Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Goreng Pisang Paling Rangup Krup Krap. Tak Perlu Tepung Beras Dan Telur Pun.

0 23,706

Goreng pisang ni dah sinonim sebagai salah satu juadah minum petang. Hanya sedap tak sedap je yang buatkan kita makan tanpa henti. Yang dijual kat tepi simpang tu pun jarang jumpa yang betul-betul rangup kan. Sebenarnya ada cara buat goreng pisang rangup yakmat yang anda boleh cuba.

Perkongsian tips dari Umi Watie ni boleh dicuba sebab ini ialah resepi turun temurun dari ayahnya yang pernah menjaja pisang goreng. Serius rangup dan sedap bancuhan tepungnya. Kalau makan tepung goreng atau kuping tu je pun buatkan bertambah craving.

Patutlah sentiasa laku keras. Nak dapat hasil rangup ni rupanya tak payah guna tepung beras dan telur pun. Selalunya kita jumpa orang buat masakan goreng gunakan 2 bahan ni untuk rasa lebih rangup.

Tengok kupingnya yang elok berkelopak lepas digoreng tu dapat bayangkan rasa rangupnya macam mana. Kalau goreng untuk keluarga ni, mau anak-anak ratah yang itu je.

Dalam resepi ni nanti ada 2 bancuhan yang anda perlu sediakan. Bahan-bahannya mudah je. Ikut step satu per satu pasti menjadi.

 

RESEPI PISANG GORENG RANGUP

Nak buat goreng pisang sedap ni bukan je bergantung pada gorengan tepung je. Jenis pisang pun kena sedap dan manis. Antara yang sedap ialah pisang nangka, pisang abu, pisang raja, pisang tanduk dan sebagainya. Pilihanya yang dah masak ranum.

Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan A:
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 cawan tepung ubi kayu
  • Serbuk kunyit
  • Garam
  • 2 sudu besar marjerin (dicairkan)
  • 4 ketul ais batu
  • 1 ¾ cawan air
Bahan B (untuk kerak berkelopak):
  • Ambil ½ cawan bancuhan A tadi
  • ¼ atau suku cawan air
Bahan lain:
  • Pisang tanduk (sebiji besar)
Cara buat goreng pisang rangup:

▶️ Mula-mula sediakan bekas atau mangkuk yang sesuai. Resepi ni gunakan kuali sebab mudah nak bancuh dalamnya.

▶️ Satukan bahan-bahan A yang kering dulu iaitu tepung gandum, tepung ubi kayu, serbuk kunyit dan garam.

▶️ Lepas tu masukkan marjerin yang telah dicairkan.

▶️ Masukkan 4 ketul ais batu. Campuran ais dengan marjerin dan tepung ubi inilah tips untuk merangupkan bancuhan tepung goreng.

▶️ Kemudian masukkan air dan kacaukan kesemua bahan sebati.

▶️ Bancuh sampailah ais tadi pun cair.

▶️ Dah siap bahan A salutan pisang.

▶️ Untuk buat bancuhan B, ambil ½ cawan bancuhan A tadi.

▶️ Kemudian campurkan dengan ¼ cawan air. Kacaukan sebati.

▶️ Bancuhan ni akan nampak cair sikit.

▶️ Buat sikit-sikit dulu bancuhan cair ni. Nanti kalau dah habis semasa menggoreng, boleh bancuh baru dengan step yang sama.

▶️ Potong pisang tanduk membulat macam ni.

▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan masukkan 2 sudu besar bancuhan B. Gorengan akan naik berkelopak macam dalam gambar.

▶️ Seterusnya masukkan pisang yang telah disalutkan dalam bancuhan A.

▶️ Goreng sampai garing kekuningan.

▶️ Boleh angkat dan toskan.

 

BACA JUGA: Cara Goreng Cempedak Rangup Dan Sedap! Guna Tepung Ni Untuk Kekal Rangup Sampai Ke Petang.

 

Sedia dihidangkan dengan kopi panas. Makan pisang goreng masa masih panas memang sedap. Dengan pisang yang manis dan bancuhan tepung yang sedap. Ada pula extra rangup.

Kalau dapat hasil pisang goreng macam ni memang suami puji tanpa henti. Kalah dah pisang goreng yang dijual di tepi jalan tu.

Rugi kalau anda tak cuba. Jom pakat ikut cara buat goreng pisang rangup yang dikongsikan ni. Jangan tinggal tipsnya. Pasti menjadi. Semoga berjaya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.