pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Karipap Rangup Dan Sedap. Rangup Sampai Ke Petang. Memang Puas Makan!

0 13,839

Dah lama teragak nak buat karipap. Selalu bila nak makan beli je. Dah alang-alang jumpa cara buat karipap yang rangup dan sedap ni, rugi pula tak cuba. Karipap ni bila rangup lagi bertambah sedap. Bukan setakat nak inti padat je. Bila rangup tu tak muak nak makan.

Cara buat karipap rangup ni dikongsikan oleh Tg Khuzanika. Bahan-bahannya sama je macam buat karipap biasa. Tak ada bahan tambahan pun. Cuma ada cara untuk jadikan kulitnya rangup sampai ke petang.

Tipsnya simple je. Janji anda ikut sebiji-sebiji, insyaAllah menjadi. Pertamanya, anda kena gunakan air ais masa ingin menguli adunan tepung. Uli sampai menjadi doh.

Untuk dapatkan kerangupan yang tahan lama, doh anda tu biar diuli sedikit keras. Jangan lembik. Dan cara menggoreng pun perlu diambil kira.

Karipap perlu digoreng bila minyak dah mula panas. Dan pastikan guna api yang kecil. Dapat hasil karipap yang sedap dan rangup ni, memang puas makan. Makanlah dengan inti apa pun sedap.

 

RESEPI KARIPAP RANGUP DAN SEDAP

Untungnya bila buat karipap sendiri ni, anda boleh frozenkan (sejuk beku). Tak perlu nak uli banyak kali. Uli sekali jalan, lepas tu simpan dalam plastik dan masukkan dalam peti sejuk beku. Bila nak makan je, boleh terus goreng. Lepas ni tak perlu beli karipap di luar dah.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • 1 kilo tepung gandum
  • 1 cawan marjerin (boleh campurkan dengan minyak)
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula
  • Air ais secukupnya
Cara buat kulit karipap:

▶️ Mula-mula panaskan marjerin sampai menggelegak.

▶️ Kalau nak campurkan minyak, minyak pun kena panaskan juga.

▶️ Masukkan siap-siap campuran tepung gandum, garam dan gula dalam besen yang sesuai.

▶️ Lubangkan tengah-tengah tepung tu, dan masukkan marjerin yang panas tadi ke dalamnya.

▶️ Kacau dengan senduk semasa masih panas tu.

▶️ Bila dah suam-suam sikit, boleh gaulkan dengan tangan sehingga jadi serbuk roti.

▶️ Kemudian masukkan air ais sikit demi sikit sambil uli.

▶️ Buat sampai menjadi doh.

▶️ Ingat, untuk dapat kerangupan yang lama, uli doh biar keras. Jangan lembik.

▶️ Dah siap uli tu, buat doh kecil-kecil dan canaikan.

▶️ Masukkan inti dan tutup semula. Boleh gunakan acuan karipap atau bentukkan dengan jari.

▶️ Tips untuk menggoreng, masukkan karipap bila minyak dah mula panas.

▶️ Kemudian goreng dengan api yang perlahan sehingga karipap garing keperangan.

▶️ Kalau tak nak goreng semua, boleh frozenkan. Masukkan dalam plastik dan simpan dalam peti sejuk beku.

▶️ Lepas dah garing dan masak, angkat dan toskan.

▶️ Sedia untuk dihidang.

 

BACA JUGA: Inti Karipap Kentang Perisa Ayam Super Sedap, Resepi Turun Temurun Dibuat Berniaga.

 

Fuhh, makan karipap panas-panas dengan kulitnya yang rangup tu, nikmat betul rasanya. 2-3 biji sekali seorang makan pun belum tentu cukup.

Karipap ni buat inti padat-padat lagi sedap. Tapi terpulanglah kalau anda nak letak inti tak berapa padat. Sesetengah orang suka kalau ada lampung sikit intinya. Jangan orang jual buat macam tu sudahlah. Tak berbaloi nanti dengan harga.

Bila buat sendiri ni puas hati. Boleh ikut citarasa sendiri. Yang penting dapat buat karipap yang rangup dan sedap sampai ke petang, baru berbaloi. Jangan lupa mencubanya.

Leave A Reply

Your email address will not be published.