Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Boko Ubi Kayu. Kuih Legend Yang Sedap, Lemak Manis, Cair Di Mulut.

0 5,071

Anda pernah makan kuih boko ubi kayu ni? Ini bukan kuih talam ubi kayu tau. Rupa je hampir nak sama. Tapi tesktur dia nampak berbeza. Boko ubi kayu ni kepala santannya harus cair macam dalam gambar tu. Rasanya tak perlu cakap lagilah. Bukan main sedap dengan rasa lemak manisnya.

Kalau anda tak pernah cuba, serius kena buat dan rasai sendiri kenikmatannya makan kuih ni petang-petang. Cara masaknya memang tak sama dengan talam ubi. Bahagian bawah untuk ubi kayu yang manis tu je perlu dikukus sehingga lembut kenyal.

Bahagian atas untuk santan tu perlu dimasak atas kuali sehingga pekat likat. Dan kemudian baru dicurahkan atas lapisan ubi tadi.

Nak buat makan sendiri atau untuk tetamu cukup sesuai. Hidangkan dalam mangkuk ke, cup atau piring, semuanya sesuai. Resepi kuih boko ubi kayu ni ada dikongsikan oleh Tahrunnisa Jali.

Mudah je sebenarnya. Adunan kedua-dua bahan boleh dimasak serentak. Sambil kukus lapisan ubi selama 30 minit tu, sambil tu boleh masak bahagian santannya.

 

RESEPI KUIH BOKO UBI KAYU

Cara hidangannya mudah. Kalau anda buat dalam bekas kecil-kecil, boleh terus curahkan santan atas lapisan ubi. Kalau buat dalam loyang, asingkanlah sikit santan tu untuk dicurahkan atas ubi lepas dipotong dan dihidangkan dalam piring nanti.

Bahan-bahan untuk boko ubi kayu:
  • 2 cawan ubi kayu parut (600 gram)
  • ½ cawan gula
  • 2 keping nisan
  • 2 helai daun pandan
  • 3 1/3 cawan air (atau 850 ml)
  • 1 sudu besar tepung ubi
Bahan kepala santan:
  • 3 cawan santan
  • ½ cawan tepung beras
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar gula

Cara buat kuih boko ubi kayu:

▶️ Mula-mula sagat atau parutkan ubi kayu dulu.

▶️ Panaskan nisan, gula, daun padan disimpulkan dan juga air dalam periuk/kuali. Biarkan sampai larut dan mencair.

▶️ Lepas dah cair, biarkan sejuk sekejap dan tapis.

▶️ Kemudian campurkan ubi kayu parut dan air nisan yang dah sejuk tadi ke dalam tepung ubi.

▶️ Kacau dan gaulkannya sebati.

▶️ Panaskan air pengukus.

▶️ Masukkan adunan dalam bekas tahan panas/loyang untuk kukus/bekas-bekas kecil yang sesuai. Masukkan adunan separuh je dari bekas.

▶️ Kemudian masukkan dalam pengukus dan kukus selama 30 minit.

Cara masak kepala santan:

▶️ Campurkan kesemua bahan dalam kuali atau periuk dan kacaukan sebati.

▶️ Tenggekkan atas dapur dan kacau sampai ianya likat dan berkilat.

▶️ Tutup api.

 

BACA JUGA: Cara Buat Kuih Seri Muka Lembut, Gedik Dan Sedap. Mudah Guna Sukatan Cawan.

 

Sedia untuk dicurahkan atas kuih boko yang dah siap dikukus tadi. Makan panas-panas, fuhh bukan main sedap. Kelembutan dan rasa lemak manisnya tu buatkan nikmat.

Bagi yang gemar kuih atau pemanis mulut yang lembut-lembut dan cair macam ni, sesuailah buat kuih ni untuk dessert anda. Berbaloi dan sedap untuk dicuba.

Nanti hujung minggu ni bolehlah buat untuk keluarga dan jiran-jiran. Jangan lupa ‘share’ kan resepi kuih boko ubi kayu ni kat wall Fb anda. Nanti bila nak masak, mudah nak rujuk semula. Selamat mencuba.

Leave A Reply

Your email address will not be published.