luar Dan Lembut Di Dalam!

0 42,475

Selalu kalau beli cucur udang di luar, ada yang sedap, tapi kadang-kadang ada yang tak menepati citarasa. Kalau sendiri cuba buat pun ada yang lembik, tak rangup malah serap minyak. Apa kata cuba resepi cucur udang sedap yang dikongsikan oleh Fazreen Sani ni pula.

Selama ni mungkin dah cuba pelbagai resepi, tapi tak dapat hasil yang diinginkan. Resepi cucur udang yang dikongsikan ni agak istimewa sikit sebab ada ikan bilis. Dan yang paling menariknya disertakan perkongsian cara menggorengnya dengan betul.

Selain tu, ada juga disediakan tips untuk membuat bancuhan cucur yang rangup dan sedap tanpa menggunakan telur pun. Mungkin selama ni kita tak terfikir cara beliau ni atau pun terlepas pandang. Padahal rahsianya simple je dan mudah untuk diikuti.

Mengenai bahan tambahan cucur, ikut selera anda nak masukkan bahan apa. Dalam resepi ni dicampurkan ikan bilis dan juga beberapa jenis sayuran yang sedap dan wangi untuk menambahkan lagi rasa.

Nak buat cucur udang ni mudah je. Hanya gaulkan kesemua bahan dan sebatikan adunan. Kemudian goreng. Yang penting cara bancuhannya kena betul untuk dapatkan hasil yang rangup.

 

RESEPI CUCUR UDANG IKAN BILIS SEDAP DAN RANGUP

Cucur udang ni akan lagi rangup, cantik dan tak muak kalau kita gorengnya saiz kecil atau sederhana. Jadi seeloknya saiz udang pun sederhana supaya berpadanan dengan cucur. Sebelum sebatikan bahan, udang tu lumurkan dulu dengan sedikit kunyit serbuk.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung gandum 2 cawan
  • Air panas mendidih 2 cawan
  • Udang 8 ekor saiz sederhana (lumurkan siap-siap dengan serbuk kunyit)
  • Ikan bilis ½ genggam
  • Lobak merah disagat
  • Kacang panjang 3 batang (jika suka)
  • Bawang merah 1 biji dicincang
  • Cili padi (kalau nak pedas)
  • Daun sup dan daun kucai sedikit
  • Garam secukup rasa
  • Maggi cukup rasa sedikit

Cara buat cucur udang sedap dan rangup:

▶️ Masukkan kesemua bahan ni ke dalam mangkuk (kecuali air panas mendidih) dan gaulkannnya sekata.

▶️ Kemudian baru masukkan air panas mendidih sikit demi sedikit ke dalam bancuhan dan gaulkannya sebati.

▶️ Jangan bancuh tepung terlalu cair sebab nanti ‘makan minyak’. Tujuan masukkan air panas sikit demi sedikit sebab nak elakkan tepung berketul.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali. Dan cedok adunan dengan sudu dan masukkan dalam kuali. Goreng dengan api yang sederhana. Pastikan minyak betul-betul panas baru masukkan.

▶️ Goreng sehingga garing dan warna keperangan. Balik-balikkan.

▶️ Dah masak, angkat dan toskan minyak. Sedia dihidang dengan sos.

 

Tips menggoreng:

▶️ Adunan ni tadi kita bancuh dengan air panas mendidih. Lepas bancuh adunan, sebaiknya terus goreng cucur anda sebelum bancuhan sejuk.

▶️ Dan gorengkan bila minyak betul-betul panas. Barulah cucur rangup sampai ke petang.

 

Guna air panas mendidih:

▶️ Sebaiknya guna air panas mendidih, dan bukannya air panas biasa seperti air panas dari penapis air tu. Kalau gunakan air panas biasa cucur tak rangup, malah kadang-kadang liat atau keras.

 

BACA JUGA: Resepi Goreng Pisang Rangup Dan Sedap. Enak Dimakan Krup Krap Waktu Panas-Panas!

 

Lepas ni kalau nak buat cucur udang bolehlah ikut resepi ni. Tips untuk cucur rangup dan sedap sebenarnya simple je dan mudah untuk diikuti.

Bolehlah nanti hidangkan untuk keluarga dan tetamu. Jangan lupa kongsikan resepi ni di wall Fb anda supaya dapat manfaatnya bersama. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.