Kalau makan karipap, yang buatkan sedap dan tentu intinya. Selalunya kalau beli karipap kadang-kadang tu tak puas rasanya kan makan intinya yang ciput. Adakala tak berapa berasa. Apa kata jom belajar buat inti karipap sendiri iaitu inti kentang perisa ayam.
Lepas ni nak buat karipap sendiri, atau nak meniaga pun boleh juga ikut resepi yang dikongsikan oleh Zuraida Abdullah ni. Resepi ni turun temurun dari ibunya yang telah dibuat berniaga. Mana tau kalau lepas ni anda nak buat ‘side income’ jual inti karipap.
Bagi yang nak buat makan sendiri pun boleh ikut cara yang sama, cuma ubah suai kuantiti bahan. Inti karipap kentang ni memang sedap dan padat teksturnya. Kalau kena cara masaknya memang puas hati.
Jangan sekadar isi kentang je tapi ramuan rencah tak berasa. Pastikan berpadanan bahan ayam dan juga serbuk kari yang dimasukkan.
Bagi anda yang dah lama mencari resepi inti karipap sedap, bolehlah ikut cara ni. Sedap dan berasa aroma kari rempahnya.
RESEPI INTI KARIPAP KENTANG PERISA AYAM
Resepi ni untuk kuantiti inti yang banyak. Jadi, kalau anda nak buat makan sendiri, boleh agak-agak sukatan bahannya berpadanan dengan berapa banyak karipap ingin dibuat.
Bahan-bahan:
- 10 kilo kentang
- 2 cawan penuh serbuk kari daging
- 2 biji bawang besar (kisar)
- 5 ulas bawang putih (kisar)
- 1 genggam ikan bilis kisar (kisar dengan bawang-bawang tadi)
- 3 ketul isi ayam (potong hancur)
- Bawang besar (potong secara dadu kecil-kecil)
- ½ ke 1 kilo gula pasir
- Garam dan perasa apa sahaja
Cara masak inti keripap kentang perisa ayam:
▶️ Mula-mula kupas kulit kentang dan rebus sehingga lembut.
▶️ Panaskan kuali, dan masukkan kesemua bahan di dalamnya kecuali kentang.
▶️ Masak sampai gula pasir jadi warna hitam.
▶️ Masa menggelegak tu, masukkan garam dan bahan perasa kalau anda.
▶️ Boleh rasa dulu ramuan ni sama ada cukup berasa atau tak.
▶️ Kalau dah berasa semua, boleh masukkan kentang yang dah direbus tadi.
▶️ Gaul sehingga betul-betul sebati keseluruhannya. Dan kacau sehingga kering.
▶️ Dah siap boleh padamkan api.
BACA JUGA: Resepi Karipap Inti Keledek. Sedap Dengan Kulit Yang Rangup Dan Inti Keledek Yang Mampat!
Inti kentang ni sedap sebab cukup berasa dengan manis dan pedas rempah. Kalau tengok intinya yang dah siap masak, nampak menyelerakan dengan ramuan kari yang berselupat dengan kentang.
Selain karipap, inti ni pun boleh juga buat inti samosa, roti roll, popia goreng dan sebagainya. Jadi, lepas ni kalau buat inti berlebihan pun, buatlah samosa dan roti roll gunakan inti yang sama. Dapatlah mempelbagaikan kuih.
Sedap buat makan minum petang lagi-lagi baru lepas digoreng panas. Jangan lupa ikut resepi inti kentang perasa ayam ni kalau lepas ni anda nak cuba buat inti karipap sendiri. Selamat mencuba!