https://grandhusky.com/

giok77

https://wildcatsportswearchico.com/

https://www.finishingtouchtopeka.com/

slot gacor

slot777

slot server thailand

robopragma

slot nexus engine

sbobet

https://foundationcarepharmacy.com/

https://www.restaurant-odyssey.com/

slot mahjong ways

spaceman

slot spaceman

joker123

slot starlight princess

slot qris

slot deposit 25 bonus 25

sicbo online uang asli

slot rujak

slot thailand

slot gates of Olympus

bonus new member

power of ninja

slot bet 100

slot qris 5000

slot deposit 10000

slot deposit 10 ribu

joker123

https://leenailspain.com/

slot deposit qris

pusatgame

scatter hitam

https://medianochecubancuisine.com/

https://tcvintagefest.com/

https://pizzacrofton.com/

https://www.hairtouchstudios.com/

Segalanya Tentang Makan..

Kuih Serabai Yang Super Lembut Dengan Kuah Gula Melaka Yang Cukup Lemak Manisnya.

0 9,938

Sedapnya kalau dapat makan kuih yang lembut-lembut dan ada kuah manis. Kadang kala tekak ni craving nak minum petang juadah sebegini berbanding kuih bergoreng macam karipap, donut, keria dan sebagainya. Apa kata jom buat kuih serabai yang super lembut dan berlemak ni. Cicah pula dengan kuah gula melaka yang pekat manis.

Anda pernah dengar tentang kuih serabai? Mungkin ada yang pernah nampak kuih ni tapi tak tahu apa namanya. Kuih serabai ni berasaskan tepung beras dan nasi yang dilempengkan atas kuali. Tapi berbeza dengan lempeng sebab kuih serabai ni ada campuran yis, jadi teksturnya akan jadi tebal dan lembut.

Hidangannya dilengkapi dengan kuah lemak santan gula melaka. Itu nikmat yang sebenar bila makan kuih ni. Bila kuih serabai dicicahkan dengan kuah manisnya ni, memang sedap tak terkata. Kalau nak ikutkan, dah ada bermacam-macam resepi kuih serabai yang dipelbagaikan untuk citarasa yang berbeza.

Ada orang buat kuih serabai berperisa pandan. Ada juga yang buat kuah manisnya dengan campuran durian. Kuih ni memang antara yang jarang orang buat, tapi bila dah cuba, siap dipelbagaikan resepinya lagi. Tapi kalau nak buat yang asas itu sahaja pun dah cukup menyelerakan.

Kalau anda nak cuba, jom ikut resepi yang dikongsikan oleh Noor Munira Sulaiman ni. Cara buat kuih ni sebenarnya mudah je. Tapi mungkin lama sikit di dapur sebab nak kena sediakan kuah gula melakanya sekali. Tapi kalau dah siap hidang je, memang rasa puas hati dan berbaloi.

 

RESEPI KUIH SERABAI DAN KUAH GULA MELAKA

Kuih serabai ni sebenarnya ada acuannya. Kalau nak ikutkan saiz kuihnya sederhana atau kecil je dan cantik membulat bentuknya. Kalau tak ada acuan, boleh juga gorengkan atas kuali leper macam menggoreng lempeng. Nanti pandai-pandailah bentukkan atas kuali.

Bahan-bahan yang diperlukan:
  • Tepung beras 1 cawan
  • Nasi ½ cawan
  • Santan ½ cawan
  • Gula 2 sudu besar
  • 1 sudu teh ragi atau yis
  • 1 sudu teh garam

Cara buat kuih serabai:

▶️ Mula-mula kisarkan kesemua bahan ni dan masukkan ke dalam mangkuk.

▶️ Biarkan sekejap adunan ni dalam 20 minit.

▶️ Kemudian panaskan kuali non stick (tak melekat), dan sapukan minyak sedikit.

▶️ Ceduk adunan 1 senduk dan letakkan atas kuali.

▶️ Bakar adunan dalam lebih kurang 3 minit sampai adunan nampak gelembung dan masak.

▶️ Selepas tu terbalikkan sekejap dan angkat.

▶️ Sekarang buat kuahnya pula.

 

Bahan-bahan kuah gula melaka:
  • 1 cawan air
  • 2 ketul gula melaka
  • ½ cawan santan
  • 2 sudu gula biasa
  • Secubit garam
  • 1 sudu tepung beras campur air
  • Daun pandan untuk bau aromanya

 

Cara penyediaan kuah gula melaka:

▶️ Mula-mula masak gula melaka dalam periuk sehingga cair.

▶️ Kemudian masukkan daun pandan, santan dan perasakan dengan gula, garam. Kacau dan masakkan sehingga sebati.

▶️ Dan seterusnya masukkan air bancuhan tepung beras.

▶️ Kacau kuah sehingga pekat.

▶️ Lepas dah mendidih, boleh padamkan api.

 

BACA JUGA: Resepi Kuih Cara Manis Guna Perasa Dan Pewarna Asli. Lembut, Sedap Dan Wangi!

 

▶️ Sedia dihidangkan bersama kuih serabai.

Apa lagi, kalau ada nasi lebih di rumah tu, jom buat kuih serabai yang super lembut ni untuk juadah minum petang yang menyelerakan. Memang berbaloi-baloi sebab kuih ni ada rasa lemak santan, lembut, gebu dan ada kuah manis gula melaka.

Kalau dapat makan hidangan kuih ni semasa masih panas, lagi sedap! Hidangkan dengan secawan kopi o panas, lengkaplah juadah minum petang anda. Selamat mencuba!

Leave A Reply

Your email address will not be published.