Bagi anda yang minat nasi arab, mesti ada akan happy bila jumpa resepi ni. Tak perlukan bahan yang banyak pun, ini cara buat nasi arab yang paling simple yang anda boleh cuba. Walaupun simple bahan dia, tapi rasa sedap tak terkata.
Sesuai buat hidangan istimewa sekeluarga. Resepi nasi arab ni kaya dengan aroma rempah. Setiap suapan tu memang terasa nikmat. Biasanya nasi arab ni ayam atau kambing dimasukkan ke dalam periuk nasi sekali bila dimasak.
Rebusan ayam tu sendiri pun dah sedap, bayangkan bila dimasukkan ke dalam nasi. Naik aromanya. Syaratnya kena pastikan bahan rebusan ayam cukup berasa.
Sebab nasi arab ni tak banyak lauk pun yang akan dihidangkan bersama. Jadi, nasinya tu kenalah cukup berasa, barulah sedap dan menyelerakan.
Resepi nasi arab yang mudah dan sedap ni dikongsikan oleh Marina Ismail. Senang sangat. Sekali lalu je memasaknya dengan step yang ringkas. Ikut sebiji-sebiji pasti menjadi.
RESEPI NASI ARAB SIMPLE DAN SEDAP
Pemilik resepi ni dah banyak kali cuba pelbagai resepi nasi arab yang mudah, tapi resepi ni yang paling sedap beliau cuba. Tambahan lagi bahan semua mudah dan memang dah sedia ada di dapur. Tak sampai 1 jam masak dah siap.
Bahan-bahan yang diperlukan:
Bahan rebusan:
- 3-4 potong ayam (resepi ni gunakan bahagian semua peha)
- 4 mangkuk air
- 1 kiub ayam
- 1 biji tomato (dipotong 4)
- 2 biji lada hijau (dipotong 4)
- 1 batang kulit kayu manis
- ½ camca lada hitam biji
- ½ camca jintan manis biji
- ½ camca ketumbar biji
Bahan lumur:
- Madu secukupnya
- Serbuk kunyit secukupnya
Bahan untuk tumis:
- 1 ½ mangkuk beras basmathi
- ½ camca jintan manis
- ½ camca ketumbar
- ½ camca lada hitam biji
- 1 helai daun pandan
Cara masak nasi arab:
▶️ Sediakan periuk yang sesuai untuk merebus ayam.
▶️ Masukkan kesemua bahan rebusan dan perasakan dengan garam dan kiub ayam secukupnya.
▶️ Perlu pastikan cukup berasa ya, sebab nasi arab ni kesedapannya bergantung pada perasa air rebusan.
▶️ Rebus selama 30 minit.
▶️ Selepas dah 30 minit, padamkan api dan keluarkan ayam.
▶️ Lumurkan ayam dengan madu dan serbuk kunyit secukupnya. Ketepikan.
▶️ Sementara tu, panaskan sikit minyak dalam kuali.
▶️ Kemudian tumis daun pandan, ketumbar, lada hitam dan jintan manis sehingga naik baunya.
▶️ Masukkan beras basmathi dan tumiskan lagi sekejap dalam 1 minit. Padamkan api.
▶️ Ambil periuk nasi, kemudian masukkan kesemua bahan yang ditumis ni.
▶️ Dan masukkan air rebusan ayam tadi.
▶️ Susun ayam yang telah dimadu dan dikunyitkan tadi di bahagian atas, dan masak nasi dalam rice cooker seperti biasa.
▶️ Dah siap, boleh hidangkan dengan sambal nasi arab dan salsa.
▶️ Untuk lihat resepi sambal nasi arab dan hidangan salad salatoh, boleh baca artikel di bawah.
BACA JUGA: Resepi Nasi Arab Sedap. Dengan Hidangan Ayam Bakar, Sup Dan Sambal Yang Merecik!
Mudah je kan cara masak nasi arab ni? Sekali jalan je masak dengan langkah yang mudah. Yang penting rasa dia cukup padu. Bau je pun dah menggoda.
Nasi arab ni memang ada banyak cara memasaknya. Rempah khasnya pun ada dimasukkan untuk menaikkan lagi rasa. Tapi ini ialah antara resepi yang paling simple anda boleh buat. Tak perlukan rempah khas. Masak santai-santai je dan cepat siap.
Hujung minggu ni kalau nak cuba, boleh buat nasi arab yang paling simple tapi sedap ni. Pasti suami dan anak-anak suka. Jangan lupa mencubanya.