pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Cara Buat Kuih Dangai Utara, Kuih Tradisional Yang Simple Dan Sedap. Hanya 4 Bahan Je!

0 5,452

Kalau nak senaraikan kuih tradisional melayu ni memang banyak. Sampai ada antara kita tak pernah makan atau tau pun. Pernah dengar tak nama kuih dangai? Kadang-kadang pernah tengok tapi tak tau nama pun kan. Kuih dangai ni terkenal di utara. Dan dibuat berasaskan kelapa parut muda.

Rugi kalau tak pernah rasa kuih ni. Sebab kuih kalau diperbuat dari kelapa parut muda ni memang sedap rasanya. Kalau kat belah-belah utara tu kadang-kadang kuih ni dipanggil kuih rangin. Susah juga nak jumpa kat tempat lain.

Apa yang buatkan sedap kuih ni ialah rasa kelapa parut bercampur gula yang dibakar rangup. Walaupun dibakar sampai rangup, tapi makin lama kuih ni makin lembut. Memang sedap untuk dinikmati.

Selalunya orang buat kuih dangai ni untuk hidangan minum petang sebab kuih ni sesuai makan santai-santai dengan minuman panas. Ala, macam roti bakar juga. Tapi lebih sedap dan advance rasa dia.

Sebenarnya nak buat kuih dangai ni senang je. Hanya perlukan 4 bahan yang sangat simple. Jom lihat perkongsian dari Zaime Nadrah macam mana nak buat kuih ni.

 

RESEPI KUIH DANGAI UTARA

Selalunya untuk buat kuih ni ada jenis acuannya yang digunakan. Tapi kalau tak ada acuan, ada je yang bakar menggunakan pembakar roti sandwich untuk lebih mudah. Untuk sukatan bahan yang disediakan ni boleh dapat dalam 15 pcs kuih.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Kelapa parut muda 3 cawan
  • Tepung pulut 1 cawan
  • Gula ½ cawan (boleh sukat ikut tahap manis yang anda suka)
  • Garam halus sedikit

Cara buat kuih dangai:

▶️ Mula-mula satukan kelapa parut muda, tepung pulut dan juga garam. Kemudian gaulkan sekata.

▶️ Gaul tu biar berderai dan pastikan tak ada ketul-ketul.

▶️ Kemudian panaskan acuan, dan taburkan sikit campuran kelapa yang digaul tadi.

▶️ Dan taburkan pula gula di dalamnya dalam ½ sudu kecil. Pastikan gula ni ditaburkan di tengah-tengah. Kalau terkena bahagian tepi, nanti takut akan melekat masa nak angkat.

▶️ Kemudian letakkan lagi campuran kelapa muda tadi sampai menutupi acuan.

▶️ Tutup acuan tu dan bakar lebih kurang 7-8 minit.

▶️ Boleh selak sikit acuan dan tengok kuih sama ada dah masak. Kalau bahagian tepi-tepi dan garing dan warna jadi keperangan, maksudnya dah masak. Bolehlah angkat.

 

BACA JUGA: Kuih Serabai Yang Super Lembut Dengan Kuah Gula Melaka Yan Cukup Lemak Manisnya.

 

▶️ Sedia untuk dinikmati.

Apa yang anda perlu tahu untuk buat kuih ni ialah beberapa tips pentingnya. Pertama, acuan perlu dilap bersih dengan tisu sebelum nak bakar adunan lagi. Jangan tinggalkan kesan-kesan lebihan kelapa yang tertinggal dari pembakaran sebelumnya.

Selain tu, untuk sukatan bahan kelapa dan tepung, pastikan guna cawan yang sama. Bagi sukatan kelapa parut muda (warna putih) yang 3 cawan tu, biasanya boleh dapat dari 1 biji kelapa. Jadi, anda boleh agak-agak.

Itu sahaja anda perlu tahu dalam membuat kuih dangai utara ni. Mudah je kan. Janji bahannya cukup dan disukat dengan betul. Bolehlah lepas ni mencubanya!

Leave A Reply

Your email address will not be published.