Susahnya kadang-kadang nak jumpa kedai makan yang ada jual asam pedas daging tetel yang sedap. Bila dengar je asam pedas memang boleh buat terliur. Kena pula dengan selera cukup pedas dan kuahnya wangi, memang sedap dan puas makan dengan nasi panas-panas.
Asam pedas ni terkenal di negeri Melaka. Tapi tak semua orang lepas ke sana nak menikmati asam pedas kan? Apa kata jom cuba buat sendiri asam pedas daging tetel dari resepi Zaimah Zakaria ni. Baru tengok je asam pedasnya dah telan air liur, belum rasa lagi.
Kalau perasan asam pedas ni ada pelbagai versi orang buat. Terutama bahan yang mewangikan kuah. Ada yang letakkan daun limau purut dan serai. Dan ada yang masukkan bunga kantan dan daun kesum.
Apa pun bahan yang dimasukkan untuk bagi aroma yang wangi, kuah asam pedas ni yang pasti kena ada rasa masam-masam, pedas dan bahang. Kalau tak ada rasa ni bukan asam pedaslah namanya.
Kalau nak pastikan asam pedas betul-betul sedap, perlu tumis bahan tumisan sampai garing dan betul-betul masak sepenuhnya. Baru sedap berperisa. Nak-nak bahan tumisan tu kaya dengan rempah.
RESEPI ASAM PEDAS DAGING TETEL
Ada sesetengah resepi masukkan juga gula sedikit untuk beri rasa manis dalam kuah. Tapi sebaiknya masukkan sikit je. Jangan terlampau manis sebab tujuannya nak seimbangkan dengan rasa masam dan masin asam pedas ni.
Bahan-bahan yang diperlukan:
- 1 kilo daging tetel
- 15-20 tangkai cili kering*
- Bawang putih 5 ulas*
- Bawang merah kecik 4 biji *
- Halia 1 inci*
- Kunyit hidup 1 inci *
- Lengkuas 1 inci *
- Belacan 1 inci *
- 1 sudu kecil lada hitam *
- 1 sudu kecil jintan putih*
- 1 sudu kecil jintan manis*
- 1 mangkuk air asam jawa
- Gula melaka (guna sikit je kalau tak suka manis sangat)
- Garam secukupnya
- Daun limau purut (buang tulang tengah)
- 3 batang serai (diketuk)
Cara masak asam pedas daging tetel:
▶️ Mula-mula rendam dulu sekejap cili kering, jintan dan lada hitam dalam air panas.
▶️ Kemudian kisar bahan bertanda * sehingga halus.
▶️ Panaskan minyak dalam kuali dan tumis bahan kisar.
▶️ Tumis sampai betul-betul garing dan pecah minyak.
▶️ Kemudian masukkan daging tetel. Kacau dan biarkan air daging keluar.
▶️ Lepas tu masukkan air asam jawa, serai yang diketuk dan juga daun limau purut.
▶️ Perasakan dengan garam dan gula melaka. Kacau sebati.
▶️ Renehkan kuah dan masak sampai daging empuk.
▶️ Tapi kalau anda tak nak masak lama sangat waktu ni, boleh rebus daging siap-siap sebelum masukkan dalam kuah.
BACA JUGA: Resepi Asam Pedas Claypot Tulang. Comfirm Meleleh Air Mata!
▶️ Dah cantik sebati dan naik minyaknya, bolehlah padamkan api.
▶️ Sedia untuk dihidangkan.
Sedapnya tak terkata. Kalau hirup kuahnya tu lagilah padu. Itu belum lagi makan dengan nasi. Pedas macam mana pun tak kisah sebab dah memang adat asam pedas kenalah pedas baru feeling.
Daging tetel ni pula memang ada yang favoite. Selalunya masak asam pedas inilah paling laku sekali dibuat dengan daging tetel ni.
Lepas ni kalau terjumpa daging tetel kat kedai tu bolehlah beli terus. Jangan lepaskan peluang cuba resepi asam pedas daging tetel versi ni. Pasti anda menyukainya.